[Review] Xiaomi OpenWear Stereo Pro, Lebih Selesa Layan Muzik Tanpa Tekanan Di Telinga
Xiaomi OpenWear Stereo Pro ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sand Gold, Titan Gray dan Graphite Black.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pasti ramai di antara korang yang suka mendengar lagu dengan menggunakan earphones atau earbuds bukan? Tapi bila lama sangat digunakan telinga pula rasa tidak selesa kerana tekanan.
Sekarang korang dah tak perlu risau lagi tentang tekanan di telinga sebab Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan OpenWear Stereo Pro terbaru mereka serentak dengan peranti Xiaomi 15T series serta pelbagai produk AIoT.
Baca Artikel Berkaitan: Xiaomi 15T Series Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM1,899 Sahaja
Menurut Xiaomi, earphones jenis terbuka ini direka untuk memberi keselesaan maksimum tanpa menjejaskan kualiti bunyi. Berbeza daripada earphones biasa yang menutup lubang telinga sepenuhnya.
Selesa ke Xiaomi OpenWear Stereo Pro? Ini pendapat kami
Kami berpeluang untuk menjadi antara orang terawal merasai sendiri pengalaman menggunakan OpenWear Stereo Pro ini.
Secara jujurnya, ramai di antara kami yang menyukai rekaan OpenWear Stereo Pro ini kerana dirasakan lebih selesa berbanding earbuds biasa.
Hal ini kerana rekaannya yang ringan dan ergonomic menggunakan sistem sokongan tiga titik (three-point support) serta sedikit condong ke luar bagi mengagihkan tekanan secara sekata.
Tambahan pula, wayar memori titanium menjadikan ia fleksibel dan mudah menyesuaikan bentuk dengan telinga pengguna selain memastikan ia kekal di telinga walaupun ketika bersenam.
Pun begitu, ada juga team kami yang merasakan rekaan earbuds biasa lebih selesa di telinga berbanding OpenWear Stereo Pro ini. Mungkin disebabkan sudah terbiasa.
Kualiti bunyi OpenWear Stereo Pro tak mengecewakan
Kami amat berpuas hati dengan kualiti bunyi yang dihasilkan OpenWear Stereo Pro ini. Tidak dinafikan, sistem ‘multi-driver’ yang ada pada earphones ni menghasilkan bunyi seimbang.
Selain itu, ciri Hi-Res Audio Wireless serta sokongan LDAC codec yang ada menjadikan setiap butiran muzik kedengaran teliti dan seolah-olah bernyawa.
Malah, ciri Dimensional Audio pula membolehkan bunyi berubah mengikut pergerakan kepala, menjadikan pengalaman menonton filem atau bermain game lebih realistik.
Selain itu, gaya bunyi juga boleh dilaraskan dengan menggunakan Harman AudioEFX dan Harman Master EQ, ikut kesesuaian pengguna sama ada ingin bass lebih atau suara yang lagi jelas.
Sistem pengurangan kebocoran bunyi (Leakage Reduction) yang dinaik taraf juga mampu mengurangkan gangguan lebih 60%, jadi anda boleh menikmati audio tanpa risau mengganggu orang di sekeliling.
Penat dengar lagu bateri tak habis-habis lagi
Dari segi ketahanan bateri pula, OpenWear Pro ini boleh bertahan sehingga 8.5 jam dengan sekali cas dan hingga 45 jam menggunakan bekas pengecas magnetiknya. Memang cukup lama, sampai naik bosan kami dengar lagu haha.
Kalau earphones ini kehabisan bateri, jangan risau, pengecasan pantas selama 10 minit sudah cukup untuk memberi 2 jam masa mendengar. Sangat mudah serta praktikal untuk pengguna yang selalu bergerak ke sana ke sini.

Kesimpulannya, Xiaomi OpenWear Stereo Pro ini membolehkan pengguna menikmati lagu atau menjawab panggilan dengan lebih santai, sesuai untuk gaya hidup aktif mahupun harian.
Pilihan warna dan harga
Xiaomi OpenWear Stereo Pro ini didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu Sand Gold, Titan Gray dan Graphite Black.
Ia dijual pada harga RM699, namun Xiaomi memberikan promosi RM549 sahaja untuk masa terhadap.
Korang boleh membelinya di kedai Xiaomi di seluruh negara, di mi.com serta kedai rasmi Xiaomi di Shopee dan Lazada.







