fbpx
Now Reading
PU Rahmat Dedah Dibogelkan 3 Kali, Percaya Tentera Israel Penakut [Video]

PU Rahmat Dedah Dibogelkan 3 Kali, Percaya Tentera Israel Penakut [Video]

Menurut PU Rahmat, pada malam kedua berada dipenjara dia telah dikejutkan oleh rejim tersebut dan diasak dengan pelbagai soalan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 4 Oktober yang lalu seramai 137 aktivis yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia telah dibebaskan daripada tahanan tentera Israel dan selamat tiba di Istanbul selepas ditahan pada 2 Oktober lalu.

Sebaik tiba di Istanbul ramai aktivis Malaysia mula menceritakan pengalaman mereka sepanjang menjadi tahanan tentera rejim Zionis terbabit.

Malah ada juga yang mengalami kecederaan sewaktu ditahan sehingga terpaksa menerima rawatan di hospital selain dilayan teruk oleh tentera terbabit antaranya Pelakon dan aktivis, Ardell Aryana yang ditumbuk di muka selain turut mengalami bahu koyak.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Rizalman Bangkitkan Isu Mahram Peserta Misi Global Sumud Flotilla Cetus Perdebatan

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah

PU Rahmat kongsi dibogelkan oleh tentera Israel sebanyak 3 kali

Terbaharu seorang lagi aktivis GSF iaitu pendakwah bebas, PU Rahmat atau nama penuhnya Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan turut berkongsi dia dibogelkan sebanyak tiga kali sewaktu ditahan oleh rejim Zionis.

Menurutnya perkara itu dilakukan oleh rejim Zionis itu kerana takut sekiranya dia mempunyai sebarang senjata.

Perkara itu dimaklumkan oleh PU Rahmat menerusi satu video yang dikongsikan oleh peguam Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Ahmad Nazrin Abu Bakar di Facebook.

“Pertamanya bila mana tentera Israel ni masuk ke kapal kita, kita perhatikan pergerakkan mereka ni tidak begitu kemas. Maksud tak kemas tu, kita walaupun bukan dalam bidang tentera tapi kita nampak bahawa mereka sangat berhati-hati atau sangat ketakutan.

“Yang keduanya, mereka takut dengan kita ni. Saya sendiri tiga kali kena bogel dan saya tak malu nak cakap benda ni sebab saya percaya kita semua lahir dalam keadaan bogel (tidak berpakaian) dan kita juga mati dalam keadaan bogel.

“Tiga kali saya dibogelkan hanya kerana dia takut ada senjata pada badan saya. Pertama (dibogelkan) dekat dalam kapal tapi tiada orang melainkan tentera. Kedua di imigresen dan ketiga dipenjara,” ujarnya.

Dikejut dan diasak dengan pelbagai soalan ketika berada di penjara

Jelas PU Rahmat lagi pada malam kedua berada di penjara, dia telah dikejutkan oleh tentera Israel dan diasak dengan pelbagai soalan seperti mengenai Hamas. Namun PU Rahmat menjawab soalan tersebut dengan gurauan.

“Saya buat lawak jelah, saya Hamas saya kenal tapi saya lagi kenal humus. Lepas tu dia tanya ‘kau kenal tak Ikhwanul Muslimin, saya pun baca ayat al-Quran ‘Innamal Mu’minuna Ikhwan’ (kita semua bersaudara).

“Jadi ketakutan mereka ini dizahirkan dengan melampau sehingga ya ada seorang menteri (Menteri Keselamatan Israel) iaitu Itamar Ben-Gvir, dia ni memang pergi ke kami dan provok kami. Tapi bila kita lawan balik dengan (menyebut) Free Palestin. Dia provok kita, dia kata ‘pembunuh anak-anak yahudi’.

“Kita balas balik ‘kau pembunuh anak-anak Palestin’ dia lari. Jika dia berani sangat, dia dengan komander unit tu lawan lah balik. Tidak mereka tak berani,” katanya lagi.

Sifatkan Israel penuh ketakutan

PU Rahmat turut menyifatkan mereka penuh dengan ketakutan seperti takut pada diri sendiri kerana mereka tahu mereka bersalah.

“Alhamdulillah kita berada di pihak yang berani kerana benar dan semoga kita kekal di dalam kebenaran. Cuma sebagai penutup, saya suka buat lawak kan saya kena bogel tiga kali. Kalau ada video tersebar tu padam lah, insya-Allah Allah jaga aib kita,” ujarnya sambil berseloroh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.