Greta Thunberg & Lebih 70 Aktivis GSF Dibebaskan Hari Ini
Aktivis, Greta Thunberg turut memaklumkan kepada kedutaan Sweden mendakwa dirinya mengalami dehidrasi, badan ruam disyaki berpunca dari pepijat dan dilayan kasar oleh tentera rejim itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sejak bulan lalu misi Kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan membawa bekalan makanan, ubat-ubatan telah menjadi perhatian ramai.
Ini kerana ramai yang bersimpati dengan nasib menimpa rakyat di Gaza akibat konflik yang berlaku di antara Israel dan Palestin.
Namun pada 2 Oktober lalu kesemua kapal yang menyertai misi GSF menghantar bantuan telah dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa menyebabkan lebih daripada 450 aktivis dan sukarelawan daripada pelbagai negara termasuklah warga Malaysia ditahan.
Pada 4 Oktober lalu seramai 137 aktivis yang terdiri daripada 36 warga Turkiye dan 23 rakyat Malaysia dari misi tersebut telah dibebaskan dan selamat tiba di Istanbul. Walau bagaimanapun masih ada lagi aktivis yang belum dibebaskan termasuklah aktivis terkenal, Greta Thunberg.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ardell Aryana Dirawat Di Hospital, Nadzmi Dedah Alami Bahu Koyak
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Kenyataan Rizalman Bangkitkan Isu Mahram Peserta Misi Global Sumud Flotilla Cetus Perdebatan
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Israel Dakwa Akan Hantar Pulang Peserta Misi GSF Yang Ditahan Ke Eropah
Greta Thunberg dan lebih dari 70 aktivis lain mungkin dibebaskan hari ini
Terbaharu Greta Thunberg yang merupakan aktivis dari Sweden itu akan dibebaskan pada hari ini (6 Oktober).
Memetik laporan The Times of Israel, lebih daripada 70 aktivis dan sukaralewan daripada pelbagai negara akan meninggalkan Israel pada hari ini selepas ditahan ketika dalam misi Global Sumud Flotilla ke Gaza.
Majoriti mereka yang dibebaskan hari ini akan diterbangkan ke Greece bagi membolehkan mereka mengambil penerbangan lain untuk pulang ke negara masing-masing.
Mereka yang dipercayai dibebaskan pada hari ini terdiri daripada:
- 28 warga Perancis
- 27 rakyat Greek
- 15 Itali
- 9 Sweden.
Walau bagaimanapun masih ada beberapa lagi yang belum dibebaskan termasuk seramai 28 orang warga Sepanyol.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan aktivis flotilla yang telah dibebaskan dan dihantar pulang seramai 170. Manakala mereka yang masih belum dibebaskan ditahan di penjara Ketziot.
Greta dakwa alami dehidrasi, ruam kerana pepijat
Menerusi laporan itu, Greta Thunberg turut memberitahu kedutaan Sweden pada 4 Oktober lalu bahawa dia mengalami dehidrasi kerana tidak menerima air dan makanan yang mencukupi.
Selain itu kedutaan berkenaan turut memaklumkan Greta Thunber memberitahu dirinya mengalami ruam, yang disyaki berpunca daripada pepijat.
Malah turut mengatakan tentang layanan kasar serta duduk lama di atas permukaan yag keras.
Aktivis Malaysia turut sifatkan Greta Thunberg dilayan seperti ‘binatang’
Sebelum ini beberapa aktivis termasuk penyanyi Malaysia iaitu Hazwani Helmi turut mendedahkan layanan buruk oleh tentera Israel terhadap peserta Global Sumud Flotilla (GSF) yang sangat buruk seperti binatang.
Katanya dia turut melihat layanan buruk yang diberikan kepada Greta Thunberg.
“Apa yang boleh saya cakap, sangat teruk (layanan). Mereka (tentera Israel) layan kami macam binatang tanpa makanan dan air yang bersih.
“Mereka layan Greta Thunberg memang macam binatang. Mereka (tentera Israel) juga membuang semua ubat-ubatan termasuk barangan lain,” jelasnya ketika tiba di Istanbul selepas dibebaskan.
Greta Thunberg ‘didakwa diseret atas tanah’ & ‘dipaksa cium bendera Israel’
Salah seorang peserta flotilla iaitu Ersin Celik turut menyaksikan bagaimana Greta Thunberg ‘diseret di atas tanah’ dan ‘dipaksa mencium bendera Israel.’
Hazwani dan seorang lagi peserta flotilla dari Amerika Syarikat, Windfield Beaver juga mengatakan Greta Thunberg telah ‘digunakan sebagai propanda’ serta ‘dilayan dengan kejam’, lapor Harian Metro.
Beaver turut mendakwa aktivis Sweden itu telah diasingkan ke sebuah bilik sewaktu Menteri Keselamatan Nasional Israel, Ben-Gvir masuk ke lokasi tahanan.
Selain itu, beberapa aktivis yang turut ditahan turut melaporkan mengenai keadaan sel yang kotor, keadaan dinding berdarah serta mesej yang ditinggalkan oleh tahanan sebelum ini, lapor Astro Awani.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Misi Ke Gaza: Kapal Conscience Sudah Berlepas Dari Itali, Dr Fauziah Antara 8 Delegasi Dari Malaysia [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]
Kementerian Luar Israel nafikan dakwaan beri layanan teruk
Walau bagaimanapun, Kementerian Luar Israel telah menafikan semua dakwaan tersebut dan menyifatkan ia ‘pembohongan sepenuhnya’.
Kata jurucakap kementerian itu, semua tahanan diberikan makanan, minuman serta akses ke tandas termasuk hak guaman yang sewajarnya.
Greta Thunberg mempunyai sindrom asperger
Nama Greta Thunberg kini menjadi perhatian bukan sahaja disebabkan keberaniannya dalam bersuara menuntut tindakan iklim dan memperjuangkan nasib rakyat di Palestin.
Bahkan kepintarannya juga membuatkan masyarakat di seluruh dunia kagum dengan anak muda ini.
Greta Thunberg merupakan seorang autistik yang mempunyai sindrom Asperger iaitu salah satu bentuk autisme spektrum yang dipanggil high fuctioning austism.
Menerusi perkongsian Dr Ahmad Samhan, mereka yang mempunyai sindrom ini tidak mempunyai masalah kecerdasan bahkan ramai yang pintar atau pandai dalam sesuatu bidang.
Bukan hanya itu, mereka juga mempunyai fokus yang luar biasa dan sekiranya mempunyai minat dalam sesuatu perkara ia akan dikaji dan diperjuangkan habis-habisan.
Mereka juga kebiasaannya seorang yang jujur, tegas serta tidak pandai berpura-pura.
Perkara yang menimpa Greta Thunberg pada hari ini membuka mata orang ramai melihat ‘kekurangan’ dialaminya sebagai kekuatan dalam perjuangan kemanusiaan.
View on Threads



