fbpx
Now Reading
Dari Sembang Kosong Atas Motor, Rider Terkejut Steven Sim Bantu Bayarkan Insurans Keluarga Selama Setahun

Dari Sembang Kosong Atas Motor, Rider Terkejut Steven Sim Bantu Bayarkan Insurans Keluarga Selama Setahun

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya, rider berkenaan hanya sempat berbual seketika ketika membawa Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong untuk program Konvoi Penang Rider Jalan Teruih pada 21 September lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu pada masa kini memilih untuk melakukan dua kerja lebih dari satu masa bagi menampung perbelanjaan seharian seperti penghantar makanan atau turut digelar rider makanan.

Manakan tidak, pekerjaan sebegini diakui memberi pulangan yang lumayan jika rajin melakukannya.

Bagi sesetengah individu, melihat kegigihan mereka yang bekerja keras demi keluarga tercinta sememangnya amat menyentuh hati hingga kadangkala ada yang sanggup menghulurkan bantuan.

Sudah pastilah buat mereka yang menerima, pemberian kecil ini amat bermakna apatah lagi dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

Rider Kongsi Kebaikan Steven Sim, Hanya Dari Berbual Biasa Terus Dapat Bantuan

Semalam (5 Oktober), tular di media sosial perkongsian seorang penghantar makanan atau rider yang dikenali sebagai Ahmat Ikram mengenai kisahnya membawa Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong ketika program Konvoi Penang Rider Jalan Teruih pada 21 September lalu.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook miliknya, dia hanya sempat berbual kosong bersama Steven di atas motosikal ketika program berkenaan.

Pada ketika itu, Steven yang merupakan Ahli Parlimen Bukit Mertajam bertanyakan sebab mengapa dia melakukan dua kerja dalam satu masa.

Jelas Ahmat kepada Steven, dia berbuat demikian bagi menampung perbelanjaan keluarga seperti bayaran ansuran kereta dan insurans keluarga sebanyak RM590.

Steven Sim Terkejut Rider Beli Insurans Keluarga, Terus Beri Bantuan Kepada Rider

Kongsi Ahmat, Steven kelihatan terkejut apabila mendengar jumlah insurans yang dibayar olehnya itu.

Jelasnya lagi, amaun tersebut termasuk komitmen insurans bulanan isterinya.

Apa yang menjadi perhatian adalah Ahmat tidak menyangka menerima mesej daripada pejabat Steven seminggu selepas program yang mahu mengadakan pertemuan dengannya.

Terang Ahmat, rupa-rupanya Steven mahu membantu dia membayarkan insurans buat diri dan isterinya selama setahun.

Bukan itu sahaja, insurans buat anak yang bakal dilahirkan turut ditanggung oleh Menteri KESUMA itu.

“Benda ni dah lama YB minta depa bagitahu aku tapi tak dan (tak sempat).

“Rupanya YB nak tolong bayarkan insurans aku dan wife selama setahun. Bukan setakat tu saja, insurans anak aku yang baru lahir pun YB setuju nak bayar.

“Aku terdiam. Tak tahu nak kata apa. Terkejut dan tak sangka rupanya YB ingat benda yang kami sembang masa atas motor tu,” kongsinya lagi.

Terang Ahmat, dia sememangnya terharu dengan bantuan tersebut dan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Steven atas kebaikan terhadap keluarganya itu.

“Terima kasih banyak YB. Saya tidak akan lupa jasa baik YB ni,” terangnya lagi.

Dua minggu lepas masa konvoi Penang Rider, aku bawak Menteri Sumber Manusia, YB Steven Sim. Atas motor tu, YB dok…

Posted by Ahmat Ikhram on Sunday 5 October 2025

Pengguna Media Sosial Puji Kebaikan Steven Sim Bantu Rider

Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji kebaikan Steven yang menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang turut memuji rider berkenaan yang mengambil insurans demi keluarga.

Ini antara komen menarik pengguna Facebook:

“Aku Harap Ramai Lagi YB Macam Steven Sim Ni, Aku Dok Kaji Beliau Ni Tolong Tak Kira Bangsa, Agama & Kaum”

“Alhamdulillah, Setakat Ini Dia Salah Seorang Yang Power. Anak Angkat Dia Boleh Tahan Ramai, Melayu, India, Cina, Ada Yang Berjaya Siap Pergi Hari Graduasi Lagi”

“Alhamdulillah Rezeki Tanpa Disangka-Sangka Bila Dapat Suami Bersungguh Menyantuni & Pastikan Isteri & Keluarga Dapat Kemudahan Terbaik”

“Rezeki Kadang-Kadang Datang Dari Jalan Tak Disangka”

“Bagus Abang Rider Ni Ambil Insurans”

Baca Artikel Berkaitan: Steven Sim Bantu 7 Beranak Yang Tinggal Dalam Kereta Kerana Kena Scam Raih Pujian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Steven Sim Sudi Sumbang Van Buat Sekolah Khas Di Permatang Pauh Meski Bukan MP Kawasan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.