“Comelnya”- Pengantin Tayang Montaj, Kongsi Kisah Percintaan Di Majlis Bersanding Raih Perhatian [Video]
Menerusi video montaj yang dikongsikan, pengantin turut menceritakan bagaimana mereka boleh berjumpa dan akhirnya ke jinjang pelamin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu yang bercinta atau menjalinkan hubungan kasih sayang pasti mempunyai cerita tersendiri bagaimana mereka bertemu.
Malah apabila percintaan itu berakhir dengan satu ikatan sah sebagai suami isteri pasti kisah tersebut ingin dikongsikan bersama individu lain yang mungkin turut tertanya-tanya bagaimanakah jodoh menemukan mereka.
Adakalanya jodoh datang tanpa diduga namun itulah kuasa Allah SWT dalam menentukan sesuatu tanpa dirancang oleh hambaNya.
Pengantin siap sediakan montaj kongsi kisah percintaan
Baru-baru ini sepasang pengantin baharu yang melangsungkan perkahwinan telah menjadi perhatian ramai apabila menyediakan montaj bagi menceritakan kisah pertemuan mereka sehingga sah menjadi suami isteri.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Johan Amin, awalnya kelihatan dia telah merakam satu video montaj di sebuah majlis perkahwinan.
Dalam video itu menceritakan bagaimana pasangan pengantin yang bekerja sebagai doktor iaitu Nader dan ahli farmasi, Sofea bertemu.
Pasangan ini meraikan majlis persandingan mereka pada 4 Oktober yang lalu.
“Pada satu pagi yang sedang hujan, takdir telah mengubah segalanya apabila berlaku kemalangan membabitkan Sofea. Namun Nader berada di situ bukan hanya sebagai doktor namun sebagai pelindungnya.
“Daripada rakan sekerja, berkawan dan dari gelak ketawa sehingga menjadi cinta,” tulis pengantin lelaki dalam video montaj berbentuk animasi itu.
Dari rakan sekerja menjadi rakan serumah
Malah dalam video itu turut menceritakan bagaimana Nader dan Sofea mula menjalinkan hubungan serta saling memberi sokongan antara satu sama lain.
Selepas mengenali hati masing-masing, pengantin lelaki turut bertanya kepada wanita tersebut adakah dia sudi untuk berkahwin dengannya dan Sofea menjawab ya.
Akhirnya daripada rakan sekerja mereka kini telah menjadi rakan serumah yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Turut kedengaran semua tetamu yang hadir bersorak dan menepuk tangan selepas menonton montaj tersebut.
Menurut Johan, video tersebut disunting sendiri oleh pengantin lelaki sebelum majlis persandingan berlangsung.
“Jarang-jarang ada video montaj sebelum majlis persandingan. Gigih pengantin buat sendiri,” tulisnya.
@johanamin2020 Menarik idea ni….
♬ original sound – OTAI GARAGE – OTAI GARAGE
Ramai sifatkan video montaj comel
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja melihat video montaj tersebut dan ada yang merancang ingin melakukan perkara sama sewaktu perkahwinan mereka.
Malah ada yang mengatakan video montaj itu turut memudahkan jika ada tetamu yang bertanya bagaimana mereka berkenalan.
“Menarik idea ni”

“Okay nanti saya kahwin saya nak buat macam ni”

“Montaj-montaj memang dah ada dalam kepala otak aku, tapi majlis aku mungkin 10 tahun lagi. Tak sangka ada orang lain nak buat juga sebab bila cakap dekat teman lelaki aku, dia kata tak ada orang buat montaj masa majlis kahwin”




