fbpx
Now Reading
“Buat Kunyah-kunyah Atas Motor” – Kedai Makan Dipuji, Beri Sate Percuma Kepada Rider

“Buat Kunyah-kunyah Atas Motor” – Kedai Makan Dipuji, Beri Sate Percuma Kepada Rider

Difahamkan, peniaga kedai Satay Sri Damak itu akan memberikan tiga cucuk sate kepada para penghantar makanan yang mengambil tempahan makanan pelangganya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Berkongsi rezeki atau bersedekah merupakan salah satu daripada amalan mulia yang sering dipuji serta dicontohi ramai.

Tidak dinafikan, di Malaysia terdapat ramai orang yang memiliki sikap sebegini termasuklah peniaga-peniaga makanan.

Ada peniaga yang berniaga sambil bersedekah dengan menjual makanan pada harga murah dan ada pula yang memberikan makanan secara percuma kepada individu-individu lain.

Tular rider kongsi kedai makan sering sedekah sate

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang penghantar makanan dikenali sebagai Pak Tam berkongsi mengenai sebuah kedai makan yang sering bersedekah tiga cucuk sate kepada para rider.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Facebook ShopeeFood Rider Official, kedai Satay Sri Damak itu dikatakan terletak di Taman Sri Andalas, Klang, Selangor.

Menurut Pak Tam, pemilik kedai dipercayai pasangan suami isteri akan memberi tiga cucuk sate kepada para rider yang mengambil tempahan makanan di situ.

Beri 3 batang sate buat rider kunyah-kunyah atas motosikal

Jelasnya lagi, peniaga terbabit memberikan sate tersebut kepada rider untuk dimakan sambil menunggu pesanan makanan disiapkan.

“Kalau rider ambil tempahan di kedai sate ini, mesti tauke bagi tiga batang sate, buat kunyah-kunyah atas motosikal katanya.

“Semoga pemilik kedai sate ini dimudahkan, dimurahkan rezeki dunia dan akhirat. Sedap satenya,” tulis Pak Tam di ruangan kapsyen.

Pak Tam turut berkongsi gambar 3 batang sate yang dibungkus dalam plastik diberikan oleh peniaga itu.

Netizen pakat puji, titip doa semoga peniaga diberi rezeki yang banyak

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pujian kepada peniaga sate berkenaan.

Tidak kurang juga yang menitipkan doa agar peniaga terbabit dilimpahi dengan rezeki yang banyak serta segala urusannya dimudahkan oleh Allah SWT.

Para penghantar makanan lain yang pernah mengambil tempahan makanan di sana turut mengakui menerima 3 cucuk sate daripada peniaga itu.

Pengendali akaun Satay Sri Damak turut tampil di ruangan komen berterima kasih dengan hantaran berkenaan yang menurutnya telah membantu mempromosikan kedainya secara tidak langsung.

Berikut komen diberikan netizen:

“Semoga murah rezeki”

“Orang yang tak kedekut biasanya Tuhan permudahkan urusan”

“Bagusnya tauke kedai”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.