fbpx
Now Reading
Ramai Puji Lelaki Terus Tekan Butang ‘Emergency’ Lepas Nampak Kereta Singapura Isi RON95 [Video]

Ramai Puji Lelaki Terus Tekan Butang ‘Emergency’ Lepas Nampak Kereta Singapura Isi RON95 [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan segera menekan butang kecemasan selepas menegur pemandu membawa kenderaan nombor plat Singapura yang mengisi minyak RON95 itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Umum mengetahui sebelum ini minyak petrol RON95 adalah bersubsidi yang dikhaskan untuk kegunaan rakyat Malaysia.

Namun sejak 30 September lalu, kerajaan telah memperkenalkan BUDI95 iaitu sebuah program subsidi bersasar petrol RON95 yang melayakkan rakyat Malaysia dengan lesen memandu sah untuk menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter.

Manakala mereka yang tidak layak boleh membeli RON95 pada harga RM2.60 seliter.

Meskipun mekanisme baharu telah digunakan dan harganya sudah diapungkan untuk golongan yang tidak layak menerima subsidi namun kenderaan nombor pendaftaran asing masih lagi tidak dibenarkan membeli RON95.

Ini kerana mana-mana kenderaan nombor pendaftaran asing perlu mengisi minyak petrol jenis RON97 seperti yang sudah dimaklumkan sebelum ini.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Kereta Singapura Isi Minyak RON95 Awal Pagi, KPDN Jalankan Siasatan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Perlu Bayar RM2.60” – Hampir 900,000 Warga Asing Tak Lagi Layak Dapat Subsidi RON95

Lelaki tegur pemandu nombor pendaftaran asing isi minyak RON95

Baru-baru ini, seorang lelaki meraih perhatian ramai apabila bertindak menegur seorang lelaki dipercayai warga Singapura yang mengisi minyak RON95.

Menerusi video yang dikongsikan Penyulam Aksara di TikTok, awalnya kelihatan lelaki terbabit datang ke arah kereta nombor pendaftaran Singapura tersebut dan menegur tindakan lelaki itu.

Terus tekan butang kecemasan

Malah lelaki itu dilihat segera menekan butang kecemasan yang diletakkan di setiap tempat mengisi minyak untuk menghentikan perbuatan pemandu Singapura berkenaan.

Turut kedengaran dia memaklumkan minyak jenis itu hanya boleh diisi oleh rakyat Malaysia.

Insiden itu dipercayai berlaku di Kulai, Johor jam 11.42 malam pada 1 Oktober lalu.

Didakwa buka but belakang supaya nombor pendaftaran tak dikesan

Di ruangan kapsyen turut memaklumkan kenderan bernombor pendaftaran Singapura itu didakwa membuka but belakang dipercayai untuk mengaburi nombor pendaftarannya semasa lampu spotlight di stesen minyak ditutup.

“Difahamkan cubaan tersebut dilakukan untuk mengelak dikesan ketika mengisi minyak bersubsidi yang tidak dibenarkan untuk kenderaan asing.

“Lelaki itu juga secara tegas menegur pelaku bahawa kenderaan berdaftar luar negara termasuk dari Singapura, tidak dibenarkan mengisi RON95 yang disubsidi di Malaysia,” tulisnya.

Dalam video itu kelihatan pemandu nombor pendaftaran asing itu meletakkan semula nozel berwarna kuning sebelum berlalu pergi.

@penyulam.aksara

Nombor Plat Disorok, Minyak RON95 Di Isi Diam Diam Seorang pengguna media sosial berkongsi kisah mengenai sebuah kereta berdaftar Singapura (SLJ 5808 J) yang dipercayai cuba mengisi minyak RON95 secara tidak sah di Petronas Bandar Putra 3, Kulai pada 1 Oktober 2025 sekitar jam 11:42 malam. Kenderaan itu dikatakan membuka ruang but belakang, dipercayai bagi mengaburi nombor plat semasa lampu spotlight di stesen minyak ditutup. Difahamkan, cubaan tersebut dilakukan bagi mengelak dikesan ketika mengisi minyak bersubsidi yang tidak dibenarkan untuk kenderaan asing. Beliau juga secara tegas menegur kepada pelaku bahawa kenderaan berdaftar luar negara, termasuk dari Singapura, tidak dibenarkan mengisi RON95 yang disubsidi di Malaysia. Satu tindakan yang wajar dipuji kepada perakam insiden ini.

♬ 没有地址的约定 – Can’t wait for you

Ramai puji tindakan lelaki terus tekan butang kecemasan hentikan pemandu Singapura isi minyak RON95

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji tindakan lelaki tersebut kerana mempertahankan hak rakyat Malaysia.

Malah ramai yang mengucapkan terima kasih kepadanya kerana menjadi rakyat yang prihatin dan menegur perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemandu kenderaan nombor pendaftaran asing.

“Dia orang tahu pun tak boleh tuang, tapi buat-buat blur. Sebab saya dulu kerja pam minyak pun dah malas kadang nak cakap banyak kali. Saya duduk dekat dalam tengok angkat nozel kuning je, terus tutupkan, simple. Dia masuk dalam memekak pun tak guna”

“Baru betul anak Malaysia, tak banyak bising terus berhentikan (tekan butang kecemasan). Salute”

“Hairan aku duit Singapura lagi besar daripada duit Malaysia, kalau duit Singapura ditukar kepada duit Malaysia berganda ooo. Apa lah sangat kalau isi RON97 tu. Terbaik bro, teguran pun mantap, tak marah-marah”

“Bagus abang ni tegas”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.