fbpx
Now Reading
Pemandu Double Park Hanya Tinggal ‘Kod Rahsia’, Bukan Nombor Telefon Curi Perhatian [Video]

Pemandu Double Park Hanya Tinggal ‘Kod Rahsia’, Bukan Nombor Telefon Curi Perhatian [Video]

Dakwa pengguna TikTok itu lagi, pemandu Ativa yang memarkir secara double park itu juga telah menarik brek tangan kenderaannya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Isu tempat letak kereta yang terhad di kawasan yang padat bukan perkara baharu. Antara kawasan yang seringkali mempunyai isu dengan masalah parkir adalah kawasan kediaman tinggi seperti pangsapuri serta tempat awam seperti hospital.

Oleh kerana itu, ada sesetengah pemandu yang terpaksa meletak kereta secara berganda (double park) di hadapan kenderaan lain.

Namun rata-ratanya akan menurunkan brek tangan atau meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi bagi memudahkan pemilik kenderaan lain mengalihkan kenderaan mereka.

Pemandu Kereta Double Park Tapi Tinggal ‘Kod Rahsia’ Dipercayai Sebagai Nombor Telefon

Lain pula dengan seorang individu ini yang terpaksa berhadapan dengan sikap pemandu yang ‘luar biasa’ namun menyusahkan orang lain.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @snapbackpacker, kelihatan sebuah kereta Perodua Ativa berwarna putih diletakkan di hadapan parkir kenderaan lain.

Melalui perkongsian itu, pemilik video berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemilik Ativa berkenaan.

Manakan tidak, tiada nombor telefon yang diberi sebaliknya sekeping kertas yang tertera nombor dan kod seakan-akan ‘kod rahsia’ yang perlu diterjemahkan oleh sesiapa yang melihat.

Keadaan itu nyata mengundang kemarahan pemilik video berkenaan yang dipercayai mahu mengeluarkan kenderaannya yang dihalang oleh kereta Ativa terbabit.

“Tinggalkan nombor telefon ❌, tinggal nombor encrypted code ✅. Ada masa pula aku nak decode kod pemandu Ativa b*ng*ng ni,” tulisnya pada video berkenaan.

Difahamkan, kejadian berlaku di parkir Hospital Shah Alam, Selangor pada 2 Oktober.

Pemandu Didakwa Tak Turun Brek Tangan, Pihak Keselamatan Hospital Dah Buat Pengumuman 2 Kali

Dakwa pengguna itu lagi, pemandu Ativa itu telah menarik brek tangan kenderaannya itu.

Lebih menyukarkan keadaan, pihak keselamatan hospital juga telah membuat pengumuman sebanyak dua kali bagi meminta pemandu tersebut mengalihkan kenderaannya.

Namun, dia mendakwa pemilik Ativa itu tetap tidak turun untuk mengalihkan kenderaannya itu.

Pun begitu, tiada info lanjut berapa lama pengguna terbabit terpaksa menunggu pemandu Ativa mengalihkan kenderaannya itu.

“Tolong siapa-siapa boleh nyahkan kod ini tak? Dah banyak (kali) pengumuman dengan security Hospital Shah Alam.

“Double park, tarik handbrake (brek tangan), bagi encrypted code, dua kali security hospital buat pengumuman tapi tak turun juga,” tulisnya di ruang kapsyen.

@snapbackpacker

Tolong siapa siapa yang boleh nyahkod kod ni tak? Dah banyak announcement dengan security hospital shah alam 1. double park 2. tarik handbrake 3. bagi encrypted code 4. dua kali security hospital announcement, tak turun jugak #ativa #peroduaativa #fypppppplp #brainlessdriver #problemativa

♬ original sound – Mi Jae – Mi Jae

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Beri Pelbagai Reaksi Dengan Tindakan Beri Kod Sukar Difahami

Video yang telah mendapat lebih 60,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang hairan dan turut tertanya-tanya apakah maksud sebenar di sebalik kod berkenaan.

Malah, ada juga yang mencadangkan agar pengguna terbabit menelefon pihak berkaitan yang boleh menunda sahaja Perodua Ativa itu.

Bukan itu sahaja, ada pengguna media sosial yang mendakwa dia turut berada di lokasi kejadian dan terdengar pengumuman yang dibuat oleh pihak hospital

Tindakan Double Park Hingga Menyusahkan Pengguna Lain Adalah Satu Kesalahan

Tahukah anda, tindakan meletak kereta secara berganda atau double park adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987?

Menerusi hantaran di Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), individu yang berhadapan dengan situasi demikian boleh menghubungi pegawai trafik atau majlis perbandaran untuk menunda kenderaan selaras dengan peruntukan di bawah seksyen tersebut.

“Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak kurang setahun atau kedua-duanya,” terang mereka.

Namun, tidak dapat dipastikan sama ada peraturan ini terpakai untuk kawasan parkir awam seperti di kawasan hospital, sekolah dan bangunan kerajaan.

#JomBeringat BAHANA DOUBLE PARK Pernahkah anda menghadapi masalah tidak dapat keluar daripada petak letak kereta…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday 2 October 2018

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Call je Towing Senang Cerita, Ingat Orang Ada Masa Nak Main Da Vinci Code Ke”

“Cuba Scan, Mana Tahu Auto Call Ke?”

Baca Artikel Berkaitan: Cermin Kereta Kena Pecah Kerana Double Park, Wanita Cari Saksi & Rakaman Dashcam

Baca Artikel Berkaitan: “Lembutnya Kak”- Sikap Penyabar Wanita Selepas Kereta Kena Double Park Hampir 2 Jam Curi Perhatian [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Cakap Maaf Pun” – Lelaki Bengang, Terpaksa Tunggu 30 Minit Gara-Gara Wanita Double Park Depan Kereta [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.