Kenyataan Rizalman Bangkitkan Isu Mahram Peserta Misi Global Sumud Flotilla Cetus Perdebatan
Menerusi tangkap layar yang tular, Rizalman berkongsi balasan mesej peribadi apabila seorang individu memaklumkan kesedihan kepadanya bahawa Zizi Kirana dan PU Rahmat telah ‘ditangkap’.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Awal pagi semalam (2 Oktober), seluruh dunia termasuk Malaysia dikejutkan dengan berita Kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang dipintas oleh tentera Israel di perairan antarabangsa ketika dalam misi kemanusiaan menuju ke Gaza dan anak kapal turut ditahan oleh rejim zionis itu.
Penyanyi dan selebriti, Zizi Kirana antara lapan peserta terawal ditahan kira-kira jam 6.00 pagi susulan mesej kecemasan dimuat naik di akaun Facebook Sumud Nusantara Official sebelum kesemua aktivis Malaysia disahkan telah ditahan pada malam tadi (2 Oktober).
Penahanan itu nyata menjadi perhatian hingga ramai yang sedih malah risaukan nasib yang bakal menimpa delegasi Malaysia tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Sumud Flotilla: 12 Peserta Malaysia Termasuk Zizi Kirana & Heliza Helmi Ditahan Tentera Israel [Video]
Rizalman Kaitkan Isu Mahram Dengan Peserta Global Sumud Flotilla
Namun, semalam (2 Oktober), tular di media sosial tangkap layar Instagram Story (IG Story) milik pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim.
Menerusi tangkap layar yang tular, Rizalman berkongsi balasan mesej peribadi apabila seorang individu memaklumkan kesedihan kepadanya bahawa Zizi Kirana dan PU Rahmat telah ‘ditangkap’.
Apa yang menjadi perhatian adalah respon yang diberikan oleh pereka fesyen berkenaan dengan mengaitkan isu mahram dan penyertaan wanita dalam misi kemanusiaan tersebut.
“Apa aku kata tentang mahram?” katanya.

Turut Jelas Tentang Kepentingan Wanita Ditemani Mahram
Bukan itu sahaja, Rizalman yang juga merupakan pengasas dan pemegang Amanah Yayasan Ri dipercayai memuat naik hantaran berasingan dengan menyentuh tentang kepentingan wanita ditemani mahram dalam sebuah perjalanan.
“Mana-mana perempuan pun kalau ditemani oleh mahramnya, dia tidak akan berani buat benda tidak elok sebab mahramnya (bapa/abang/adik/suami) akan menasihati sebelum terjadi perkara tidak diingini.
“Hatta ambil ubat dekat klinik sekalipun kerana bisikan Qarin itu sentiasa ada bersama kita walaupun perjalanan ke tempat tujuan aman, faham ke tak?
“Inikan pula merentasi samudera terbuka bersama ajnabi,” jelasnya.


View on Threads
Bukan hanya seorang, malah beberapa pengguna media sosial turut memuat naik perkara sama.
View on Threads
Pengguna Media Sosial Luah Rasa Kecewa Namun Ada Yang Merasakan Tidak Salah Meraikan Perbezaan Pendapat
Hantaran yang telah mendapat lebih 413,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan kenyataannya yang mengaitkan isu mahram dengan GSF.
Malah, ada yang mempersoal tindakannya yang seakan tidak sensitif dengan keadaan semasa apabila mengeluarkan kenyataan tersebut.
Pun begitu, ada yang merasakan tidak salah beliau memberikan pendapatnya dan kita hanya perlu meraikan perbezaan tersebut.
Terdapat Larangan Musafir Tanpa Mahram Namun Ada Pengecualian – PU Amin
Untuk info, sememangnya terdapat larangan yang melarang seorang wanita bermusafir tanpa mahram.
Namun, menurut penceramah dan pendakwah bebas, PU Amin, terdapat pengecualian keadaan tertentu yang membenarkan kaum Hawa untuk bermusafir tanpa mahram mereka.
“Hukum asal wanita ini memang tidak dibenarkan bermusafir tanpa mahram tetapi ada khilaf dalam kalangan para ulama.
“Sebab yang pertama, memang ada hadis nabi kata ada larangan musafir tanpa mahram.
“Sebab di dalamnya nanti akan hilang keamanan, akan rosakkan keselamatan. Maka mahram itu nanti, dia akan membantu untuk menyelamatkan wanita-wanita yang dia jaga.
“Tapi kena ingat ada pengecualian dalam keadaan tertentu contohnya hadis Safar di zaman nabi bila ada wanita yang meninggalkan suami dan mahram untuk berhijrah dengan Rasulullah SAW.
“Amalan para sahabat juga apabila melihat satu rombongan itu aman dan terjaga. Contoh kita pergi umrah, tak pergi dengan mahram, tapi group kita ladies umrah. Geng perempuan yang dalam itu dipercayai tidak akan ada ikhtilat, maksiat, takkan ada pencerobohan, memang dijaga.
“Maka, itulah perjalanan dan rombongan yang dibenarkan walaupun tanpa mahram,” katanya.
Malah, PU Amin turut menjelaskan kepentingan penglibatan wanita dalam misi kemanusiaan tersebut sebagai pemberi semangat dan moral terhadap kaum Hawa di Gaza.
@suriamalaysia Dengarkan ulasan Ustaz Amin tentang isu wanita yang ikut berjuang tanpa membawa mahram bersama. #suriamalaysia #resetjiwa #SuriaBersamaPalestin #sumudflotillanusantara🇲🇾🇵🇸
♬ original sound – Suria Malaysia – Suria Malaysia
Tonton video penuh [DI SINI]
Sebelum ini juga, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pernah menjelaskan hukum wanita terlibat dengan misi kemanusiaan flotilla adalah harus dan tidak salah.
Apatah lagi, situasi rakyat Palestin yang cukup terdesak dalam mengharapkan pertolongan dan bantuan daripada sesiapa pun yang sanggup menempuhi cabaran.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Sebagai Peminat Tok Ri, Bila Dia Ulas Bukan Bidang Dia, Rasa Kecewa Sangat, Terus Hilang Respect”

“Semua Orang Aware Pasal Mahram Tu Tapi Orang Marah Sebab Waktu Orang Risau, Waktu Genting Sibuk Nak Huraikan Segala Bagai”

“Aku Rasa Dah Masa Untuk Tak Ambil Nasihat Agama Dari Orang Yang Bukan Ahlinya”

“Sekarang Dia Nak Imply Apa Ni? Dia Nak Kata Muslimat Atas Kapal Buat Benda Tak Elok & Sebab Tu GSF Tak Sampai Gaza Ke?”

“Setuju Dengan Tok Ri, Perjalanan Yang Aman Wajib Dihindari Kecuali Kita Adalah Tentera”

“Secara Teori & Hakikat Memang Tak Boleh, Kita Terima Jela Pendapat Dia”

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Wanita Sertai Misi Flotila Hantar Bantuan Ke Gaza? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP
Baca Artikel Berkaitan: Israel Mula Perbicaraan Usir Peserta Sumud Flotilla Tanpa Notis Awal – Adalah



