fbpx
Now Reading
Apa Hukum Buka Tudung Kerana Mahu Dalami Agama Dengan Cara Tersendiri? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Apa Hukum Buka Tudung Kerana Mahu Dalami Agama Dengan Cara Tersendiri? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menutup aurat adalah kewajipan agama yang mesti dipatuhi oleh setiap individu beragama Islam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada hujung bulan lalu, kecoh di media sosial tindakan seorang artis wanita yang memilih untuk tidak lagi berhijab.

Apa yang menjadi perhatian adalah dia mendakwa perubahan penampilannya sebagai sesuatu yang baharu dan mahu lebih mendalami agama.

Kenyataan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuklah golongan agamawan seperti pendakwah bebas, Ustaz Elyas Ismail yang kurang setuju dengan alasan yang diberikan.

Namun pernahkah anda terfikir apakah hukum jika seseorang itu memilih untuk tidak bertudung atas alasan mahu mencari agama dengan cara sendiri dan lebih dekat dengan tuhan?

Baca Artikel Berkaitan: “Lebih Rapat Dengan Allah Walau Tak Bertudung”- Ustaz Elyas Tegur Kenyataan Artis Wanita [Video]

Menutup Aurat Kewajipan Agama Yang Perlu Dipatuhi

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, menutup aurat adalah kewajipan agama yang mesti dipatuhi oleh setiap individu beragama Islam.

Jelas laman itu, seseorang yang beragama Islam dianggap mukalaf apabila telah memenuhi dua syarat utama iaitu mencapai umur baligh dan berakal.

“Apabila dia dianggap mukalaf, kewajipan syarak mula dipertanggungjawabkan ke atasnya dan meninggalkannya dianggap dosa.

“Dalil mewajibkan menutup aurat kepala terutamanya rambut dan leher bagi wanita jelas disebutkan dalam nas-nas syarak.

“Mengingkarinya tanpa alasan yang munasabah boleh membawa kepada penolakan terhadap syariat yang jelas dan muktamad,” jelasnya.

Tutup Aurat Langkah Pelihara Maruah & Keselamatan Wanita

Malah, perintah menutup aurat bukanlah menghalang wanita untuk melaksanakan perkara dan tanggungjawab mereka.

Ia dilihat sebagai satu pemiliharaan terhadap akhlak, maruah serta keselamatan kaum Hawa itu sendiri.

Ini berdasarkan firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 59:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُل لِّأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِن جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَن يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَّحِيمًا ‎

“Maksudnya: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

Menutup Aurat Bukan Boleh Dipilih Mengikut Nafsu

Jelas laman itu lagi, menutup aurat bukanlah satu perkara yang boleh dipilih sesuka hati dan mengikut nafsu.

Individu yang betul-betul beriman perlu menerima keseluruhan ajaran yang ditetapkan oleh Allah SWT secara menyeluruh dan bukan hanya sebahagian daripadanya.

Ingkari Hukum Syarak Boleh Menyebabkan Muslim Terkeluar Daripada Islam

Terangnya lagi, ucapan atau perbuatan yang menolak kewajipan syarak boleh memberi kesan terhadap akidah seseorang.

Lebih membimbangkan, perbuatan itu boleh menyebabkan seseorang terkeluar daripada agama Islam.

“Para ulama menegaskan bahawa jika seseorang muslim mengingkari suatu hukum syarak yang telah disepakati oleh ijmak ulama dan diketahui secara jelas dalam agama (مَعْلُومٌ مِنَ الدِّينِ بِالضَّرُورَةِ), maka perbuatan tersebut boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada Islam.

“Namun, sekiranya seseorang tidak menunaikan kewajipan tersebut tetapi masih mengakui akan kewujudannya sebagai hukum Allah SWT, maka dia dikira berdosa besar, fasiq dan melakukan maksiat tetapi tidak sampai ke tahap kafir.

“Oleh itu, seorang Muslim hendaklah berhati-hati dalam ucapan dan tindakannya, serta berusaha mengelakkan daripada menjadikan alasan seperti ‘ingin mencari agama dengan cara sendiri dan mengatakan tidak pakai tudung itu lebih dekat dengan tuhan’ sebagai justifikasi untuk meninggalkan kewajipan syarak.

“Perbuatan sebegini bukan sahaja menzahirkan kelemahan iman bahkan boleh membawa implikasi yang lebih besar sekiranya disertai dengan penafian terhadap hukum Allah SWT yang telah jelas kedudukannya,” terang mereka.

IRSYAD HUKUM SIRI KE-933: MENUTUP AURAT KEWAJIPAN AGAMA, BUKAN PILIHAN PERIBADI Soalan Assalamualaikum SS Mufti. Apa…

Posted by Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan – JAWI on Wednesday 24 September 2025

Baca Artikel Berkaitan: Tak Menutup Aurat Ketika Baca Al-Quran? Ini Hukum & Penjelasannya

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Wanita Bersolek Untuk Kecantikan? Ini Penjelasannya

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.