Warga Emas Sudah Bongkok Masih Gagah Cari Rezeki Jadi Penghantar Makanan [Video]
Apa yang lebih menyentuh hati, warga emas bernama Zakaria Abdul Wahab itu dilihat berjalan dalam keadaan berbongkok sambil membawa bungkusan makanan yang ingin dihantar kepada pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai generasi muda yang mengimpikan kehidupan yang lebih selesa dan tenang ketika tua nanti bukan?
Antara perancangan jangka masa seperti mendapat kerjaya yang baik, berkahwin dengan pasangan yang dicintai dan akhirnya bersara dengan simpanan wang yang mencukupi untuk menampung baki kehidupan yang ada.
Bagaimanapun, ada juga sesetengah individu lanjut usia yang masih bekerja kerana bosan di rumah atau terpaksa memerah keringat mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
Baca Artikel Berkaitan: “Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]
Tular warga emas gigih cari rezeki jadi penghantar makanan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki warga emas dipercayai masih gigih mencari rezeki demi menampung kehidupannya.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @shafrilrohai, kelihatan warga emas yang dikenali sebagai Zakaria Abdul Wahab itu menjadi penghantar makanan.
Siapa sangka, pekerjaan sebagai rider makanan yang kebiasaannya dilakukan oleh anak-anak muda di Malaysia turut dilakukan oleh warga emas seperti lelaki itu.
Gagahkan diri meski jalan berbongkok
Apa yang lebih menyentuh hati, warga emas berusia lingkungan 70-an itu dilihat berjalan dalam keadaan berbongkok sambil membawa bungkusan makanan yang ingin dihantar kepada pelanggan.
Difahamkan, pemilik video TikTok tersebut telahpun menemui warga emas itu dan meminta akaun bank miliknya bagi membolehkan orang ramai memberi sedikit sumbangan kepadanya.
“Kalau korang nak bantu atau nak memberi boleh ‘direct message’ (DM) saya. Saya ada maklumat penuh bank atuk ini,” tulisnya di kapsyen.
@shafrilrohai kalau korang nak bantu atau nak memberi boleh DM aku, aku ada full details bank atuk ni 🙌🏽
♬ Di Akhir Perang Cinematic Orchestra – SORA TUNE 🎹
Ramai sebak dan ingin bantu warga emas terbabit
Menjengah ke ruangan komen, perkongsian pengguna TikTok itu mengenai warga emas berkenaan telah menyebabkan ramai yang berasa sebak.
Rata-rata pengguna media sosial tidak menyangka lelaki lanjut usia tersebut masih mencari rezeki dengan saki baki kudrat yang ada.
Tidak kurang juga yang ingin membantu menghulurkan sedikit wang dengan meminta nombor akaun serta nama warga emas itu.
Pemiliki akaun TikTok kemudiannya berkongsi maklumat berkenaan di ruangan balas.
Berikut nama dan nombor akaun warga emas terbabit seperti yang dikongsikan:
- Nama akaun: Zakaria Bin Abdul Wahab
- Nombor akaun: 22450010033
- Nama bank: Hong Leong Bank

Sebelum ini, turut tular seorang warga emas yang gigih mencari rezeki di saat usianya yang sudah lanjut.
Jika disemak pada nama atuk berkenaan, berkemungkinan beliau adalah orang yang sama dengan pak cik ini. Malah, pakaian dan gaya berjalannya dilihat sama.
Baca Artikel Berkaitan: Warga Emas Gigih Jadi Penghantar Makanan Meski Sudah Bongkok Buat Ramai Sebak & Sedar Erti Bersyukur [Video]



Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kagum Warga Emas Gigih Cari Rezeki & Jaga Isteri Strok Walau Hidap Sakit Buah Pinggang Tahap 5 [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]



