Now Reading
“Tak Bagi Signal Itu B*bi – Nasihat Pedas Si Bapa Ketika Ajar Anak Bawa Kereta Buat Ramai Terhibur [Video]

“Tak Bagi Signal Itu B*bi – Nasihat Pedas Si Bapa Ketika Ajar Anak Bawa Kereta Buat Ramai Terhibur [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah cara bapanya mengajar serta nasihat yang diberikan agak ‘pedas’ dan kena dengan sikap kebanyakan pemandu pada masa kini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@dniasfea/video/7556129769474018578?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7410966857291793928

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kebanyakan individu, pengalaman pertama kali membawa kenderaan lebih-lebih lagi kereta sememangnya amat menyeramkan.

Pada ketika itu semuanya rasa serba tidak kena. Rasa gugup menyelubungi diri hingga kadangkala kaki pun tidak terasa memijak pedal.

Perasaan ini sememangnya amat normal apatah lagi apabila berhadapan dengan anggota Jabatan Penguatkuasa Jalan (JPJ) ketika melaksanakan ujian untuk mendapatkan lesen.

Oleh kerana itulah, kebanyakan individu akan mendapatkan latihan di sekolah memandu terlebih dahulu.

Namun, ada juga ibu bapa yang memberi tunjuk ajar kepada si anak sebelum ke peringkat seterusnya.

Bapa Ajar Bawa Kereta, Bagi Nasihat Pedas Buat Si Anak

Baru-baru ini, tular di media sosial gelagat seorang bapa yang sedang mengajar anak gadisnya memandu sebuah kereta.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @dniasfea, kelihatan gadis yang dikenali sebagai Nia sedang memandu kenderaan manakala bapanya duduk di sebelah.

Apa yang menjadi perhatian adalah cara bapanya mengajar serta nasihat yang diberikan agak ‘pedas’ dan kena dengan sikap kebanyakan pemandu pada masa kini.

Melalui perkongsian itu, bapa Nia yang merupakan seorang guru telah memberi nasihat tentang keperluan memberikan isyarat (signal) ketika memandu di jalan raya.

“Signal (isyarat) itu wajib. Hanya b*bi yang tak bagi signal. Faham tak?

“Jaga lane, lane itu penting. Semua pentinglah. Lama-lama nanti dia terbiasa.

“Signal tu wajib, ingat siapa dia yang tak bagi signal?” kata bapanya lagi.

Kongsi Nia kepada BuzzKini, bapanya memberi nasihat tersebut ketika mengajarnya memandu kenderaan itu sebagai persediaan untuk mengambil ujian lesen memandu.

“Abi (bapa) lagi seram dari JPJ,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Terhibur Dengar Nasihat Si Bapa Kepada Anak

Video yang telah mendapat lebih 2.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai terhibur mendengar nasihat si ayah kepada si anak.

Malah, ada netizen yang dipercayai merupakan cikgu sekolah memandu turut menyokong cara si bapa dalam mengajar anak gadisnya itu.

Bukan itu sahaja, ada yang turut berkongsi pengalaman sama terpaksa berdepan dengan ketegasan bapa ketika belajar memandu kenderaan.

Pemandu Tak Bagi Signal Sering Dapat Gelaran B*bi

Sebagai info, pengguna media sosial sering mengaitkan pemandu yang gagal memberikan signal dengan gelaran b*bi.

Malah, banyak meme yang telah menggunakan haiwan babi dihasilkan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya betapa pentingnya menggunakan signal.

Pemberian Lampu Isyarat Cara Pengguna Jalan Raya ‘Berkomunikasi’

Tahukah anda, pemberian lampu isyarat atau signal dapat mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menerusi hantaran JPJ di Facebook milik mereka, lampu signal adalah salah satu cara pengguna berkomunikasi di jalan raya.

“Isyarat yang diberi melalui lampu signal adalah untuk memberitahu kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa kita akan bergerak ke arah kiri atau kanan jalan raya.

“Tiada manusia dapat mengagak ke mana arah yang akan kita ambil jika isyarat tidak diberikan,” terang mereka.

SIGNAL! Lampu signal adalah satu cara berkomunikasi diatas jalan raya. Isyarat yang diberi melalui lampu signal…

Posted by Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia on Friday 31 May 2019

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Ini Lagi Menakutkan Dari Cikgu Memandu”

“Mental Kena Kuat Kalau Bapa Duduk Sebelah”

“Soalan Yang Last Tu, Dengan Kita-Kita Menjawab Sekali”

“Terbaik! Saya Sebagai Cikgu Memandu Sokong 100%, Proses Belajar”

Baca Artikel Berkaitan: Aksi keluarga Ekori Gadis Jalani Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Nak Gelak, Nanti Terkena” – Kereta Mengundur Masa Ujian Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.