fbpx
Now Reading
“Suasana Luar Biasa” – Tarian Singa & Alunan Kompang Di Kenduri Kahwin Buat Tetamu Terpegun [Video]

“Suasana Luar Biasa” – Tarian Singa & Alunan Kompang Di Kenduri Kahwin Buat Tetamu Terpegun [Video]

Majlis persandingan itu bukan sahaja dimeriahkan dengan tarian singa, malah pasangan pengantin tersebut turut memakai busana tradisional Cina yang anggun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap pasangan pengantin sudah tentu mempunyai matlamat dan impian sendiri bagi merealisasikan hari istimewa mereka. Ada yang sukakan ‘intimate wedding’, ada yang memilih untuk menganjurkan majlis besar-besaran dan sebagainya.

Selain itu, ramai juga yang mahukan kelainan dan tampil unik berbanding majlis pernikahan biasa. Mana tidaknya, pasti anda tidak mahu mensia-siakan hari bahagia berkenaan.

Antara tema yang semakin digemari ramai adalah percampuran budaya sesuatu kaum di dalam satu majlis. Sebagai contoh, sepasang pengantin Melayu sebelum ini dipakaikan kalungan bunga malai yang sinonim dengan masyarakat India.

Bukan itu sahaja, ada juga tarian singa dan alunan gendang India. 

Baca Artikel Berkaitan: “Jangan Persoal, Tu Hari Special Dia” – Ramai Beri Pandangan Tentang Topik ‘Intimate Wedding’

Baca Artikel Berkaitan: “Ada Tarian Singa, Kompang & Gendang India” – Kenduri Kahwin Himpun Budaya Kaum Di Malaysia Curi Tumpuan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenduri Kahwin Pengantin Melayu Meriah Dengan Pelbagai Bangsa, Siap Ada Gendang & Tarian Singa

Tarian Singa Buat Kemunculan Di Kenduri Kahwin Pengantin Melayu

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok (@eventhallbydiva) menyaksikan sebuah majlis persandingan yang unik dan menarik berlangsung di Event Hall by Diva di kawasan perindustrian Tiong Nam, Johor Bahru.

Kebiasaannya, pengantin Melayu akan menyarungkan gaun moden atau pun lebih popular iaitu songket. Namun lain pula kali ini apabila kedua-dua pengantin lelaki menggayakan pakaian tradisional kaum Cina iaitu Cheongsam dan juga Tangzhuang.

Lebih meriah lagi apabila perarakan pengantin menuju ke pelamin diiringi dendangan kompang dan juga tarian singa. Selalunya kita boleh saksikan persembahan tarian tersebut ketika Tahun Baru Cina sahaja tetapi kali ini di kenduri kahwin pun ada!

“Tarian singa yang penuh warna-warni melambangkan kegembiraan dan keberuntungan, manakala paluan kompang adalah simbol kemeriahan serta restu dalam adat Melayu.

“Apabila kedua-duanya bergabung, ia menjadi lambang penyatuan dua budaya dalam satu majlis. Bayangkan bunyi gendang tarian singa berbalas dengan rentak kompang irama yang padu, penuh tenaga dan meriah, membuatkan tetamu terpegun.

“Ia bukan sekadar persembahan, tetapi juga sebuah pernyataan bahawa cinta mampu merentas perbezaan.,” kata pengendali akaun Event Hall by Diva.

@eventhallbydiva 回复 @‘ Bila tarian singa bertemu dengan kompang, suasana perkahwinan jadi sesuatu yang luar biasa ✨. 🎉 Gabungan Budaya Tarian singa yang penuh warna-warni melambangkan kegembiraan dan keberuntungan, manakala paluan kompang adalah simbol kemeriahan serta restu dalam adat Melayu. Apabila kedua-duanya bergabung, ia menjadi lambang penyatuan dua budaya dalam satu majlis. 🥁🦁 Suasana Majlis Bayangkan bunyi gendang tarian singa berbalas dengan rentak kompang — irama yang padu, penuh tenaga dan meriah, membuatkan tetamu terpegun. Ia bukan sekadar persembahan, tetapi juga sebuah pernyataan bahawa cinta mampu merentas perbezaan. 💍 Makna di Sebaliknya Majlis perkahwinan sebegini mencerminkan kepelbagaian dan keharmonian Malaysia, di mana pasangan pengantin diraikan dengan cara yang unik, penuh simbol keberkatan dan kemakmuran. Ringkasnya, apabila tarian singa bertemu kompang, ia adalah sebuah perkahwinan yang meriah, berwarna-warni dan sarat makna perpaduan budaya ❤️.@Galaxy Glasshouse By Diva #weddinghall #malaywedding #sanding #glasshouse #gardenwedding ♬ 原声 – Event Hall by Diva

Tonton video penuh [DI SINI].

Menerusi satu lagi hantaran, kelihatan tarian singa itu dilakukan di bahagian pintu masuk dewan. Memang riuh!

@eventhallbydiva Replying to @pre-workout lion dance pulak. #liondance #malaywedding #chinesewedding #eventhallbydiva #fyp ♬ original sound – Event Hall by Diva

Tonton video penuh [DI SINI].

Pengantin Request 2 Pelamin, Style Melayu & Cina

Variasi budaya itu tidak terhenti di situ apabila pengantin turut meminta event planner (perancang acara) untuk menyediakan dua jenis pelamin dengan sentuhan style Melayu dan juga Cina.

Pelamin versi Melayu dihiasi dengan bunga warna putih dengan sedikit tona merah dan pink manakala pelamin style Cina diletakkan bersama tanglung merah.

Memetik The Patriots, tanglung merupakan lambang harapan, kebahagiaan, dan kemeriahan perayaan.

@eventhallbydiva Replying to @TheAiris_Xyler⁷ By request of our bride and groom, we created not one but two wedding stages. A touch of Chinese elegance and a touch of Malay tradition, beautifully blended in one celebration. #chinesewedding #malaywedding #dewankahwin #eventhallbydiva #fyp ♬ original sound – Event Hall by Diva

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Tertarik Dengan Kepelbagaian Budaya Di Kenduri Kahwin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai terpegun dan terkesima melihat majlis yang meraikan budaya Melayu dan Cina itu.

“Comelnya singa menari dengan kompang, siap ada alunan selawat,” kata seorang wanita.

“I’m loving this idea. Semoga bahagia hingga ke Jannah,” ujar seorang lagi netizen.

Malah ada yang berkata ia merupakan antara majlis yang unik pernah diadakan.

“Ni betul rare. Selamat pengantin baharu kepada kedua mempelai,” kata seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga beberapa individu lain mula bertanya tentang harga pakej berkenaan seolah-olah berminat dengan idea majlis persandingan tersebut.

Sumber: TikTok

Baca Artikel Berkaitan: “Kreatifnya Keluarga Ni!” – Ramai Teruja Lihat Kenduri Kahwin Bertemakan ‘Melayu Klasik’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Bangsa India Tumpang Bersiap Di Rumah Jiran Melayu Sebelum Majlis Tunang

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.