“Bangga Dengan Sikap Adik”- Ramai Puji Tindakan Jujur Pelajar Beritahu Lelaki Ada Duit Terjatuh [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan memberikan wangnya yang terjatuh kepada pelajar terbabit atas kejujurannya memaklumkan mengenai hal tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu sememangnya digalakkan untuk melakukan kebaikan dan bersikap jujur walau di mana jua mereka berada.
Bukan hanya itu kejujuran serta kebaikan yang dilakukan oleh seseorang mungkin dapat membantu individu lain yang sedang berada dalam kesusahan.
Perkara ini secara tidak langsung turut memberikan contoh yang baik kepada orang lain untuk sentiasa melakukan kebaikan dan berlaku jujur.
Pelajar jujur raih perhatian
Baru-baru ini, seorang pelajar lelaki yang berada di sebuah kedai serbaneka menjadi perhatian disebabkan kejujurannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @akuifa616 di TikTok, awalnya kelihatan wanita itu dan suaminya telah berkunjung ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli minuman.
Sewaktu sedang duduk di sebuah meja, kelihatan suami wanita berkenaan bangun dari tempat duduknya dan berjalan ke arah meja belakang yang diduduki oleh sekumpulan pelajar lelaki.
Maklumkan ada duit terjatuh kepada suami wanita terbabit
Salah seorang daripada pelajar berkenaan kemudian memaklumkan kepada suami wanita terbabit mengenai wangnya yang terjatuh.
“Lepas suami ambil duit tengok dia tengah makan nasi bekal dari rumah, manakala kawan-kawan lain makan makanan dari kedai serbaneka tu.
“Jadi suami kata ‘abang nak bagi dia lah duit jatuh tadi.’ Masa nak bagi duit tu sebolehnya di tolak, dia tak nak. Tapi suami selit juga. Rezeki budak jujur,” kata wanita berkenaan di ruangan kapsyen.
Malah dalam video, kedengaran pelajar lelaki itu bercakap dengan nada yang lembut ketika menolak wang yang ingin diberi oleh suami wanita berkenaan.
@akuifa616 Duit husband jatuh, dia bagitahu duit abg jatuh, katanya. Lepas husband ambik duit tengok dia tengan makan nasi bekal dari rumah, sedang kawan2 lain makan makanan dari emart tu. So husband kata “abg nk bagi dia la duit jatuh tadi”. Masa nak bagi duit tu seboleh dia tolak dia xnak tapi husband selit jugak. Rezeki budak jujur 😁😁. #budakbaik #chinesekids
♬ original sound – Kokkushop – Kokkushop
Ramai puji pelajar jujur beritahu mengenai duit terjatuh
Melihat di ruangan komen, ramai yang bangga dengan tindakan jujur pelajar berkenaan.
Malah ada juga memuji ibu bapanya kerana mendidik pelajar itu dengan baik serta menyifatkan dia seorang budak yang sopan.
Wanita itu turut menyifatkan pelajar berkenaan seorang yang beradab kerana sewaktu dia masuk kedai tersebut kelihatan budak lelaki itu tersenyum dan menganggukkan kepala sebagai tanda hormat.
“Bila dia sebut ‘abang’ lembut je”

“Kak kita suka vibe positif.. terus tersentuh. Dalam rezeki kita ada rezeki orang lain, doa moga akak dan keluarga dilimpah ruahkan lagi rezeki seluas-luas lautan”

“Bagus didikan ibu bapa dia ‘saya tak boleh ambil'”

“Rezeki disebalik kejujuran kan. Alhamdulillah, semoga besar nanti jadi anak yang berguna kepada ibu bapa awak.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






