fbpx
Now Reading
“Real Hero” – Ramai Puji Doktor Bantu Tenangkan Bayi Menangis Agar Tak Kacau Ibu Baru Bersalin

“Real Hero” – Ramai Puji Doktor Bantu Tenangkan Bayi Menangis Agar Tak Kacau Ibu Baru Bersalin

Kongsi pengguna Threads yang dikenali sebagai Syazwani, pada waktu itu terdapat seorang ibu di hadapan katilnya yang baru melahirkan anak sedang berehat dan tidur dengaan lena.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Sejak belakangan ini, seringkali kedengaran di media sosial luahan orang ramai mengenai pengalaman mereka mendapatkan rawatan di hospital mahupun klinik.

Kebanyakan luahan yang dibuat pula melibatkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang diberi.

Ada yang sedih dek kerana menerima layanan yang tidak memuaskan malah ada segelintir yang mengeluh dengan servis perkhidmatan hingga ada yang sanggup membuat aduan kepada pihak pengurusan tertinggi.

Jarang sekali kedengaran pujian yang diberi kepada petugas kesihatan yang telah banyak berkorban menyelamatkan nyawa.

Bayi Baru Dilahirkan Menangis Kuat & Lama

Semalam (30 September), tular di media sosial perkongsian positif seorang wanita mengenai sikap dan layanan seorang doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menerusi perkongsian yang dikongsikan di Threads @syazwanybaha, dia berkongsikan sikap murni seorang doktor lelaki ketika dia dimasukkan ke wad tersebut.

Jelas Syazwani, terdapat seorang ibu di hadapan katilnya yang baru melahirkan anak sedang berehat dan tidur dengan lena.

Apa yang menjadi perhatian adalah bayi yang baru dilahirkan oleh si ibu itu sedang menangis dengan kuat dan agak lama.

Secara kebetulan, seorang doktor lelaki dipercayai bernama Praveendurai Krisnasamy sedang melakukan rondaan dan menyemak fail di katil Syazwani.

“Tak silap saya, ibu ini baru je melahirkan. Baru warded lah. Lepas tu baby dia nangis kuat gila dan lama. Tapi ibu ini tak bangun. Dia tidur. Faham je. Penat weh,” kongsinya.

Doktor Bantu Diamkan Bayi & Tak Ganggu Ibu Baru Lepas Lahirkan Anak

Apa yang menjadi perhatian adalah doktor berkenaan terus pergi ke katil dan mengangkat bayi tersebut.

Dakwa Syazwani, dia melihat doktor itu mendodoi si comel berkenaan hingga bayi tersebut diam.

Namun, sebaik ahli perubatan itu meletak semula bayi itu ditempatnya, si cilik itu kembali sambung menangis.

Kongsi Syazwani lagi, doktor itu sanggup berpatah balik dan menenangkan semula bayi berkenaan sehingga si kecil betul-betul kembali tidur dengan lena.

Apa yang menyentuh hati Syazwani adalah Dr Praveen langsung tidak mengganggu ibu bayi berkenaan yang sedang berehat.

“Dia dodoi baby tu sampai baby tu diam. Dia letak je, baby tu nangis balik. Dia patah balik.

“Still tak kejut ibu baby tu tahu. Dia dodoi lagi sampi betul-betul lena baru dia letak baby tu. Terima kasih sebab memahami,” tulisnya lagi.

View on Threads

Ramai Puji & Terharu Layanan Doktor Muda Tehadap Si Ibu

Perkongsian yang telah mendapat lebih 180,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial khususnya para ibu terharu dan memuji sikap serta layanan doktor.

Malah, rupanya ramai yang pernah mendapat layanan sebegitu dari doktor yang sama ketika mendapat rawatan.

Dr Praveen turut membalas komen pengguna berkenaan dan mengucapkan selamat berpantang.

View on Threads

Bukan itu sahaja, ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri turut menerima layanan istimewa ketika mendapatkan rawatan di hospital.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:  

“SISPAA Kan Sebagai Penghargaan Kepada Doktor Ini, Saya Tak Pernah Bekerja Dengan Dia Tapi Dia Memang Baik”

“Awak Boleh SISPAA Doktor Yang Baik Ini, SISPAA Bukan Untuk Aduan Je, Boleh Bagi Pujian Dekat Doktor Ini”

“Saya Pun Ada Pengalaman Tapi Bukan Dengan Nurse, Tapi Ibu Sebelah Katil”

“Terasa Nak Bersalin Dekat HSA Pula Lepas Ni, Dah Dua Kali Bersalin Dekat HSI”

“Memang Lepas Bersalin Kadang-Kadang Tidur Mati. Penat & Mungkin Ibu Tak Tidur Beberapa Hari Kerana Tahan Sakit, Terima Kasih Doktor”

Baca Artikel Berkaitan: “Kami Dilayan Sangat Baik. Doktor Sangat Baik” – Warga Asing Sangkal Dakwaan Dapat Layanan Buruk Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Ingat Jasa Dia” – Wanita Terharu Dapat Layanan Baik, Jururawat Tolong Jagakan Bayi Dalam NICU [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.