Budi95: Tular Pelanggan Alami Gangguan Transaksi, Petron Tampil Beri Penjelasan
Menurut Petron, pihaknya sudah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas dan transaksi harga subsidi RM1.99 seliter diteruskan kepada yang layak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahuI sejak semalam (30 September) semua rakyat Malaysia yang layak atau memiliki MyKad serta lesen memandu yang sah sudah mula mengisi minyak RON95 untuk mendapatkan harga subsidi.
Program subsidi bersasar itu turut dikenali sebagai BUDI MADANI RON95 (BUDI95). Oleh itu, sejak semalam ramai yang berkongsi pengalaman memandangkan ia adalah hari pertama buat kebanyakan rakyat menggunakan BUDI95 itu.
Dalam masa sama, tular satu video di media sosial memaparkan seorang pelanggan yang meluahkan kekecewaannya apabila mengalami gangguan transaksi sewaktu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak Petron di Pasir Gudang, Johor.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: BUDI95: Tak Perlu Beratur Dekat Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke
BACA ARTIKEL BERKAITAN: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung
Alami masalah gangguan sambungan Wi-Fi
Susulan daripada video itu, Petron kemudiannya tampil menjelaskan mengenai situasi yang berlaku.
Menurut Petron, perkara itu berlaku disebabkan terdapat gangguan sambungan Wi-Fi di kawasan terbabit. Namun pelan kesinambungan telah diaktifkan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
“Pelan kesinambungan perniagaan kami telah diaktifkan bagi menangani situasi ini. Kami telah menawarkan bantuan kepada pelanggan yang terjejas, dan bagi mereka yang menerima bantuan kami, transaksi diteruskan dengan harga subsidi RM1.99 seliter bagi yang layak,” jelasnya.
Isu yang berlaku adalah terpencil
Kata Petron lagi, ia adalah isu terpencil dan semua stesennya yang lain beroperasi seperti biasa.
Malah pihaknya akan terus memastikan urusan pelanggan yang berkunjung ke Petron berjalan lancar.
Dalam masa sama, Petron turut menginggatkan mana-mana pelanggan yang mengalami sebarang isu boleh menghubungi Petron Care di 1300 228 211 atau e-mel ke petroncare@petron.com.my bagi mendapatkan bantuan.
Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.







