Wanita Harus Tahu! Ini Apa Yang Kitaran Haid Beritahu Tentang Kesihatan Anda
Cramp (kekejangan) ringan semasa period memang biasa, tapi kalau sakit sampai tak boleh belajar, kerja atau buat aktiviti harian, itu bukan normal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Artikel oleh: Clarissa, Pihak Pistil
Artikel ini telah disemak oleh: Dr. Alia Zafira Zafer, Pengamal Am – Pakar Wanita di Klinik Femma, Rangkaian Klinik Pistil
Ramai orang tak sedar, period bukan sekadar “datang bulan.” Sebenarnya ia bawa petunjuk tentang kesihatan, hormon, dan kesejahteraan diri.
Kenapa Period Penting?
Bayangkan kalau muntah seminggu setiap bulan dianggap “biasa.” Atau sakit dada setiap bulan dianggap “normal.” Begitulah cara masyarakat sering pandang period.
Separuh daripada penduduk dunia alami period, separuh lagi ada pasangan, ibu, adik-beradik atau kawan yang lalui benda sama. Tapi selama bertahun-tahun, period dilabel sebagai “masalah perempuan,” sesuatu yang perlu diamkan saja.
Sakit teruk, darah terlalu banyak, atau kitaran tak tetap, semua ini bukan “wajar jadi perempuan.” Ini adalah isyarat kesihatan. Malah doktor panggil kitaran haid sebagai “tanda vital kelima,” sama penting macam tekanan darah, nadi, suhu badan, dan pernafasan.
4 Fasa Utama Kitaran Haid

Kalau anda fikir period tu seluruh kitaran, sebenarnya salah. Period cuma satu fasa je.
- Fasa Menstruasi (Hari 1 – 5): Darah keluar, badan letih, boleh rasa cramp. Elok untuk rehat & makan makanan yang tinggi dengan zat besi.
- Fasa Folikular (Hari 1 – 13): Hormon estrogen naik, mood & tenaga lebih baik. Masa ni sesuai untuk kerja produktif & bersenam.
- Fasa Ovulasi (Hari 14 – 16): Telur dilepaskan, tenaga & keyakinan tinggi, kulit nampak lebih berseri.
- Fasa Luteal (Hari 15 – 28): Hormon progesteron naik. PMS boleh muncul,bloating, craving, mood swing. Jaga makan & tidur penting masa ni.
Apa Maksud Period Tak Teratur?
Kitaran tetap biasanya tanda hormon seimbang. Tapi kalau kerap terlewat atau tak datang langsung, ia boleh jadi tanda stres, masalah tiroid, PCOS, atau masalah insulin.
Kalau sekali-sekala skip sebab stress, travel, atau bersenam terlampau kuat, itu normal. Tapi kalau selalu tak teratur, itu amaran.
Berat, Ringan, atau Tak Datang?
- Darah terlalu banyak (tukar pad setiap jam) boleh jadi anemia, fibroid atau masalah pembekuan darah.
- Terlalu ringan / tak datang langsung mungkin sebab kurang makan, hormon tak stabil, stress, atau senaman berlebihan.
Tubuh jarang berubah tanpa sebab. Bila kita tahu apa yang normal untuk diri sendiri, lebih mudah untuk perasan kalau ada sesuatu yang tak kena.
Sakit Tak Sepatutnya Dianggap Normal
Cramp (kekejangan) ringan memang biasa, tapi kalau sakit sampai tak boleh belajar, kerja atau buat aktiviti harian, itu bukan normal.
Endometriosis atau adenomiosis kerap dilepaskan diagnosis bertahun-tahun sebab orang suruh “tahan je.” Terdapat kajian yang membazirkan sumbangan untuk menilai “kecantikan” wanita dengan endometriosis, bukannya mencari punca atau rawatan. Ini mengingatkan kita bagaimana kesakitan wanita sudah lama dipandang ringan.
Kesakitan anda sah. Jika hidup seharian anda terganggu, dapatkan rawatan. Pistil menekankan bahawa simptom tidak wajar diabaikan. Lelaki pun ada peranan, pasangan, ayah, abang, semua boleh bantu ubah cara kita pandang period.
“Tanda Vital Kelima” Yang Selalu Terlepas Pandang
Jika tekanan darah meningkat secara tiba-tiba, ia terus dianggap kecemasan kesihatan. Tapi period, yang setiap bulan bagi “report bulanan” tentang kesihatan reproduktif, hormon, dan emosi, jarang di ambil serius.
Kita biasa monitor nadi atau suhu badan, tapi hanya orang yang mengalami haid ada “tanda vital kelima” ini. Di luar dunia perubatan, period jarang dibincangkan secara terbuka. Selagi period tidak diberi perhatian yang sama, kita akan terus terlepas peluang penting untuk menjaga kesihatan dan maruah.
Apa Anda Boleh Buat Sekarang?

- Track Kitaran – Guna app macam Pistil atau tulis dalam kalendar. Catat hari period, aliran darah, sakit, mood, tenaga.
- Perasan Perubahan – Aliran terlalu banyak, kitaran kerap miss, atau sakit teruk, sebaiknya jumpa doktor awal.
- Buka Topik Period – Bincang dengan keluarga, kawan, pasangan. Lagi banyak kita cakap, lagi kurang stigma.
- Belajar & Sokong – Kesihatan haid bukan isu perempuan sahaja. Semua orang patut tahu asasnya. Platform seperti Pistil memudahkan akses ini. Bagi yang tidak mengalami period, mendengar dan bertanya bagaimana nak bantu boleh buat banyak bezanya.
Buka Bicara Tentang Period
Dalam budaya Asia, period masih dianggap taboo. Tapi bila kita diam, lebih ramai tangguh rawatan & derita senyap-senyap.
Bila kita mula bercakap, stigma akan berkurang. Bayangkan jika ayah boleh bincang terbuka dengan anak perempuan, bos faham keperluan pekerja, sekolah ajar semua pelajar. Period patut jadi topik kesihatan biasa, bukan rahsia.
Ingat, period lebih daripada tarikh di kalendar. Dengan Pistil App di www.pistil.io, anda boleh kenal pasti corak kitaran haid, faham mesej tubuh anda dengan lebih baik, dan jadikan kitaran anda panduan kesihatan yang berguna.



