Ramai Terkejut Pemuda Rupanya Pilot Lepas Lihat Gaya Yang Simple, Pakai T-Shirt & Selipar Jepun [Video]
Melalui perkongsian video itu, pemuda yang hanya mengenakan T-shirt berwarna kelabu, berseluar hitam dan selipar jepun bersetuju menyahut cabaran teka pekerjaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Pekerjaan sememangnya mempengaruhi gaya hidup dan penampilan seseorang dalam menjalani kehidupan seharian.
Contohnya mereka yang berkecimpung dalam dunia peragaan atau korporat, pasti tidak lari dengan gaya tersendiri mereka bagi menjaga penampilan diri di hadapan orang ramai.
Namun, ada juga yang lebih selesa memilih untuk bersederhana lebih-lebih lagi di luar waktu kerja hingga kadangkala ada yang menganggap mereka hanyalah individu biasa.
Individu Main Teka Kerja Bersama Seorang Pemuda, Tanya Soalan Bagi Dapat Jawapan Yang Tepat
Semalam (29 September), tular di media sosial temu bual seorang gadis bersama seorang pemuda.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @schola.my, gadis berkenaan yang sedang berdiri di atas kerusi memanggil pemuda tersebut bagi menyahut cabaran teka pekerjaan.
Melalui perkongsian itu, pemuda yang hanya mengenakan T-shirt berwarna kelabu, berseluar hitam dan selipar jepun bersetuju menyahut cabaran berkenaan.
Kedengaran pelbagai soalan diajukan oleh gadis berkenaan bagi mendapatkan ‘klu’ untuk meneka kerjaya pemuda tersebut.
“Abang kerja dekat dalam pejabat ke, dekat tempat lain? Tempat lain tu macam mana, kereta?
“Ada kaitan dengan budaya ke? Abang deal dengan client ke? Berkaitan dengan bengkel ke atau TVET?” tanya gadis berkenaan.
Gadis Berjaya Teka Kerja Pemuda Hanya Berdasarkan Klu ‘Passengers’
Setelah beberapa ketika, gadis berkenaan berjaya meneka dengan tepat pekerjaan pemuda terbabit menerusi jawapan ‘passengers’.
Pemuda tersebut mengiyakan jawapan yang diteka oleh gadis berkenaan berkaitan kerjayanya yang merupakan seorang juruterbang.
Kongsi Pengalaman Kerja & Titip Nasihat Buat Individu Yang Mahu Kerja Sebagai Pilot
Menerusi perkongsian itu juga, pemuda berkenaan turut berkongsi tentang kerjaya dan cabaran yang dihadapi.
“Tanggungjawab utama kita semestinya kapal terbang, tetapi sebelum kita terbang, kita kena pastikan kapal terbang dalam keadaan baik supaya kita tidak terlibat dengan kemalangan.
“Kita ada team engineer (jurutera) yang akan pastikan penyelenggaraan tu semua okay.
“Jadi sebelum kita terbang, kita kena communicate dengan mereka dan pastikan yang semua perkara yang sudah disemak itu betul dan okay,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, dia turut menitip kata-kata semangat dan nasihat buat mereka yang bercita-cita mahu menjadi juruterbang.
“Just go for it. Memang nampak menakutkan tapi memang berbaloi,” katanya.
@schola.my kerja apa yang international? 🌏 ep. 27 Bangku Schola 🪑 #kerjaya #tipskerja #spm2025 #spmbatch08 #ipoh
♬ 날 바라바라봐 / LOOK AT ME – TWICE
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Tak Sangka Dengan Kerjaya Pemuda Lepas Lihat Penampilan Diri
Video yang telah mendapat lebih 743,000 tontonan dan turut dikongsikan di Threads nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dan tidak menyangka pemuda berkenaan merupakan seorang juruterbang.
Apatah lagi penampilannya yang dilihat terlalu ringkas yang hanya mengenakan t-shirt dan berselipar jepun.
Bukan itu sahaja, ada yang meluahkan rasa kagum sebaik mendengar cara pemuda berkenaan menerangkan kerjayanya dalam Bahasa Inggeris.
Ini antara komen menarik pengguna media sosial:
“Mula-Mula Aku Ingat Dia Kerja Bengkel, Tapi Bila Dengar Dia Cakap English Dengan Accent Yang Baik Terus Fikir Kerja Apa Lagi Yang Lebih Hebat”

“Selipar Dengan English Dia Tak Match, Sebab Tu Aku Tak Boleh Teka”

“Abang Ni Betul-Betul Manfaatkan Waktu Offday Dia, Betul-Betul Tak Dress Up Sampai Kita Pun Tak Sangka”

“Ini Baru Betul Maksud Dont Judge A Book By Its Cover”

“Biasanya Orang Yang Kerja Dalam Bidang Profesional Dah Terbiasa Dengan Pakaian Formal, Jadi Bila Waktu Cuti, Mereka Suka Berpakaian Selesa”

“Dia Penat Dah Kot Eh Pakai Kemeja Bagai Heret Beg, Santai-Santai Jela”

Baca Artikel Berkaitan: Pakcik Puji Wanita ‘Hebat’ Lepas Dapat Tahu Graduan Dari University Of Tasmania Dalam Bidang Farmasi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Jarang Nampak Lady Trucker”- Ramai Kagum Lihat Wanita Bawa Lori Treler [Video]



