Now Reading
“Pusing Tempat Sama Berkali-kali” – 2 Pendaki Sesat Di Bukit Kepayang Diselamatkan Bomba [Video]

“Pusing Tempat Sama Berkali-kali” – 2 Pendaki Sesat Di Bukit Kepayang Diselamatkan Bomba [Video]

Menurut pihak JBPM Seremban 2, kedua-dua pendaki itu panik disebabkan tiada lampu dan kehabisan bateri telefon.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Melakukan aktiviti lasak seperti mendaki bukit atau gunung, jungle tracking dan bermacam lagi sememangnya menyeronokkan dan baik untuk kesihatan.

Namun, sekitarnya ia melibatkan kawasan hutan perlulah berhati-hati kerana bahaya ada di mana-mana.

Tidak hanya itu, peralatan juga perlulah lengkap agar tidak tersesat di dalam hutan apatah lagi ketika waktu malam.

Baca Artikel Berkaitan: Tujuh Remaja Sesat Di Gunung Hitam, Hulu Langat Selamat Dibawa Turun

Tular bomba selamatkan dua pendaki sesat di Bukit Kepayang

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan anggota-anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daerah Seremban 2, Negeri Sembilan menyelamatkan dua lelaki yang tersesat di Bukit Kepayang.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @bomba.s2, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa sesat dilakukan pada 24 September lalu.

Difahamkan, pihak bomba menerima panggilan pada jam 7.47 petang hari yang sama menyatakan terdapat mangsa sesat semasa mendaki Bukit Kepayang.

Mangsa pusing tempat sama berkali-kali ketika cuba keluar

Menurut pihak JBPM Seremban 2, kedua-dua pendaki itu panik disebabkan tiada lampu dan kehabisan bateri telefon.

“Mereka telah cuba keluar, namun pusing di tempat yang sama berkali-kali,” kata pihak Bomba.

Menerusi rakaman semasa operasi SAR dilakukan, kedengaran suaran jeritan meminta tolong di dalam hutan berkenaan.

“Mangsa telah dijumpai pada jam 8.47 malam dalam keadaan sedar dan selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

@bomba.s2 Replying to @BOMBA S2 ♬ original sound – BOMBA S2

Netizen beri pelbagai reaksi, nasihat jangan hiking pada waktu petang atau senja

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Ada beberapa pengguna TikTok yang mempersoal bagaimana dua pendaki itu boleh tersesat di Bukit Kepayang yang dikelilingi oleh taman perumahan.

Tidak kurang juga yang menasihati kepada para pendaki agar tidak menaiki bukit terbabit ketika waktu petang atau senja bagi mengelak kejadian sebegini berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.