Suami Curang Di Klinik: Wanita Minta Maaf Dedah Isu Peribadi, Minta Orang Ramai Henti Sebar Video
Menurut wanita yang juga isteri kepada lelaki tular curang di klinik berkenaan, tindakannya mendedahkan isu peribadi itu kerana dipengaruhi oleh emosi dan perasaan marah yang sukar dikawal pada ketika itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki yang didakwa curang bersama seorang wanita di sebuah klinik kesihatan.
Dalam video tular itu, kelihatan lelaki bersama wanita berkenaan berada di kaunter farmasi untuk mengambil ubat.
Selesai daripada mengambil ubat kelihatan lelaki dan wanita berkenaan ingin beredar namun terhenti apabila menyedari mereka dirakam oleh isteri lelaki tersebut.
Kemudiannya berlaku pertengkaran di antara pasangan suami isteri berkenaan dan juga wanita berkenaan. Video memaparkan insiden itu kemudiannya menjadi tular di beberapa platform media sosial sehingga meraih perhatian ramai. Bukan itu sahaja, foto lelaki berkenaan juga tular sehingga menjadi meme di media sosial.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Didakwa Kantoi Curang Dengan Isteri, Bawa Skandal Pergi Klinik Undang Pelbagai Reaksi
Mohon maaf dedah isu peribadi kerana dipengaruhi oleh emosi dan amarah
Terbaharu, isteri kepada lelaki berkenaan tampil menerusi akaun Instagram miliknya memohon maaf kerana telah berkongsi mengenai isu peribadi.
Wanita tersebut turut meminta orang ramai untuk berhenti daripada menyebarkan video memaparkan suaminya dan individu berkenaan.
“Saya ingin memohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya kerana telah berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi urusan peribadi keluarga.
“Saya akui tindakan saya itu lebih dipengaruhi oleh emosi dan perasaan marah yang sukar saya kawal pada waktu tersebut.
“Saya juga mohon jasa baik semua yang telah menerima, menonton, atau berkongsi semula video berkenaan supaya dapat menghentikan penyebaran. Hal ini bukan sahaja melibatkan aib diri saya dan pasangan, malah memberi kesan kepada anak-anak dan keluarga besar kami,” ujarnya dalam hantaran itu.
Sedang selesaikan masalah melalui saluran yang betul
Menurut wanita itu lagi dia juga kini sedang berusaha untuk menyelesaikan isu yang berlaku menerusi saluran yang betul.
Selain itu, dia juga berharap agar orang ramai dapat menghormati ruang peribadinya dan memberi sokongan serta mendoakan urasan dipermudahkan.

Terdahulu turut tular rakaman wanita berkenaan menampar suaminya ketika sedang bertengkar di klinik kesihatan.
Meskipun ramai yang berpuas hati dengan tindakannya namun ada seorang pengguna Threads berpendapat perbuatan tersebut boleh mengakibatkan wanita itu tidak mencium bau syurga selagi mana tidak dimaafkan oleh suami.
Nasihat itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan di media sosial kerana ramai yang tidak bersetuju dengan perkara tersebut.
Malah ada yang berkongsi adalah haram hukumnya untuk berlaku curang kerana ia boleh merosakkan insitusi keluarga serta melanggar amanah perkahwinan dan membawa ke arah maksiat.
View on Threads



