“Ilmu Warisan” – Prof Kongsi Petua Orang Tua Untuk Semak Jika Anak Capai Umur Untuk Mula Darjah 1 [Video]
Felo Utama di Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Supyan Hussin, menjelaskan bahawa kanak-kanak normal pasti dapat mencapai telinga mereka menjelang akhir umur enam tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Ibu ayah yang bakal memasukkan anak ke Darjah 1 tahun depan mesti rasa teruja dan tak sabar kan. Siap ada yang awal-awal dah beli barang keperluan dan buku sekolah!
Kalau zaman sekarang, nak sahkan umur anak mudah je dengan adanya sijil lahir dan juga kad pengenalan MyKid.
Tapi macam mana pula ibu ayah nak sahkan anak layak masuk ke sekolah pada zaman dulu sewaktu masih belum ada sebarang dokumen rasmi?
Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Rasa Nak Sekolah Balik” – Gelagat Cikgu Penyayang Peluk & Belai Murid Darjah 1 Raih Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: KPM Perkenal Kurikulum Baharu Buat Sekolah Rendah Pada 2027, Siap Ada Subjek Bahasa Isyarat!
Umur Anak Sukar Dibuktikan Pada Zaman Dahulu
Menerusi hantaran di TikTok (@supyan.hussin), Profesor Dr Supyan Hussin yang merupakan Felo Utama di Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), tampil menjelaskan perkara itu.
Katanya, ibu ayah pada zaman dahulu tiada bukti untuk mengatakan bahawa anak mereka telah mencapai umur untuk masuk ke sekolah rendah memandangkan tiada sijil kelahiran yang jelas mahupun MyKid.
Sebagai info, sijil kelahiran mungkin tidak menyatakan tarikh lahir sebenar memandangkan ada yang melahirkan anak di rumah dan mendaftar kelahiran agak lambat.
Prof Jelaskan Petua Yang Digunakan Zaman Dulu Bagi Tentukan Anak Capai Umur Untuk Ke Sekolah
Prof Supyan menjelaskan terdapat ilmu kearifan tempatan (local wisdom) yang diamalkan orang-orang tu ketika itu bagi tujuan tersebut. iaitu dengan hanya menggunakan tubuh badan kanak-kanak itu sendiri.
Bagi menentukan seorang kanak-kanak layak masuk ke Darjah 1, lengan kanannya haruslah diletakkan di atas kepala sebelum tangan cuba mencapai telinga sebelah kiri. Kaedah ini turut diulang dengan lengan kiri.
Prof Supyan berkata kejayaan mencapai kedua-dua belah telinga merupakan bukti bahawa seorang budak itu sudah cukup umur untuk didaftarkan ke sekolah rendah.
Sebaliknya kanak-kanak yang tidak dapat mencapai telinga bermakna dia belum mencapai umur yang bersesuaian, kebiasaannya dalam kalangan mereka yang berumur lima dan enam tahun.
Kanak-Kanak 4 & 5 Tahun Tak Dapat Capai Telinga
Bagi membuktikan petua itu, Prof Supyan turut menunjukkan bagaimana aktiviti tersebut dilakukan dalam kalangan anak murid di sebuah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI).
Dapat dilihat apabila dia meminta seorang kanak-kanak berumur empat tahun mencuba aktiviti itu, tapak tangannya hanya dapat diletakkan di atas kepala dan masih jauh sama sekali untuk mencapai telinga.
Aktiviti yang diulang untuk kanak-kanak berusia lima tahun pula menunjukkan mereka hampir mencapai telinga, dengan bahagian lengan boleh diletakkan di atas kepala.
Sebaliknya, kanak-kanak yang sudah berumur enam tahun dan bakal menjejakkan kaki ke alam persekolahan pada tahun hadapan boleh mencapai telinga tanpa sebarang masalah.
“Jangan pandang remeh dan lekeh terhadap ilmu orang tua dahulu. Ilmu warisan dalam mengurus manusia dan kehidupan kanak-kanak untuk pergi ke sekolah,” ujarnya.
@supyan.hussin #ilmukearifantempatan #ilmukearifanlokal #darjah1 #masuksekolah #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Supyan Hussin
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Setuju Petua Dikongsi Berkesan Tentukan Tahap Umur Anak
Menjenguk ke ruangan komen, ramai yang bersetuju kaedah itu memang berkesan dalam menentukan tahap umur kanak-kanak.
Namun ibu ayah jangan risau pula jika anak berusia enam tahun masih tidak dapat mencapai telinganya.
Prof Supyan berkata kanak-kanak normal akan mampu mencapai telinga menjelang akhir umur enam tahun.
Pun begitu, beliau menerangkan kaedah ini tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak tidak normal (OKU) seperti sindrom Down atau kerdil.
Di samping itu, seorang individu berpendapat kaedah ini boleh dikaitkan dengan nisbah saiz kepala dengan panjang tangan kanak-kanak.
“Bayi dan anak kecil saiz kepalanya besar, tangan tak dapat capai,” katanya.
Selain itu, segelintir pengguna media sosial berkongsi satu lagi petua yang diamalkan bagi menentukan kanak-kanak sudah mencapai umur untuk ke Darjah 1 iaitu pandai membasuh selepas membuang air besar sendiri.








Baca Artikel Berkaitan: Anak Dibuli Di Sekolah? Ini Langkah-Langkah Yang Ibu Ayah Kena Ambil
Baca Artikel Berkaitan: Sekolah Di Terengganu Mulakan Sesi Pembelajaran Dengan Bacaan Al-Quran & Terjemahan Setiap Hari



