fbpx
Now Reading
Isu Sewa Tapak Parkir RM400, Faiz Soul Tuntut Pampasan RM200,000 Dari Pegawai MDB [Video]

Isu Sewa Tapak Parkir RM400, Faiz Soul Tuntut Pampasan RM200,000 Dari Pegawai MDB [Video]

Difahamkan, tuntutan itu dibuat oleh Faiz kepada pegawai Majlis Daerah Baling berkenaan kerana didakwa telah memfitnah dirinya ketika dia sedang berniaga dan bersiaran langsung di TikTok.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada 10 September lalu, kecoh di media sosial mengenai isu seorang usahawan makanan, Faiz Soul yang dikenakan caj sewa tapak niaga di tempat meletak kenderaan sebanyak RM400 oleh Majlis Daerah Baling (MDB), Kedah.

Perkara itu mula mendapat perhatian ramai selepas tularnya rakaman perbualan Faiz dengan seorang pegawai MDB bernama Aishah yang menghubunginya dalam satu siaran langsung di akaun TikTok usahawan itu.

Faiz tidak berpuasa hati selepas pegawai berkenaan menuduh dirinya memburuk-burukkan nama majlis di dalam ‘live’ dengan mendedahkan bayaran tapak yang dikenakan terhadapnya.

@faizsoul99 #tiktoklive #livehighlights ♬ original sound – FAIZ SOUL

Faiz tuntut pampasan RM200,000 kepada Aishah

Terbaharu, Faiz menyatakan dia telah membuat lima tuntutan termasuk pampasan sebanyak RM200,00 kepada Aishah yang juga Ketua Jabatan Kesihatan Persekitaran MDB berhubung isu terbabit.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya semalam (25 September), Faiz berkata pada pagi Selasa lalu (23 September) peguamnya telahpun menghantar surat ‘Letter of Demand’ (LOD) menggunakan pos berdaftar kepada Aishah.

Menurutnya, tuntutan itu dibuat kepada pegawai MDB berkenaan kerana didakwa telah memfitnah dirinya ketika dia sedang berniaga dan bersiaran langsung di TikTok.

Aishah perlu memohon maaf secara terbuka dan tidak bercakap lagi tentang Faiz

Selain pampasan RM200,000, empat tuntutan yang lain juga meminta agar Aishah membuat permohonan maaf secara terbuka dan tanpa syarat serta tidak menyebarkan perkara buruk atau bercakap tentang Faiz lagi.

Berikut empat tuntutan itu:

  1. Mohon maaf tanpa syarat
  2. Permohonan maaf secara terbuka
  3. Perlu membuat akur janji tidak akan bercakap buruk atau menyebarkan perkara buruk berkaitan Faiz
  4. Tidak dibenarkan bercakap atau menyebarkan apa-apa tentang Faiz

“Saya memohon pihak puan Aishah untuk memberi kerjasama dan merespon tentang LOD dalam tempoh tujuh hari sahaja, sekiranya puan Aishah tidak memberi respon, saya akan teruskan dengan ‘legal proceedings’ dan memohon kepada mahkamah segala kos guaman saya akan ditanggung oleh puan Aishah,” katanya.

@faizsoul99 Isu Aishah Tapak 400 : Faiz Soul Menuntut Pampasan RM200,000 & Empat Tuntutan Lain terhadap Puan Aishah MDB. Puan Aisha Perlu memberi maklum balas terhadap tuntutan Dalam tempoh 7 Hari Sahaja. #faizsoul #airfaizsoul #keksouldap ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Caj sewa tapak parkir RM400 ditetapkan oleh MDB, bukan secara peribadi oleh pegawai

Sebelum ini, pihak MDB menerusi satu kenyataan pada 14 September lalu menegaskan caj RM400 tersebut merupakan kadar yang ditetapkan oleh majlis dan bukannya secara peribadi oleh pegawai berkenaan.

“Caj-caj tersebut adalah Lesen Perniagaan Sementara (RM100), Sewa Tapak Perniagaan (RM200) dan Caj Kutipan Sampah (RM100).

“Kesemua caj ini adalah caj tetap yang telah ditetapkan dalam jadual kadar yang tercatat dalam Undang-Undang Kecil Pelesenan Perdagangan, Perniagaan dan Perusahaan (Pihak-pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah) 1985 dan Kadar Sewa Tapak Perniagaan Khas yang diluluskan oleh Majlis,” kata MDB.

Siasatan awal oleh pihak pengurusan MDP terhadap pegawai kanan berkenaan berhubung perbualan telefon yang dirujuk dalam sesi ‘siaran langsung’ TikTok oleh Faiz Soul pada 10 September 2025, mendapati tiada pelanggaran etika kerja, penyelewengan, mahupun unsur provokasi dengan niat mempertikai komen Faiz Soul.

“Sebaliknya, pihak Majlis berpuas hati dengan penjelasan beliau bahawa tindakan yang dibuat adalah tanpa prejudis terhadap Faiz Soul atau pihak lain yang mengikuti sesi tersebut, serta bertujuan mengelakkan salah faham dalam kalangan penonton dan pengikut.

Walau bagaimanapun, pihak MBD berpandangan bahawa pegawai tersebut tidak seharusnya mengambil tindakan sedemikian.

“Beliau sepatutnya mengekalkan tahap profesionalisme dan memberi layanan terbaik kepada setiap pelanggan Majlis, walaupun pada pandangan beliau isu yang dibangkitkan wajar diperbetulkan, demi menjaga nama baik Majlis Daerah Baling.

Pihak majlis juga menegaskan bahawa penggunaan gelaran “Aishah400” adalah tidak wajar, memandangkn caj RM400.00 tersebut merupakan kadar yang ditetapkan oleh Majlis, bukannya ditentukan secara peribadi oleh pegawai berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.