Nak Si Kecil Gembira, Tapi Ramai Ibu Bapa Dalam Dilema Untuk Benarkan Anak Sertai Lawatan Belajar
Ramai yang merasai dilema sama kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tak diingini sewaktu anak menyertai lawatan sambil belajar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap yang bergelar ibu bapa pastinya menyayangi anak-anak dan mahu mereka membesar dengan baik dan selesa.
Bukan hanya itu, sebagai ibu bapa sudah tentu kita mahukan anak dapat menikmati setiap fasa kehidupan mereka semasa kecil, remaja dan apabila dewasa nanti.
Namun seiring waktu berjalan, kita semua melalui zaman yang berbeza dengan anak-anak pada masa kini. Malah cara kita dan mereka dibesarkan juga amat berbeza.
Jika dahulu kita mungkin bebas bermain ke sana sini, tetapi kanak-kanak masa kini perlu sentiasa dipantau kerana bimbang akan keselamatan dan kalau boleh ibu bapa nak sentiasa berada dekat.
Ibu bimbang nak lepaskan anak 5 tahun ikuti lawatan sambil belajar
Baru-baru ini, seorang ibu turut merasai perkara sama apabila bimbang ingin melepaskan anak kecil berusia 5 tahun untuk mengikuti lawatan sambil belajar yang dianjurkan sekolahnya.
Menerusi hantaran di Threads, si ibu mengatakan dia dan suami tidak membenarkan anak mengikuti lawatan berkenaan kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tak diingini.
“Macam-macam hal kita orang fikir, takut bas rosak lah, tayar meletup ke apa kerana mengetahui sekarang banyak kes (yang berlaku) kan. Lebih baik tak pergi daripada apa-apa perkara berlaku nanti. Dan kami yang bawa sendiri,” ujarnya.
Malah dia turut bertanya dalam hantaran itu adakah ia perkara yang normal buat ibu bapa untuk mempunyai pemikiran sebegitu?
View on Threads
Ramai faham situasi dan kebimbangan dirasai oleh ibu bapa turut rasai dilema sama
Melihat di ruangan balas ramai ibu bapa yang memahami apa yang dirasai oleh si ibu. Bahkan mereka turut merasai perkara yang sama serta bimbang jika perkara tak diingini berlaku kepada anak-anak.
Namun dalam masa sama mereka juga tidak mahu anak terlepas momen yang menarik bersama rakan-rakan mereka seperti menyertai lawatan sekolah dan sebagainya.
Ada juga mengatakan si ibu tidak boleh menyalahkan diri kerana berasa bimbang ia adalah satu perkara yang dirasai oleh para ibu bapa.
Pelbagai cadangan diberikan supaya anak dapat rasa pengalaman sertai lawatan & nikmati zaman kanak-kanak
Oleh itu beberapa cadangan turut diberikan dalam perkara tersebut seperti ada yang mengikuti bas rombongan lawatan belajar anak sehingga sampai ke destinasi dan melakukan perkara sama sewaktu pulang.
Walau bagaimanapun mereka tidak mengikuti lawatan tersebut sebaliknya hanyar sekadar memantau dari jauh.
Ada juga mengakui mereka juga merasai perkara sama namun cuba mengawalnya bagi memasti anak dapat membesar dengan gembira.
Tidak kurang ada yang berkongsi pengalaman di mana ibu kerap melarang dan ia tidak membentuk mereka menjadi manusia yang lebih baik.
“Tak boleh salahkan diri awak, tetapi saya juga fikir awak terlalu bimbang. Berikan kepercayaan kepada guru. InsyaAllah”

“Saya rasa cara yang terbaik adalah awak berdua cuti dan ikut belakang anak-anak akan tidak berpuas hati jika awak terus begini. Sebagai ibu bapa saya faham tapi sebagai ibu saya tak nak anak terlepas pengalaman membesar”

“Saya adalah ibu yang begitu satu masa dulu. Saya selalu risau untuk perkara yang kecil sampai rasa kegelisahan. Masa anak 4 tahun dia nak pergi winter school pun saya menangis. Kalau jatuh sikit pun saya dah lari selamatkan dia. Tapi sikit demi sikit saya belajar melepaskan dia..”




