Now Reading
Starbucks Pecat Barista Tular Panggil Pelancong Asing ‘Bod*h’ [Video]

Starbucks Pecat Barista Tular Panggil Pelancong Asing ‘Bod*h’ [Video]

Starbucks juga akan memperkukuhkan program latihan bagi memastikan semua pekerja memahami kepentingan terhadap kepekaan budaya, komunikasi berhemah serta piawaian perkhidmatan pelanggan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pasti ada di antara kita yang mempunyai pengalaman bekerja di dalam industri minuman dan makanan (F&B) bukan? Mungkin ada yang masih bekerja sehingga kini.

Tidak dinafikan, pelbagai cabaran yang harus dihadapi sebagai pekerja F&B dan salah satunya adalah melayani karenah serta ragam pelanggan yang pelbagai.

Bagaimanapun, sebagai seorang pekerja yang membawa imej syarikat dan jenama kita perlu lah banyak bersabar melayan setiap pelanggan, jika tidak mengawal emosi masalah lain pula yang boleh terjadi nanti.

Tular video barista panggil pelancong ‘bod*h’

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang barista Starbucks memanggil pelanggannya yang juga pelancong asing dengan perkataan yang tidak sepatutnya.

Kejadian berlaku di restoran Starbucks yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA 2) ketika pelancong berkenaan membuat pesanan minuman di kaunter dengan menggunakan bahasa Inggeris.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @eddie.lee575 yang diambil dari aplikasi Douyin, kedengaran jelas barista wanita tersebut menyebut perkataan ‘bodoh’.

“Awak nak dua atau satu? Yang ini tiada, yang ini 7 Oktober ‘bod*h’,” kata barista itu.

@eddie.lee575 Starbucks staff say bodoh to tourists …… source from #douyin抖音 #starbucks ♬ 原声 – Eddie Lee

Penularan video terbabit di media sosial telah mendapat pelbagai reaksi di mana rata-rata pengecam tindakan pekerja itu dan meminta agar pihak Starbucks mengambil tindakan.

Starbucks ambil tindakan pecat barista

Cakna dengan isu tersebut, Starbucks pada kelmarin (22 September) tampil memberi kenyataan bahawa barista berkenaan telah dikenakan tindakan pecat yang berkuat kuasa pada Ahad lalu (21 September).

“Kami amat kesal bahawa tingkah laku yang ditunjukkan oleh barista tersebut tidak mencerminkan nilai yang kami junjung di Starbucks.

“Kami komited untuk mewujudkan persekitaran yang mesra untuk semua pelanggan, tanpa mengira latar belakang, kewarganegaraan, atau bahasa yang digunakan,” katanya.

Starbucks mohon maaf, akan perkukuh program latihan kepada pekerja

Menurut Starbucks lagi, pihaknya juga akan memperkukuhkan program latihan bagi memastikan semua pekerja memahami kepentingan terhadap kepekaan budaya, komunikasi berhemah serta piawaian perkhidmatan pelanggan.

“Kami memohon maaf dengan penuh keikhlasan kepada pelanggan yang terlibat dan kepada orang ramai atas insiden ini.

“Kami komited untuk menyampaikan Pengalaman Starbucks yang dikenali ramai dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan perkara ini tidak berulang,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.