fbpx
Now Reading
Mayat Pemuda Australia Dipulangkan Tanpa Jantung Selepas Maut Ketika Bercuti Di Bali

Mayat Pemuda Australia Dipulangkan Tanpa Jantung Selepas Maut Ketika Bercuti Di Bali

Perkara itu hanya diketahui oleh ibu bapa mangsa selepas bedah siasat kedua di Queensland mendapati jantung Byron hilang dan didakwa disimpan di Indonesia tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Percutian seorang lelaki warga Australia di Bali, Indonesia bertukar tragedi selepas dia ditemui terapung dalam keadaan tidak sedarkan diri di kolam sebuah vila percutian di sana.

Mangsa yang dikenali sebagai Byron Haddow berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 26 Mei lalu.

Menurut Sinar Harian yang memetik agensi, jasad Byron hanya dipulangkan kepada keluarganya di Australia hampir empat minggu selepas kejadian itu.

Ibu bapa dakwa jasad anak yang maut di Bali dipulangkan tanpa organ jantung

Lebih mengejutkan, ibu bapa Byron, Robert dan Chantal Haddow mendakwa mayat anak lelaki mereka itu dipulangkan tanpa organ jantung sekali gus menimbulkan persoalan serius mengenai prosedur forensik di Indonesia.

Perkara itu hanya diketahui oleh mereka selepas bedah siasat kedua di Queensland mendapati jantung Byron hilang. Ia kemudiannya didakwa disimpan di Indonesia tanpa pengetahuan atau kebenaran mereka

 “Ia tidak berperikemanusiaan. Ini benar-benar mematahkan hati,” kata ibu bapanya.

Terpaksa tanggung rugi lebih RM2,000 untuk bawa pulang jantung

Kedua-dua ibu bapa mangsa juga mendedahkan mereka terpaksa menunggu berbulan-bulan dan membayar kira-kira AUD700 (kira-kira RM2,200) untuk membawa pulang organ tersebut selepas pengebumian anak mereka.

Pakar forensik Indonesia, Dr Nola Margaret Gunawan menjelaskan bahawa ‘penahanan’ organ secara penuh adalah amalan biasa dalam autopsy forensik di seluruh dunia dan menurut undang-undang negara itu, kebenaran keluarga tidak diperlukan bagi tujuan siasatan jenayah.

Kes kematian Byron kini dalam siasatan terbuka oleh Mahkamah Koroner Queensland.

“Kami banyak menunggu, hanya tahu separuh kebenaran dan lebih banyak kesepian,” katanya ibu bapanya lagi.

Difahamkan, bali merupakan destinasi pelancongan yang popular buat para pelancong Australia, namun tragedi itu mencetuskan kebimbangan terhadap pengurusan jenazah warga asing di negara berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.