fbpx
Now Reading
“Dia Tak Suka Janganlah Buat” – Wanita Didakwa ‘Bitter’ Selepas Ada Orang Nak Belanja Rakan Sekerja [Video]

“Dia Tak Suka Janganlah Buat” – Wanita Didakwa ‘Bitter’ Selepas Ada Orang Nak Belanja Rakan Sekerja [Video]

Lelaki yang ingin membelanja itu akhirnya akur dan membatalkan hasratnya untuk membeli secawan air kepada pekerja makanan segera berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pernah tak korang dibelanja oleh seseorang yang tidak dikenali? Mungkin ada yang pernah bukan? Itulah namanya rezeki yang datang tiba-tiba dan tak dijangka.

Tidak dinafikan, memang ada individu pemurah yang gemar membelanja orang lain dengan niat bersedekah demi memberi keceriaan buat individu itu.

Seperti seorang influencer lelaki ini yang dikenali sebagah Jshen, dia sering membuat konten berkongsi rezeki dengan membelanja pekerja-pekerja restoran makananan segera.

Niat nak belanja pekerja wanita tapi lain pula jadinya

Bagaimanapun, baru-baru ini, niat Jshen untuk membelanja seorang pekerja wanita di sebuah restoran makanan segera tidak berjaya selepas rakan sekerja individu itu tidak memberi kerjasama.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikToknya, pada awalnya dia bertanya kepada wanita itu sama ada sudah makan ataupun belum.

Selepas mendengar jawapan wanita berkenaan yang masih belum makanan, Jshen kemudiannya menawarkan untuk membelanja pekerja itu dengan memilih kedai dan makanan apa yang diinginnya.

Rakan sekerja tak nak dedah ejaan nama, dakwa itu privacy

Wanita bernama Balqis tersebut yang pada awalnya tidak menyangka kemudian memilih restoran Starbucks dan menginginkan air berperisa vanilla.

Bagaimanapun, ketika Jshen menanyakan tentang ejaan namanya, dia terpaksa beredar dipercayai kerana harus melayani pelanggan lain.

Seorang pekerja lain kemudiannya tampil dan enggan memberi kerjasama kepada Jshen.

“Awak nak apa? Kenapa awak nak tanya? Sorry sir itu (nama) privacy kita tak boleh nak dedahkan, dia tak suka awak janganlah buat,” kata pekerja itu.

Jshen kemudiannya akur dan membatalkan hasratnya untuk membelanja Balqis secawan air Vanilla di Starbucks.

“Maaf jika saya buat sesiapa kurang selesa, saya cuma ingin membawa sedikit kehangatan pada hari sibuk mereka,” tulis Jshen di dalam video.

@jshennn Reverse Drive Thru🥲 #penang #fyp #viral #tiktok #foryoupage ♬ som original – Mari_words

Netizen kecam, wanita tak beri kerjasama bantu rakan dibelanja air

Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai di mana rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan rakan sekerja Balqis yang tidak memberi kerjasama meskipun hanya ejaan nama yang diminta.

Malah, kebanyakan netizen juga tidak bersetuju dengan cara percakapan pekerja itu yang disifatkan mereka agak kurang ajar kerana Jshen hanya meminta ejaan nama dengan cara yang baik.

Namun, ada juga yang menyebelahi rakan pekerja berkenaan dan berpendapat tindakannya itu hanyalah untuk melindungi rakan sekerja daripada individu yang tidak dikenali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.