fbpx
Now Reading
“Saya Tak Kuat Nak Hadap” – Siti Jamumall Akui Berharap Dapat Bersama Aiman Semula, Tapi Harus Reda

“Saya Tak Kuat Nak Hadap” – Siti Jamumall Akui Berharap Dapat Bersama Aiman Semula, Tapi Harus Reda

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada semalam (22 September) telah mengesahkan pasangan itu sah bercerai dengan talak satu buat kali ketiga sekali gus tidak boleh dirujuk semula.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sekitar bulan Mei lalu, pernah kecoh di media sosial mengenai isu penceraian pasangan influencer, Siti Jamumall dan Aiman Tak Kesah semasa siaran langsung (live) di TikTok.

Isu tersebut mendapat perhatian ramai kerana ia berlaku ketika live berkenaan ditonton ribuan orang, malah ada yang mempersoal mengenai jumlah talak yang telah jatuh memandangkan Aiman melafazkan cerai talak dua sebanyak tiga kali.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Influencer Cerai Ketika Live Boleh Jadi Talak 3 – Peguam Syarie

Terbaharu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada semalam (22 September) telah mengesahkan pasangan itu, Siti Suriani Wahiddin, 26, dan Khairul Aiman, 22, sah bercerai dengan talak satu buat kali ketiga sekali gus tidak boleh dirujuk semula.

Siti akui berharap jatuh talak 2 dan boleh bersama semula

Selepas keputusan itu diputuskan, Siti menerusi satu hantaran carousel di akaun TikTok miliknya tampil meluahkan kesedihannya yang harus menerima bahawa mereka berdua tidak dapat rujuk semula.

Menurutnya, dia mengakui bahawa dirinya berharap bahawa penceraian mereka yang jatuh talak dua, namun terpaksa akur dengan keputusan mahkamah.

“Saya tak kuat nak hadap, saya sedih baca bila orang kutuk awak (Aiman) sebab saya tahu memang awak ada buat silap, saya sendiri pun ada kesilapan tapi masih banyak kebaikan yang ada dekat awak.

“Anak baru 10 hari, dia ikut bersama-sama ke mahkamah. Harapan ‘mommy’ boleh lah kembali bersama ‘abiy’ demi Ratna, tapi ‘mommy’ minta maaf adik, tak boleh buat apa-apa, takdir Allah sudah tentukan semua ini terjadi,” katanya.

Siti bangga bekas suami bertanggungjawab dalam urusan kelahiran anak

Dia pada masa sama turut memohon maaf kepada bekas suaminya itu selain menyatakan da berbangga dengan Aiman kerana tetap ada bersamanya ketika ingin bersalin dahulu.

Menurutnya lagi, Aiman juga telah berusaha keras untuk menanggung segala kos dan keperluan anak mereka yang baru dilahirkan itu.

“Awak kerja keras cari dut sampai tak cukup tidur dan saya hargai sangat-sangat. Terima kasih sebab awak ada teman saya berjuang melahirkan anak kita. Awak jaga saya dari hari pertama berpantang sampai ke hari ini untuk pastikan saya baik-baik sahaja,” katanya lagi.

Berkongsi lanjut, Siti berkata pada ketika ini dia memerlukan masa untuk pulih semula daripada perpisahan yang disifatkannya paling menyakitkan itu dan memberi kesan besar dalam kehidupannya.

“Kepada keluarga dan rakan-rakan yang sering bertanya, maaf saya tak boleh nak beri penjelasan ataupun bercakap dengan korang buat masa ini, saya perlukan ruang,” ujarnya.

Untuk carousel penuh di TikTok klik [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadikan Cerai & Rujuk Sebagai Konten – PU Syed [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Isu Cerai Dikatakan Marketing, Siti Jamumall Mohon Jangan Kacau Mental & Sebar Fitnah [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.