fbpx
Now Reading
Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]

Ramai Puas Hati Lihat Pelanggan Tak Jadi Beli Lepas Peniaga Kantoi Tipu Timbangan [Video]

Berang dengan tindakan peniaga itu, pelanggan terbabit terus membuat keputusan untuk membatalkan pembelian buah anggur tersebut malah siap meminta kembali wangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak kira apa jenis pekerjaan, kejujuran merupakan aspek penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam melakukan tugas harian.

Bagi peniaga pula, ia amat penting dalam urusan jual beli terutamanya bersama pelanggan.

Namun, ada segelintir peniaga yang dilihat mengambil kesempatan dengan menipu dalam jualan dan timbangan mereka.

Buat pembeli yang bijak, pastinya masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam menangani peniaga yang tidak bertanggungjawab ini.

Pelancong Malaysia Beli Anggur Timbang Dari Pasar Vietnam

Baru-baru ini, tular di media sosial ragam sekumpulan wanita yang telah berkunjung ke sebuah pasar di Vietnam.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ifanazirahnawi, kelihatan dua orang wanita Malaysia sedang membuat urusan jual beli buah anggur daripada peniaga tempatan.

Difahamkan, buah anggur yang dibeli oleh wanita dan rakannya itu dipercayai bernilai 100,000 Viatnamese Dong (VND) bagi sekilo buah berkenaan bersamaan kira-kira RM15.90.

Namun, ketika wanita berkenaan membuat bayaran, peniaga itu seolah-olah mahu meminta tambahan bayaran lagi malah dia siap menimbang buah anggur itu kembali.

Pun begitu, pelanggan berkenaan tetap menegaskan bahawa dia hanya mahu membeli buah tersebut dengan jumlah 100,000 VND hingga peniaga tersebut membuang beberapa biji buah anggur daripada bungkusan.

Pelanggan Timbang Sendiri Buah Anggur Di Penimbang, Kantoi Peniaga Timbang Sekali Dengan Raga

Pelanggan wanita itu kemudiannya dilihat mengambil bungkusan dari peniaga tersebut dan menimbang sendiri buah anggur berkenaan.

Apa yang menjadi perhatian adalah berat buah anggur itu sebenarnya difahamkan tidak sampai sekilo seperti yang didakwa oleh peniaga berkenaan.

Apatah lagi, peniaga itu sebelum ini dilihat menimbang buah tersebut bersama sebuah raga berwarna kuning.

Berang dengan tindakan peniaga itu, pelanggan terbabit terus membuat keputusan untuk membatalkan pembeliannya malah siap meminta kembali wangnya.

Namun, peniaga itu tetap berkeras bahawa anggur berkenaan mempunyai berat satu kilogram.

Pun begitu, pelanggan wanita itu tetap dengan pendiriannya untuk tidak meneruskan pembelian malah berkeras mengambil kembali duitnya sendiri.

“Hati-hati pergi Vietnam. Kaki kencing bersepah,” tulis pengguna berkenaan pada ruang kapsyen.

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Puas Hati Lihat Ketegasan Wanita Tak Jadi Beli Anggur

Video yang telah mendapat lebih 789,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berpuas hati melihat ketegasan dan pendirian wanita berkenaan sewaktu berhadapan dengan peniaga terbabit.

Malah, ada yang mengecam tindakan peniaga terbabit yang didakwa menipu dalam timbangan.

Bukan itu sahaja, ada segelintir pengguna media sosial yang berkongsi pengalaman sama pernah berhadapan dengan peniaga sebegitu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Puas Hati Aku Tengok Akak Tu Rebut Duit Dari Dia”

“Part Timbang Balik & Berebut Duit Memang Rare La Kak, Super Woman”

“Aku Dengan Member Aku Pun Pernah Kena Dekat Sana, Beli 3 Biji Peach, Cantik & Besar. Sampai Hotel, Semua Lebam Busuk Ye”

“Semoga Saya Pun Ada Keberanian Macam Akak Ni, Kita Ni Kena Tipu Pun Maybe Marah Lepas Beli Je”

“Bijak Akak Ni, Kalau Timbang Memang Kena Keluarkan Bakul, Kadang Nampak Bakul Tu Kecil Je Tapi Rupanya Berat Dia Saja Setengah Kilo”

Baca Artikel Berkaitan: “Kedai Ni Untuk Orang Korea Je” – Staf Kedai Di Vietnam Didakwa Rasis Dengan Pelancong Malaysia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Keluar Dari Kedai Saya”- Pemilik Restoran Di Vietnam Halau Pelancong Dipercayai Dari Israel [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.