fbpx
Now Reading
Nak Gurau Biar Berpada! Ini Kesan Jika Zakar Anda Ditendang Atau Dihentak

Nak Gurau Biar Berpada! Ini Kesan Jika Zakar Anda Ditendang Atau Dihentak

Menurut laman Hello Sehat, testis akan terasa sakit apabila ditendang kerana ia merupakan organ yang sensitif dan mengandungi banyak saraf berbanding anggota badan yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tindakan sekumpulan pelajar yang menghentak celah kelangkang rakannya pada sebuah tiang.

Insiden yang pada mulanya dikatakan kes buli itu bagaimanapun dinafikan oleh mangsa. Jelasnya, ia adalah gurauan bersama rakan-rakan sempena hari jadinya.

Namun, perkara itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam tindakan kumpulan pelajar terbabit.

Apatah lagi tindakan menghentak celah kelangkang mendatangkan rasa ‘ngilu’ pada yang melihat lebih-lebih lagi kaum Adam.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Kes Buli Pelajar Hentak Rakan Pada Tiang, Ini Respon Tegas KBS [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar IKBN Miri Nafi Jadi Mangsa Buli, Maklum Hanya Gurauan Sempena Hari Jadi – Polis

Korang tahu tak, gurauan melampau sebegini sebenarnya boleh memberi kesan kepada alat sulit lelaki itu?

Kenapa Testis Rasa Sakit Bila Ditendang?

Pernah tak korang terfikir kenapa rasa sakit teramat sangat apabila buah zakar yang juga dipanggil testis ditendang atau dihentak?

Menurut laman Hello Sehat, buah zakar akan terasa sakit apabila ditendang kerana ia merupakan organ yang sensitif dan mengandungi banyak saraf berbanding anggota badan yang lain.

Penghujung saraf yang dikenali sebagai nosiseptor berfungsi sebagai mekanisma keselamatan yang memberi amaran kepada otak mengenai perubahan suhu, getaran atau tekanan menerusi kesakitan.

Malah, ketika zakar ditendang, nosiseptor ini akan terus menghantar isyarat pada otak.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah lelaki yang menjadi ‘mangsa’ secara automatik akan terus menunduk atau menjerit kesakitan bercampur rasa senak.

Zakar & Testis Tidak Sama Seperti Organ Lain

Memetik laman Healthline, zakar dan testis tidak seperti organ lain yang dilindungi oleh otot dan tulang.

Ia hanya dilekatkan kepada badan manusia dan dilindungi oleh lapisan tisu berserat yang dipanggil tunica albuginea.

Kesan Tendangan & Hentakan Kepada Alat Sulit Lelaki

Tahukah anda, tindakan menendang atau menghentak alat sulit boleh memberi kesan kepada mangsa?

Kesan tersebut adalah:

#1 Boleh Sebabkan Sakit Pada Perut

Bukan hanya sekadar rasa sakit, tendangan atau tekanan pada zakar juga menyebabkan seorang lelaki akan merasai kesakitan pada perut.

Ini kerana testis terbentuk dari bahagian perut berhampiran pinggang dan buah pinggang.

Memetik Healthline, saraf dan tisu pada perut dan skrotum berkongsi laluan yang sama.

Malah, lapisan tisu pada dinding skrotum juga merupakan kesinambungan daripada lapisan abdomen.

Sambungan inilah yang boleh membuatkan mangsa akan berasa sakit pada bahagian perut apabila ditendang.

#2 Alami Mual Teruk & Muntah

Selain itu, mangsa boleh mengalami mual yang teruk atau muntah jika kemaluannya ditendang atau dihentak.

Ini kerana testis berhubung dengan saraf vagus yang memberi signal saraf dalam jumlah yang besar dari testis hingga ke saraf tunjang dan otak.

Tindakan ini sekaligus mengaktifkan ‘isyarat’ mual dan muntah dalam otak korang.

Memetik Hello Sehat, kesan ini bergantung kepada penerimaan seseorang terhadap kesakitan.

#3 Boleh Jejaskan Kesuburan Lelaki

Mungkin bagi si pelaku ia hanyalah gurauan biasa. Namun, tendangan atau hentakan pada penis mangsa boleh memberi kesan kepada kesuburan atau erti kata lain boleh menyebabkan kemandulan.

Memetik laman Healthline, tendangan yang kuat boleh merosakkan kandungan skrotum terutama jika lapisan pelindung terjejas.

Ia sekaligus boleh menjejaskan kesuburan jika kecederaan yang dialami terlalu teruk memandangkan testis berfungsi menghasilkan sperma.

Bukan itu sahaja, kerosakan kekal boleh mengakibatkan testicular rupture (testis pecah) yang pastinya menjejaskan kesuburan.

Tendangan yang kuat juga boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil sebagai testicular torsion jika testis tidak dirawat selepas beberapa jam kecederaan.

Ia berlaku apabila spermatic cord berpintal dan menghalang laluan darah ke testis.

Kadangkala, perbuatan sebegitu juga berpotensi menyebabkan Epididymitis iaitu keradangan pada epidimis yang merupakan tiub belakang testis.

Tiub ini berfungsi untuk menyimpan dan membawa sperma. Jika tidak segera dirawat, ia akan menyebakan testis mengecut dan tisu mati yang akhirnya membawa kepada masalah ketidaksuburan.

#4 Ganggu Penghasilan Hormon Testosteron

Memetik laman Legacy, tendangan atau hentakan pada kemaluan juga boleh menggangu penghasilan hormon testosteron.

Tahap testoseron yang rendah boleh menyukarkan proses untuk mendapatkan zuriat atau menjejaskan ereksi.

Takutkan? Tahukah anda terdapat insiden seorang peninju yang mengalami keretakan pada zakar ketika sedang berlatih bersama rakan sepasukannya di Maranhao, Brazil.

Memetik mStar, petinju yang dikenali sebagai Mateus Mendonca terpaksa menjalani pembedahan kecemasan akibat keretakan zakar yang dialami selepas dihentam dengan lutut oleh rakannya sendiri.

Jadi, lepas ini, kalau nak gurau dengan cara menendang atau hentak celah kelangkang rakan pada dinding kena fikir panjang ye.

Namun, tidak semua kecederaan membabitkan zakar hanya disebabkan gurauan atau tendangan.

Ia juga boleh berlaku ketika lelaki sedang melakukan hubungan seks dalam keadaan zakar sedang ereksi.

Apa yang membezakan situasi sebegini adalah zakar yang menjadi ‘mangsa’ apabila mengalami kepatahan yang dinamakan penile fracture.

Ia boleh berlaku akibat seks dan onani ganas serta pesalah seksual (perogol) yang ditendang oleh mangsanya.

Bukan itu sahaja, ia boleh berlaku disebabkan pelbagai faktor seperti kemalangan motosikal dan basikal atau ketika bersukan.

*BAHAYA KEPATAHAN ZAKAR/PENILE FRACTURE* Kepatahan zakar atau fracture penis adalah merupakan satu keadaan kecemasan…

Posted by Medical Mythbusters Malaysia on Sunday 21 August 2016

Rawatan Jika Alami Kecederaan

Segera berjumpa dengan doktor jika anda mengalami beberapa simptom seperti:

  • Mual (biasanya akibat kilasan testikular)
  • Skrotum kelihatan lebam atau bertukar warna
  • Skrotum bengkak
  • Darah dalam urin
  • Sukar untuk kencing
  • Demam

Sekiranya mengalami zakar patah, pembedahan segera biasanya akan dilakukan . Ianya membaiki keadaan patah ini untuk mengelakkan zakar daripada melengkung secara abnormal atau mengalami disfungsi erektil (ED) kekal.

Menurut Hello Doktor, ‘patah’ yang dimaksudkan adalah koyakan pada lapisan yang menutupi salah satu daripada dua struktur seperti tiub di dalam zakar (korpus kavernosum) yang menghentikan aliran darah tambahan bagi mengekalkan eraksi.

Baca Artikel Berkaitan: Seluar Ketat Undang Masalah Alat Sulit Lelaki? Ini Penjelasan Doktor

Baca Artikel Berkaitan: Alat Sulit Tegang Lebih 4 Jam? Doktor Ini Kongsi Tentang Masalah Priapism

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi Manfaat Senaman Squat, Bagus Untuk Tingkatkan Kesihatan Seksual Lelaki

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.