Mengadu Sakit, Bapa Sanggup Jalan Kaki Ke Tempat Kerja Anak Untuk Pandukan Kereta Bawa Pulang [Video]
Menerusi video, kelihatan si ayah tersenyum sambil berjalan ke parkir kereta tempat kerja anaknya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjadi ibu bapa sememangnya satu tanggungjawab yang cukup besar untuk dilakukan dalam menjaga amanah yang diberikan oleh Allah SWT.
Bahkan sebagai ibu bapa mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak yang disayangi dapat hidup dalam keadaan selesa.
Meskipun anak-anak sudah membesar, namun kasih sayang dan keprihatinan mereka yang bergelar ibu bapa tidak pernah berkurang.
Masih sahaja mereka merasa risau apabila anak-anak mengadu mengenai kepayahan atau kesusahan yang dialami.
Bapa sanggup jalan kaki ke tempat kerja anak selepas mengadu sakit kepala
Baru-baru ini, seorang bapa turut melakukan perkara sama sebaik anak perempuan mengadu berasa tidak sedap badan sehingga meraih perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ciqa di TikTok, kelihatan ayahnya sedang berjalan di satu deretan kedai di pusat bandar Seremban untuk ke pejabat anak perempuannya.
Jelas Ciqa, dia awalnya mengadu pada ayahnya tidak larat untuk memandu pulang ke rumah kerana mengalami sakit kepala.
Pandukan kereta untuk pulang ke rumah kerana anak tak larat
Mendengar sahaja keadaan anak perempuannya itu, si ayah kemudian meminta Ciqa menunggunya di kawasan parkir.
Sewaktu menunggu, Ciqa tidak sangka bapanya itu sanggup berjalan kaki dari tempat kerjanya yang juga berada di sekitar kawasan tersebut.
Melihat perkara itu secara tidak langsung membuatkan dia berasa sebak melihat pengorbanan ayah.
“Ayah jalan kaki dari Wisma pergi dekat tempat kerja kita, kita ingatkan ayah minta tolong kawan dia hantar ke apa. Dari nangis tahan sakit kepala terus nangis sebak tengok ayah.
“Ayah, semoga Allah SWT balas setiap penat lelah ayah melayan kerenah anak-anak dengan syurga paling indah tau,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Dalam video tersebut, kelihatan si ayah tersenyum apabila ditegur individu dikenali sewaktu sedang berjalan.
@imnotrush tadi ada ngadu dekat ayah sakit kepala so mcm taklarat nak drive balik, and ayah cakap ” takpa, nnt tunggu kat parking. ” and guess what, ayah jalan kaki dari wisma pergi kt tempat keje kita, kita ingatkan ayah mntk tolong kwn dia drop-off ke apa 🥹😭 dari nangis tahan sakit kepala terus nangis sebak tengok ayah 😭💔 ayah, semoga Allah balas setiap penat lelah ayah melayan kerenah anak-anak ayah dengan syurga yang paling indah tauu. 🥹🤲🏻❤️ #ayahhebat
♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx
Ayah harap sentiasa sihat, nak lihat kejayaan anak-anak
Di ruangan komen, si ayah turut tampil dan mengatakan semoga dia terus sihat dan dapat melihat kejayaan yang dikecapi oleh anak-anak.
Ciqa turut meminta orang ramai untuk mendoakan bapanya agar dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik.

Ada juga individu yang memaklumkan kepada Ciqa, ayahnya seorang yang baik dan pernah dibantu sewaktu motosikal kehabisan minyak.
Ramai sebak teringat bapa masing-masing
Video tersebut turut membuatkan netizen yang lain sebak teringat pada bapa mereka dan berasa sebak melihat pengorbanan bapa.
Malah ada yang mengatakan seorang bapa akan sentiasa menjadi cinta hati pertama buat anak-anak.
“Semoga pakcik sihat-sihat ya. Terima kasih jadi ayah yang bertanggungjawab untuk anak-anak”

“Ada riak kebanggaan di wajahnya. Anak mengadu dan dahulukan dia. Percayakan dia lebih dari orang lain. Saya yakin ayah awak rasa begitu”

“Sebab tu, tak ada lelaki yang boleh sayang lebih dari ayah kita kan”




