Gelagat Lelaki Terpaksa Jerit Minta Lori Towing Padam Lampu Spotlight Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kedengaran lelaki tersebut menjerit beberapa kali untuk meminta pemandu lori menutup lampu spotlight terbabit ditutup.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui apabila menggunakan jalan raya kita perlu sentiasa berhati-hati dan mengikuti segala peraturan.
Malah kita juga turut tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan dengan menggunakan aksesori yang boleh mengganggu pemandu lain.
Sebagai contoh ada yang menggubah lampu putih sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain silau serta berisiko mengakibatkan kemalangan.
Lori buka lampu spotlight ketika di jalan raya jadi perhatian
Baru-baru ini, satu pasangan suami isteri turut berdepan perkara sama apabila sebuah lori towing yang sedang berjalan di sebuah jalan raya pada waktu malam memasang lampu spotlight berwarna putih sehingga meraih perhatian.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ain Syafiqah di TikTok, awalnya kelihatan satu cahaya lampu pada jarak yang jauh.
Lampu tersebut secara tidak langsung membuatkan suami Ain yang sedang memandu tertanya-tanya lampu apakah itu.
Lampu terang dari spotlight undang rasa tak selesa kepada pasangan suami isteri yang berada di belakang lori
Malah Ain turut bertanya kenderaan apakah yang bercahaya di hadapan mereka itu. Si suami lalu menjawab dia merasakan ia adalah sebuah lori towing dan lampu berkenaan adalah spotlight di bahagian belakang.
Menyedari perkara itu, si suami bertindak membuka tingkap dan menjerit untuk memaklumkan kepada pemandu lori berkenaan mengenai lampu sportlight terbabit.
“Bang lampu belakang bang! Silau! Bang silau. Woi silau bang. Bang silau,” katanya menjerit kuat sambil memberikan lampu tinggi (high beam).
Melihat gelagat si suami, Ain merasakan ia adalah tindakan yang lucu. Malah Ain merasakan lori berkenaan mungkin tidak menyedari lampu tinggi yang diberikan kepada lori tersebut.
@ainsyafiqah1305 Part suami jerit, 🤣Lori towing buka sportling belakang
♬ original sound – AinSyafiqah
Beberapa kali menjerit baru pemandu lori tutup lampu
Dalam satu lagi video yang dikongsikan, kelihatan suaminya sekali lagi menjerit ke arah lori itu dan akhirnya pemandu memadamkan lampu spotlight terbabit.
“Haa dengar pun. Alhamdulillah guys dia dengar,” katanya sambil meneruskan perjalanan.
Insiden itu dipercayai berlaku pada 19 September yang lalu pada jam 8.42 malam.
@ainsyafiqah1305 Part 2 Dah tak ada suara🤣🤣🤣#fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – AinSyafiqah
Ramai terhibur gelagat si suami menjerit nak bagitahu lori towing tutup lampu spotlight
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan cara suami Ain cuba memberitahu pemandu lori berkenaan untuk menutup lampu spotlight terbabit.
Malah ada yang mengatakan jarak suami Ain terlalu jauh untuk pemandu mendengar jeritannya.
Di ruangan komen Ain mengatakan mereka memaklumkan kepada lori berkenaan berhubung lampu terbabit kerana ia berbahaya disebabkan jalan itu adalah dua hala dan pengguna lain membawa pada kadar yang laju.
“Jauh lagi bang kau nak jerit tu”

“Ambil nombor plat hantar aduan dekat JPJ dan PDRM”

“Memang random lah encik suami. Tapi bahaya untuk orang tua”

“Aku ingat lampu tu dari arah bertentangan. Patut tak sampai-sampai lampunya.”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






