fbpx
Now Reading
Wanita Panik Ada Lampu Merah Di Cermin Bilik Air Hotel Di Korea, Sangka Hidden Cam Rupanya Smart TV [Video]

Wanita Panik Ada Lampu Merah Di Cermin Bilik Air Hotel Di Korea, Sangka Hidden Cam Rupanya Smart TV [Video]

Menerusi hantaran di TikTok, wanita Indonesia itu mula curiga selepas melihat cahaya merah daripada TV seakan cermin itu yang berada di dalam bilik air.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Penularan kes mengenai kamera tersebunyi (hidden camera) yang dipasang di dalam tandas awam mahupun penginapan seperti hotel dan inap desa oleh individu-individu tidak bertanggungjawab sememangnya telah menimbulkan kebimbangan ramai.

Susulan itu, ada yang mengambil langkah berhati-hati dengan cuba mengesan ‘hidden’ kamera terlebih dahulu sebaik memasuki bilik penginapan.

Malah, ada juga yang terlalu takut daripada menjadi mangsa intai sehingga menutupi setiap lubang-lubang yang mencurigakan.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Jadi Mangsa! Ini Tips Kesan ‘Hidden’ Kamera Yang Anda Perlu Tahu

Wanita Indo curiga dengan cahaya merah dalam bilik air, sangka ‘hidden’ kamera

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang wanita Indonesia yang menginap di sebuah hotel di Korea Selatan telah mencurigai satu cahaya kecil berwarna merah yang ada di dalam bilik air.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @charminenatalie, dia pada awalnya menyangka bahawa cahaya merah itu adalah kamera tersebunyi yang dipasang di dalam sebuah cermin.

Susulan itu, dia telah bertindak menutupi cahaya merah itu dengan menggunakan lampin wanita (pad).

Cermin yang didakwa seakan miliki dua arah

Apa yang lebih menambah kerisauannya, ‘cermin’ itu seakan memiliki dua arah selepas dia memeriksannya dengan menggunakan kaedah meletakkan jari untuk melihat biasan yang dihasilkan.

“Saya terkejut selepas sedar ada (cahaya) merah menyala di kaca, sudah lah baru lepas video call rakan saya berbual tentang kalau di Korea banyak kamera tersembunyi.

“Saya sudah tanya pihak pembersihan hotel, kata mereka itu bukan apa-apa, cuma saya masih takut,” katanya.

Bukan cermin, rupanya monitor televisyen

Wanita terbabit tetap risau meskipun pihak hotel telah menyatakan bahawa itu bukanlah cermin, sebaliknya monitor televisyen dan cahaya merah terbabit adalah butang kuasa (power button).

Jelas pihak hotel berkenaan, TV terbabit bagaimanapun pada ketika itu tidak berfungsi dan meminta agar penghuninya mengubungi mereka sekiranya tidak berasa selesa.

“Katanya ada TV di dalam kaca tapi macam takda TV pun, trauma lihat di K-drama banyak hidden camera sampai saya hubungi keluarga dan mereka juga curiga,” kata wanita itu lagi.

Berkongsi lanjut, wanita itu menyatakan bahawa harga hotel berkenaan amat berpatutan dengan selain kedudukannya yang strategik di kawasan pelancong, namun hanya satu masalah yang dihadapinya iaitu cahaya merah terbabit.

@charminenatalie Kronologi: Karena pas sampe korea 🇰🇷 udah malam jd aku langsung beberes, tidur sambil agak ngantuk” dikit, bangun” habis mandi, aku kaget dan baru sadar kok ada merah” nyala di kaca🚨, pas banget lagi vidcall temenku ngomongin ttg kalo di korea banyak camera tersembunyi🎥📸‼️ Terus aku coba check yang trick pake kuku di tiktok kalo memang ini 2 sided mirrors, dan bener ciri” nya kayak 2 sided mirror! 🤯Kan panik aku😭 aku udah tanya pihak yang bersihin hotel katanya percaya mereka kalo ini bukan apa- apa, cuman aku masih parno aja jaga” aku tutupin😭 SUS ga si, katanya ada TV di dalam kaca tapi kok kayak kagak ada tv nya yah.. trauma liat di kdrama banyak cam tersembunyi, smpe aku vidcall keluarga ku dan mereka juga sus ini camera tapi gmn ya gamau suuzon tapi parno.. 😭menurut kalian gimana? Tapi jujur selain ini, hotel nya tuh oke bgt, affordable, strategis deket ke mana”, deket ke banyak transportation, luas bgt untuk 1 org tapi dpt 3 ranjang, luengkap amenities nya dan bersih bgt, self check in & checkout, cuman minus nya 1 ini aja😭🤲🏻 bikin parno🥺 #cameratersembunyi #hiddencamera #hotelhiddencamera ♬ original sound – charminenatalie

Netizen beri pelbagai reaksi, ramai yakin itu memang televisyen bukan hidden camera

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.

Kebanyakan netizen menasihati wanita itu agar tidak perlu khuatir kerana ia sememangnya smart mirror yang memiliki TV di dalamnya.

Pun begitu, ada juga yang bersetuju dengan wanita terbabit yang mengambil langkah berhati-hati dengan menutupi cahaya merah berkenaan kerana tidak yakin bahawa ia sememangnya TV atau sebaliknya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Trauma Jumpa Kamera Tersembunyi Dalam Bilik Mandi Rumah Sewa Campur Jantina [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Hilang Mood! Pelancong China Jumpa ‘Hidden Camera’ Dalam Bilik Penginapan Semasa Bulan Madu Di Sabah

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.