fbpx
Now Reading
Siap Bangun Dari Kerusi, Cara Pakcik & Lelaki Lukis Peta ‘Bayangan’ Atas Lantai Raih Perhatian [Video]

Siap Bangun Dari Kerusi, Cara Pakcik & Lelaki Lukis Peta ‘Bayangan’ Atas Lantai Raih Perhatian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pakcik tersebut turut menunjukkan tangan seperti melukis dan menerangkan bangunan yang ada di sekitar kawasan dalam peta ‘bayangan’.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Zaman dahulu sebelum adanya aplikasi navigasi seperti Waze, Google Maps mahupun GPS ramai yang menggunakan bangunan, pertanyaan atau peta fizikal sebagai rujukan.

Malah dahulu ramai yang akan mengambil inisiatif untuk bertanya kepada penduduk tempatan untuk mengetahui lokasi destinasi yang ditujui.

Bukan hanya itu, ada juga yang bertanya dengan saudara-mara, rakan dan sebagainya bagaimanakah cara untuk ke tempat berkenaan. Ada yang mengambil inisiatif untuk melukis peta dan ada juga hanya bercakap sambil memberikan bayangan bangunan yang berdekatan.

Pakcik dan lelaki jadi perhatian lukis peta ‘bayangan’ nak tunjuk jalan

Baru-baru ini seorang pakcik dan juga lelaki menjadi perhatian orang ramai apabila dilihat melukis peta ‘bayangan’ di atas lantai.

Menerusi video yang dikongsikan Muhamad Hazim Hassan di TikTok, awalnya kelihatan seorang pakcik sedang duduk sambil menunduk ke arah lantai.

Kelihatan pakcik berkenaan seperti sedang melukis peta jalan di atas lantai namun hanya menggunakan jari seperti memberi bayangan kepada seorang lelaki yang berada di sebelahnya.

Malah kedengaran dia menyebut beberapa kawasan ‘landmark’ seperti stadium, Mydin dan sebagainya.

Bukan hanya itu, kedengaran lelaki terbabit turut bertanya adakah di kawasan yang disentuh pada satu petak lantai adalah pusat membeli-belah.

Sampai turun dari kerusi nak terangkan jalan

Untuk menerangkan dengan lebih jelas, kelihatan pakcik itu bangun dari kerusinya dan menjelaskan semula keadaan jalan dalam peta yang dibayangkan oleh mereka.

Di dalam video Hazim mengatakan ia adalah point of view (POV) apabila tiada aplikasi Waze dalam kamus kehidupan.

“Siapa macam ni juga? Tapi ni dulu-dulu sebelum wujud Waze. Hebat kita dahulu kan?” kata Hazim di ruang kapsyen.

@muhamadhazimhassan

Sapa yg mcm ni juga? 🤣🤣🤣 Tp ni la dedulu sebelum wujud waze.. hebat kita dulu kan.. hahaha #waze #genz #fyp

♬ original sound – Hazim | Lifestyle | Traveller – Hazim | Lifestyle | Traveller

Ramai boleh ‘relate’ dan terhibur lihat gelagat pakcik dan lelaki berkenaan

Melihat di ruangan komen, ramai yang dapat ‘relate’ dengan situasi itu malah ada yang turut menyifatkan bagaimana sesuatu perkataan disebut untuk menunjukkan jarak kawasan tersebut.

Sebagai contoh jika jarak untuk ke destinasi itu sedikit jauh ia mungkin hanya di sebut ‘jauhhh’ namun jika terlalu jauh ia disebut ‘jauhhhhhhhhhh’.

Tak kurang ada yang berkongsi ahli keluarga mereka ada yang melukis peta pada sebuah kertas untuk menunjukkan destinasi.

Ada juga yang terhibur melihat gelagat mereka dan berseloroh apabila kedua-duanya begitu bersungguh-sungguh menerangkan tentang peta ‘bayangan’ tersebut.

“Dah turun kerusi tu sampai terpijak stadium”

“Mula turun kerusi tu haru sikit, takut terlajak sampai depan sampai jalan belakang Giant tu”

“Kuat imaginasi mereka berdua”

“Teringat dulu masa beraya ayah bawa begini lah gayanya tunjuk jalan zaman tak ada Waze”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.