fbpx
Now Reading
“Ini Adalah Ekstravaganza”- Pelancong AS Teruja Lihat R&R Di Malaysia [Video]

“Ini Adalah Ekstravaganza”- Pelancong AS Teruja Lihat R&R Di Malaysia [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pelancong dari Amerika Syarikat itu begitu teruja melihat fasiliti yang disediakan di R&R berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Apabila melancong ke luar negara pastinya kita tidak sekadar menikmati pemandangannya sahaja.

Sebaliknya kita juga mempelajari budaya serta cara kehidupan masyarakat di sesebuah tempat dan adakalanya perkara itu yang membuatkan ramai jatuh cinta dengan sesuatu kawasan itu dan mahu berkunjung semula.

Jika di Malaysia, kebanyakan pelancong memuji makanan serta kehidupan di negara yang sedang membangun ini. Malah beberapa pengalaman yang dirasai di negara ini membuatkan mereka teruja seperti mencuba perkhidmatan kenderaan awam, jalan raya dan sebagainya.

Bahkan ada juga yang memuji tandas awam di Malaysia terutamanya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) yang bersih bak di dalam pusat beli-belah.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Kagum Mat Salleh Pesan Makanan Nasi Goreng Dalam Bahasa Melayu Di Sup Meletup Perth [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Vlogger Mat Salleh Tolong Tunda Motosikal Lelaki Rosak Dalam Hutan Raih Perhatian Ramai [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Macam Mall” – Influencer Indonesia Kagum Lihat Tandas Awam Di Hentian Lebuh Raya Malaysia Bersih [Video]

Pelancong teruja lihat kawasan Rehat & Rawat di Malaysia

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pelancong dipercayai dari Amerika Syarikat (AS) turut berkongsi keterujaannya apabila melihat salah sebuah R&R di Malaysia.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Terry Pernell di TikTok, awalnya kelihatan dia telah berhenti di R&R berkenaan dan memaklumkan tidak pernah melihat kawasan rehat seperti itu.

Ujarnya di AS, kawasan rehat yang disediakan tidak sebesar di Malaysia dan ia begitu menarik.

“Mereka mempunyai kawasan parkir, mari kita lihat di bahagian dalam. Ini sangat menarik, rakyat Malaysia awak mempunyai banyak sebab untuk menjadi gembira. Saya tahu anda gembira menjadi diri anda.

“Ada bilik air di sebelah sana, lihat lah semua kedai ini (kedai menjual makanan). Lihat semua ini. Ini adalah ekstravaganza, adakah saya menipu? Tidak. Ini luar biasa,’ ujarnya sambil menunjukkan suasana di kawasan R&R itu.

Siap tunjuk makanan yang dijual dan sifatkan ia kawasan rehat ‘top tier’

Malah Terry turut menunjukkan makanan yang dijual di kedai yang berada di kawasan tersebut. Jelasnya lagi dia telah melancong ke beberapa negara dan tempat ini dan ia antara kawasan rehat di lebuh raya yang bagus.

“Malaysia, apa yang berlaku di kawasan rehat? Top-tier vibes. Ini bukan kawasan rehat yang biasa. Banyak kawasan parkir, deretan kedai akan, bilik air yang lebih bersih dari hotel saya. Realitinya saya sangat jatuh cinta dengan Malaysia.”

@terrypernell

Malaysia, what’s going on with these rest stops?! 🤯 Top-tier vibes… this ain’t your average pit stop. Wait… parking lots, food courts, bathrooms cleaner than my hotel?! Malaysia… I love y’all for real. ❤️ #TravelWithTerryP #VisitMalaysia2026#BackpackingAsiaysia

♬ original sound – TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia

Turut berkunjung ke negeri lain, mencuba makanan Malaysia dan merasai pengalaman tonton bola di stadium

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan di TikTok, Terry turut memuji bagaimana rakyat Malaysia begitu tenang meskipun sedang berhadapan dengan trafik sesak.

Terry turut berkongsi beberapa video memaparkan dirinya turut berkunjung ke negeri lain seperti Terengganu, Kuala Lumpur, Genting serta mencuba makanan Malaysia.

Bukan hanya itu, dia turut berkesempatan melihat bagaimana teh tarik dibuat serta merasai pengalaman menonton bola sepak di stadium.

@terrypernell

Malaysia really different… no chaos, no rushing, just calm vibes everywhere. Even in traffic, y’all stay patient. Respect 🙌 #travelwithterryp MMalaysiaVibesCChillCulturemalaysiatravel #viisialaysia2026

♬ original sound – EducationMalaysia – EducationMalaysia
@terrypernell

First time joining a Muslim prayer before eating… honestly, this moment hit different. The respect, the gratitude, the love in this culture—just beautiful. 🥹🙌🏿 #travelwithterryp #MuslimPrayer #tourismTerengganu #MalaysiaCulture #visitmalaysia2026 @The Juzi House @munzir azizi @magandterry @travelwithmag🇰🇪✈️🌏

♬ original sound – TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia
@terrypernell

Finally touched down in Terengganu after the bus ride from KL 🚍✨ Excited for what’s coming tomorrow — full day, big plans, stay tuned! #TravelWithTerryP #VisitMalaysia2026 #tourismterengganu #MalaysiaTravel #BackpackingMalaysia @munzir azizi @travelwithmag🇰🇪✈️🌏

♬ original sound – TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia
@terrypernell

Selangor just scored! 🏟️ Crowd is losing it—one more and we take this home! 🔥🇲🇾 #SelangorStadium #UltrasSelangor #VisitMalaysia2026 #visitselangor2026 #selangorfc @Selangor FC

♬ original sound – TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia

Ramai beri cadangan Terry kunjungi R&R Seremban dan Tapah

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut memberi cadangan kepada Terry untuk berkunjung ke R&R Seremban dan Tapah yang disifatkan seperti pusat membeli-belah.

Malah ada yang menjelaskan kawasan R&R di Malaysia begitu besar dan selesa kerana rakyatnya yang gemar pulang ke kampung khususnya pada cuti perayaan.

“Kepada warga Malaysia, pergilah merantau atau melancong ke negara luar. Tengok dan rasai hidup di negara orang pasti kau akan berterima kasih dn bersyukur dilahirkan di Malaysia”

“R&R Tapah Selatan paling cantik. Macam resort”

“Dia tak datang lagi dekat R&R Seremban, sampai susah nak cari parkir”

“Siapa yang pernah pergi umrah atau haji tahu macam mana R&R dekat Arab Saudi, R&R Malaysia memang tahap lain”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pelancong Dari Palestin Seronok Rasai Pengalaman Berpuasa Di Malaysia [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Ingat Artis” – Ramai Terhibur Lihat Gelagat Pelancong Ambil Giliran Mahu Bergambar Dengan Graduan [Video]

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Nama Saya Malaysia” – Keunikan Nama Pelancong Amerika Jadi Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.