Boleh Ke Suami Dapat Cuti Paterniti Jika Isteri Keguguran? Ini Penjelasannya [Video]
Menerusi perkongsian itu, Syakir yang merupakan seorang konsultan sumber manusia menjelaskan empat syarat yang melayakkan seorang pekerja lelaki mendapat cuti paterniti berbayar berdasarkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui pekerja wanita yang telah selamat melahirkan anak layak mendapat cuti bersalin selama 98 hari seperti yang termaktub dalam Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Si suami juga tidak ketinggalan turut mendapat cuti paterniti selama tujuh hari mengikut syarat yang ditetapkan oleh akta tersebut.
Namun pernah tak korang terfikir, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti keguguran, adakah suami masih layak mendapat cuti paterniti?
Syarat Yang Melayakkan Seorang Pekerja Lelaki Mendapat Cuti Paterniti
Berdasarkan perkongsian oleh seorang Konsultan Sumber Manusia di TikTok @syakirhr, dia ada memberi penjelasan berhubung perkara tersebut.
Menerusi perkongsian itu, beliau yang dikenali sebagai Syakir terlebih dahulu menjelaskan terdapat beberapa syarat yang melayakkan seorang pekerja lelaki mendapat cuti paterniti berbayar berdasarkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022.
Berdasarkan akta tersebut, seorang pekerja lelaki layak menerima cuti paterniti berbayar selama tujuh hari dengan syarat:
- pekerja telah berkahwin dengan pasangannya
- pekerja telah bekerja sekurang-kurangnya 12 bulan dengan majikan yang sama sebelum memulakan cuti
- pekerja perlu memaklumkan majikannya sekurang-kurangnya 30 hari sebelum isterinya bersalin atau seawal mungkin selepas kelahiran
- kelayakan cuti paterniti berbayar terhad kepada 5 kali kelahiran tanpa mengira bilangan isteri.
Suami Layak Dapat Cuti Paterniti Jika Isteri Keguguran Selepas 22 Minggu
Namun terang Syakir, kelayakan cuti paterniti seorang pekerja lelaki itu juga dilihat kepada usia kandungan kehamilan isterinya sewaktu melahirkan anak.
“Kita kena tengok isteri bersalin bawah berapa minggu? Kalau bawah 22 minggu, dia tidak layak mendapat cuti isteri bersalin.
“Tetapi kalau isteri keguguran selepas 22 minggu, maka dia layak ke atas cuti isteri bersalin,” jelasnya.
Ia berdasarkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang menyatakan bahawa seorang suami yang isterinya melahirkan anak selepas 22 minggu layak mendapat cuti paterniti tanpa mengira anak tersebut masih hidup atau mati.
@syakirhr Replying to @mfaiezfauzi isteri keguguran layak cuti isteri bersalin? #undangundang #undangundangmalaysia #pontengkerja😜😜😜 #perniagaan #gaji #kerjalebihmasa #kerjaovertime #aktakerja1955 #aktakerja #gajipekerja #publicholiday #publicholiday #cutiumum #gajiminimummalaysia #overtime #sumbermanusia #buangpekerja #pecat #gajiminima #gajiminimum
♬ original sound – Syakir HR Consultancy – Syakir HR Consultancy
Tonton video penuh [DI SINI]
Info Tentang Cuti Paterniti
Untuk info, cuti paterniti diperkenalkan bagi membolehkan seorang suami menjaga isteri dan anak yang dilahirkan.
Ia termasuklah memberi peluang ke si suami untuk menguruskan hal-hal berkaitan kelahiran seperti pendaftaran kelahiran.
Berdasarkan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022, cuti paterniti bermula dari tarikh isteri pekerja bersalin dan ianya adalah berterusan selama tujuh hari termasuk hari rehat dan Hari Kelepasan Am.
Sebelum pindaan akta ini dibuat, cuti paterniti ini adalah selama tiga hari sebelum ia dipinda menjadi tujuh hari.
Pindaan tersebut mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2023 dan terpakai kepada pekerja di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Namun bermula 1 Mei 2025, Akta Ordinan Buruh Sabah (Pindaan) 2025 dan Akta Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2025 turut menetapkan cuti paterniti selama 7 hari buat pekerja lelaki yang isterinya telah selamat melahirkan anak.
Baca Artikel Berkaitan: Suami Terkilan Isteri Meninggal Dunia Pada Hari Keempat Berpantang, Majikan Hanya Bagi Dua Hari Cuti Paterniti
Baca Artikel Berkaitan: Majikan Tidak Boleh Berhentikan Pekerja Cuti Bersalin Atau Sakit Sebab Hamil
Baca Artikel Berkaitan: Standard Chartered Umum Cuti Pelepasan Ibu Bapa 20 Minggu, Bergaji Penuh Buat Pekerja Tanpa Kira Jantina



