Hanya Guna Mainan Untuk Bergambar Dengan Kereta, Kreativiti Lelaki Ini Raih Perhatian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan lelaki berkenaan turut membuat posing seolah-olah dia berada di sebelah kereta Ford Escort tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila bercakap mengenai kreativiti seseorang pastinya ia sesuatu perkara yang sukar untuk dijangkakan.
Malah kebebasan seseorang individu dalam melakukan karya mereka adakalanya memberikan hasil yang begitu menakjubkan.
Apatah lagi dari sudut fotografi pelbagai perkara boleh dilakukan mengikut kreativiti seseorang.
Lelaki ambil gambar guna kereta mainan tapi nampak macam kereta betul
Baru-baru ini, seorang lelaki telah menjadi tular di media sosial apabila mempamerkan kreativitinya untuk menghasilkan sesebuah gambar.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @goodheal2 di TikTok, kelihatan seorang lelaki menggunakan telefon bimbit untuk menghasilkan gambar seseorang dengan sebuah kereta.
Dalam video tersebut kelihatan lelaki berkenaan menggunakan sebuah kereta mainan berwarna biru yang diletakkan di atas tembok.
Siap buat posing nak nampak macam gambar real
Manakala seorang lagi lelaki sedang berdiri berdekatan garaj kereta sambil membuat ‘posing’ untuk bergambar dengan kereta mainan berkenaan.
Namun apa yang menarik perhatian kelihatan jurugambar itu mengambil gambar memaparkan seolah-olah ia adalah kereta betul dan lelaki berkenaan sedang berada di sebelah kenderaan tersebut.
Bukan hanya itu, lelaki berkenaan turut membuat post seolah-olah sedang bersandar di bahagian pintu kereta berkenaan.
Menerusi POV (point of view) daripada telefon bimbit kelihatan kereta tersebut bersaiz besar dan lelaki itu jelas seperti berada di sebelahnya.
Kelihatan mereka turut ketawa sebaik selesai mengambil gambar berkenaan.
“Jurufoto budak art design tapi malas nak edit. Beginilah jadinya,” kata lelaki berkenaan di ruangan kapsyen.
@goodheal2 juruphoto dak art design tp malas nk edit.. gni la jdinya🤣🤣
♬ original sound – Rafael – A’$
Ramai suka lihat gelagat dua lelaki ambil gambar guna kereta mainan
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua lelaki itu mengambil gambar tersebut.
Malah ada juga yang meminta agar pengguna yang memuat naik video tersebut untuk berkongsi hasil gambar yang diambil.
Bukan hanya itu ada yang suka dan merasakan ia adalah idea yang bagus serta kreatif.
“Hasil jangan lupa bang”

“Hasil gambar mana bos”

“Menjadi lah pula”

“Kereta arwah abah saya ni Ford Escort”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.



