fbpx
Now Reading
Dari Pakaian Hingga Ke Doorgift Buat Tetamu, Ramai Teruja Lihat Keunikan Tema Klasik Kenduri Kahwin [Video]

Dari Pakaian Hingga Ke Doorgift Buat Tetamu, Ramai Teruja Lihat Keunikan Tema Klasik Kenduri Kahwin [Video]

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut telah diadakan pada 13 September lalu di Laman Limas, Kluang Johor serta dihadiri oleh 160 orang tetamu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebiasaannya, setiap pasangan pengantin mempunyai tema tersendiri dalam meraikan hari bahagia mereka.

Antara konsep yang sering menjadi pilihan adalah perkahwinan dalam taman, minimalis serta klasik dan tradisional.

Bila sebut sahaja tentang konsep klasik dan tradisional, kebanyakan pengantin lebih memfokuskan kepada jenis busana dengan memilih songket sebagai pilihan utama.

Jarang sekali dilihat pengantin turut memfokuskan kepada dekorasi seperti gubahan bunga tangan dan goodies buat tetamu.

Majlis Perkahwinan Unik, Pengantin Guna Gubahan Tangan Dari Sayur-Sayuran

Namun berbeza pula dengan majlis pernikahan dan resepsi pasangan pengantin ini yang dilihat betul-betul menepati tema klasik dan tradisional.

Manakan tidak, bukan hanya sekadar baju yang dipakai malah hiasan serta buah tangan untuk tetamu juga dilihat betul-betul menepati tema yang ditetapkan.

Suasana kemeriahan majlis itu dikongsikan oleh rakan pengantin sendiri menerusi akaun Threads miliknya, @seniorizz.

Melalui perkongsian berkenaan, dapat dilihat pengantin perempuan yang dikenali sebagai Farahin memegang gubahan bunga tangan yang unik dan digubah daripada sayuran seperti daun kunyit, bunga kantan, kacang panjang dan petai serta bunga orked.

Bukan itu sahaja, suasana dekorasi juga seolah-olah macam zaman dulu-dulu apabila terdapat ‘gerai’ yang menyediakan sayur, jajan dan kuih tradisional buat tetamu.

Hiasan Seperti Zaman Dulu-Dulu, Pengunjung Dapat Mangkuk Tingkat

Menariknya, dekorasi yang dihasilkan juga sememangnya kena dengan tema klasik dan tradisional.

Manakan tidak, kad jemputan pengantin seperti surat khabar pada zaman 60-an siap dengan tulisan jawi serta berwarna hitam putih selain kek pengantin dihiasi dengan hiasan kain batik dan hantaran berkonsepkan ‘hidden hantaran’.

Bukan itu sahaja, pengunjung juga berpeluang bergambar bersama prop seperti vespa dan payung seperti masa lalu sebagai kenang-kenangan.

Malah, tetamu juga berpeluang membawa balik doorgift seperti mangkuk tingkat yang diperbuat daripada rotan serta sayur-sayuran yang boleh dipilih seperti lobak putih serta barang unik lain seperti anak ikan.

Difahamkan, majlis perkahwinan tersebut telah diadakan pada 13 September lalu di Laman Limas, Kluang, Johor serta dihadiri oleh 160 orang tetamu.

“Tak pernah lagi tau pergi wedding pengantin hand bouquet ada Petai, dapat anak ikan dan bawak balik sayur.

“Rare betul wedding member saya ni! Love the concept & vision pengantin. She so bold, details ya. Kami as a guest happy betul, rasa nostalgic sangat!” tulis pengguna berkenaan.

View on Threads

Ramai Teruja Lihat Konsep Majlis Perkahwinan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 455,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai teruja melihat konsep majlis perkahwinan klasik dan tradisional serta dianggap unik.

Malah, ada yang telah menyimpan hasrat mahu mengadakan majlis perkahwinan dengan konsep yang sama.

Namun, ada segelintir yang tidak setuju dengan pemberian anak ikan sebagai goodies buat tetamu.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Cantiknya! Pengantin & Dekorasi Cantik, Semua Cantiklah. Tahniah Sis”

“Insipirasi Untuk Majlis Perkahwinan Anak Saya Lagi 25 Tahun”

“Nampak Klasik Tapi Saya Tahu Bajet Semua Tu Tak Murah Lagi-Lagi Doorgift”

“Rare! Family Pengantin Ada Kedai Sayur Ke Atau Kebun? First Time Tengok Konsep Ni”

“Cantik Dekorasi Majlis, Macam Konsep Terbuka Tapi Tak Panas Ke?

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Puji Pengantin Buat Majlis Kahwin Waktu Breakfast, Siap Bagi Doorgift Sayur Segar [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Pengantin Berbangsa Cina Buat Majlis Perkahwinan Tema Adat Melayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Unik!”- Pasangan Pengantin Bersanding Pakai Baju Diperbuat Dari Kulit Kayu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Betul-Betul Rare” – Ramai Teruja Lihat Pengantin Pilih Tema Doom & Gothic Ketika Majlis Sanding

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.