4,500 Sertai CCR’25 Lotus’s Malaysia Ke-3, Kumpul RM400k Untuk Pendidikan Bersama PINTAR Foundation
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) telah berjaya menganjurkan Ceria Charity Run 2025 (CCR’25) yang ketiga, di Lotus’s Bandar Bukit Puchong.
Acara CCR’25 yang menghimpunkan lebih daripada 4,500 pelari dan lebih 120 rakan jenama bagi menyokong pendidikan telah berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM400,000 untuk Program Sekolah SMART Up Lotus’s – PINTAR.
Ia sekali lagi menandakan pencapaian penting dalam komitmen berterusan Lotus’s untuk memperkasakan komuniti kurang berkemampuan melalui pendidikan.
Sejak tahun 2023, konsep larian Lotus’s “Jom Lari, Kutip & Kongsi Ceria” telah berkembang dan dijadikan acara yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia dan bukan warganegara daripada pelbagai peringkat umur.
Dana akan disalurkan untuk program lestari
Dana yang dikumpulkan akan disalurkan ke dalam program pendidikan lestari yang meningkatkan prestasi akademik, memupuk perkembangan diri, dan memperbaiki akses kepada sumber pembelajaran di sekolah-sekolah yang kurang mendapat perhatian di seluruh negara.

Melalui inisitatif-inisiatif seperti bengkel SMART Shopper Plus yang menawarkan pengetahuan tentang pengurusan wang, literasi kewangan, dan tabiat membeli-belah yang positif, Lotus’s dan PINTAR telah pun memberi impak bermakna kepada ribuan pelajar.
Seiring dengan peredaran masa, kedua-dua organisasi ini berhasrat untuk mencapai 50,000 pelajar di seluruh Malaysia dalam beberapa tahun yang akan datang.
Acara CCR’25 merangkumi tiga kategori iaitu: 15KM, 10KM dan 5KM. Sepanjang laluan, para peserta menerima beg guna semula Lotus’s yang diisi dengan pelbagai barangan termasuk Mi Segera Tom Yum Lotus’s, sachet Lotus’s Caramel Latte, biskut Nax Nax, dan Fuze Tea daripada Coca-Cola.
Di garisan penamat, setiap peserta juga diraikan dengan pingat penamat CCR’25 serta pelbagai barangan berjenama bernilai sehingga RM350.

Ketua Pegawai Eksekutif Lotus’s Malaysia, Saksit Panurach berkata: “Daripada 3,000 peserta pada tahun 2023 kepada lebih 4,500 pelari pada hari ini, Lotus’s Ceria Charity Run telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar acara komuniti.
“Dengan sokongan teguh daripada rakan-rakan jenama kami, ia telah menjadi satu gerakan bermakna yang menggabungkan kesihatan, perpaduan, dan tujuan – menyumbang kepada program pendidikan yang akan membentuk generasi muda kita melangkaui bilik darjah.
“Kami amat berterima kasih kepada rakan kongsi atas kemurahan hati mereka serta kepada semua yang menjayakan kejayaan ini.”
Selain daripada acara larian, para peserta dan komuniti turut dapat menikmati suasana meriah di Race Village yang menampilkan lebih 40 reruai sampel produk, aktiviti menyeronokkan serta trak makanan.
Beberapa jenama-jenama seperti Nescafe, Milo, Nestum, Koko Krunch, Enercal, Omega, Nestle Ice Cream, Jacobs, Chips More, Oreo, Tiger, Dugro, Aptamil, Ahmad Tea, Farm Fresh, Yeos, Gillette, Schick, Happy, Mi Sedaap, Chagee dan Horlicks, bersama perniagaan makanan dan minuman tempatan, turut menghiburkan serta menggembirakan para pengunjung.
Maskot popular termasuk si beruang kutub LoLo dari Lotus’s, Cookie Guy, Tiggo daripada Mondelez, Cola Bear daripada Coca-Cola, dan maskot Breeze menambahkan lagi keceriaan dalam suasana mesra keluarga.
Acara CCR’25 berakhir dengan cabutan bertuah dan penyampaian cek simbolik kepada PINTAR Foundation. Sebanyak 197 hadiah telah diberikan, termasuk hadiah utama SHARP 75-inci 4K UHD Google TV dan Treadmill Zero ZT-Velox.
I steer BuzzKini's editorial voice and online presence, consulting senior leadership when it matters while enjoying music, books, and the outdoors.