fbpx
Now Reading
Majikan Di China Beri iPhone 17 Pro Max Kepada Semua Pekerja Termasuk Intern

Majikan Di China Beri iPhone 17 Pro Max Kepada Semua Pekerja Termasuk Intern

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama CEO syarikat media di China itu mengejutkan kakitangannya dengan produk Apple.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Rabu lalu (10 September), syarikat teknologi gergasi dunia, Apple telah melancarkan barisan telefon pintar terbaharu mereka iaitu iPhone 17.

Di dalam pelancaran itu, Apple turut memperkenalkan model terbaharu iaitu iPhone 17 Air yang lebih nipis selain iPhone 17 Pro dan Pro Max juga didatangkan dengan rekaan kamera belakang serba baharu.

Pasti ramai yang tidak sabar ingin memilikinya bukan? Bahkan ada yang telahpun mengumpul duit serta bercadang untuk ‘trade in’ iPhone lama mereka demi mendapatkan peranti flagship itu.

CEO syarikat media di China akan beri iPhone 17 Pro Max kepada semua pekerja

Ketika kebanyakan orang terpaksa menabung untuk membeli iPhone terbaharu itu, para pekerja di sebuah syarikat media China yang dikenali sebagai Mediastorm pula tidak perlu risau kerana mereka akan memiliki telefon pintar itu ‘secara percuma’ tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Mediastorm, Tim Pan pada baru-baru ini mengumumkan bahawa setiap kakitangan syarikat itu akan menerima iPhone 17 Pro Max.

Menerusi satu perkongsian di aplikasi Xiaohongshu @fyjdreaming , seorang pekerja Mediastorm menyatakan berita gembira itu diterimanya semasa dia menghadiri majlis pelancaran Apple di Steve Jobs Theater, California.

“Encik Tim memang betul-betul bos terbaik di dunia,” katanya dipetik MS News.

Bukan hanya pekerja, budak intern dan staf baru pun dapat iPhone 17 Pro Max

Menurutnya, Tim mengesahkan bahawa pemberian ini bukan hanya melibatkan semua kakitangan sahaja, sebaliknya pelatih (intern) hinggalah pekerja baru turut akan menerimanya selagi mana mereka berada dalam syarikat itu pada masa pengumuman dibuat.

Jelas pekerja itu lagi, para kakitangan boleh memilih model lain sekiranya mereka tidak mahu iPhone 17 Pro Max.

Memandangkan hadiah korporat di China dikenakan cukai, Tim turut memberi jaminan bahawa Mediastorm akan menanggung semua kos tersebut.

Bukan kali pertama, sudah jadi tradisi tahunan

Difahamkan, ini bukanlah kali pertama CEO tersebut mengejutkan kakitangannya dengan produk Apple.

Pada tahun 2024, kira-kira 100 pekerja Mediastorm menerima iPhone 16 Pro bersama Apple Watch Siri 10.

Memang betul-betul untung besar pekerja di sana.

iPhone 17 Pro Max bermula RM5,999

Untuk info, harga bagi iPhone 17 di Malaysia bermula RM3,999 bagi pilihan storan dalam 256GB, manakala iPhone 17 Pro 256GB pula (RM5,499), iPhone 17 Pro Max (256GB, RM5,999) dan model terbaru iPhone 17 Air pada harga RM4,999.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.