fbpx
Now Reading
Menipu Untuk Tutup Aib Sendiri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Menipu Untuk Tutup Aib Sendiri, Boleh Atau Tidak? Ini Penjelasannya

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bertanyakan kepada orang lain tentang dosa peribadi mereka adalah haram dan dilarang oleh Allah SWT.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap manusia yang hidup di atas muka bumi ini pasti pernah melakukan kesalahan ketika menjalani kehidupan seharian.

Kesalahan yang dilakukan pula adalah pelbagai jenis. Ada yang kecil namun ada juga yang besar hingga dianggap sebagai sesuatu yang mengaibkan.

Bila tiba masanya, seseorang itu akan bertaubat dan menyesal serta berubah menjadi lebih baik.

Namun, dalam menjalani hari-hari mendatang, ada ketika seseorang itu diuji dan ditanyakan tentang kesilapan masa lalu hingga kadangkala memaksa mereka untuk menipu.

Adakah menipu untuk menutup aib dibenarkan dalam Islam? Bagaimana pula kalau ada yang memaksa kita untuk bersumpah menafikan kesalahan yang kita pernah lakukan?

Allah SWT Larang Tanya Dosa Peribadi Orang Lain

Memetik laman Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, bertanyakan kepada orang lain tentang dosa peribadi mereka adalah haram dan dilarang oleh Allah SWT.

Ia berdasarkan firman-Nya dalam Surah al-Hujurat ayat yang ke 12:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱجۡتَنِبُواْ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعۡضَ ٱلظَّنِّ إِثۡمٞۖ وَلَا تَجَسَّسُواْ وَلَا يَغۡتَب بَّعۡضُكُم بَعۡضًاۚ

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada prasangka (supaya kamu tidak membuat sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan atau keaiban orang lain dan janganlah sebahagian daripada kamu mengumpat sebahagian yang lain.”

Manakala membuka aib sendiri dengan bercerita tentang dosa peribadi kepada orang lain adalah haram jika tujuannya adalah untuk berbangga atau mengambil ringan dosa yang dilakukan.

Menipu Untuk Tutup Aib Adalah Harus

Terang laman itu lagi, secara asasnya hukum menipu adalah haram dan berdosa besar.

Namun, jika ada yang terpaksa menipu apabila ditanya atau disuruh untuk membuka mulut tentang dosa yang pernah dilakukan hukumnya adalah harus selagi dosa itu tidak didedahkan oleh orang lain serta berniat untuk menutup aib sendiri.

Kalau ada yang memaksa untuk bersumpah bagaimana pula?

Jelas mereka lagi, seseorang itu perlu melakukan tauriah seperti menyatakan ‘aku tidak melakukan perkara tersebut’ namun berniat apa yang dimaksudkan adalah tidak melakukan perkara itu pada hari ini.

Hukum Harus Menipu Ada Syaratnya

Malah, hukum harus itu juga ada syaratnya iaitu dosa tersebut tidak didedahkan serta tidak mengambil atau menafikan hak orang lain.

Jika melibatkan hak orang lain, hukum menipu dan tauriah untuk mengingkari dosa boleh menjadi haram.

Apa yang penting, ia mestilah disertai dengan taubat dan usaha untuk meninggalkan dosa tersebut.

IRSYAD HUKUM SIRI KE-869: BOLEHKAH MENIPU UNTUK MENUTUP AIB SENDIRI Soalan Assalamuaikum ustaz. Pada suatu masa,…

Posted by Jabatan Penerangan Sabah on Thursday 10 October 2024

Baca Artikel Berkaitan: Mufti Pulau Pinang Perjelas Hukum Dedah Aib Pasangan Jika Niat Untuk Menjaja & Balas Dendam

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Buka Aib Sendiri, Wanita Pesan Hati-hati Jika Join Trend Di TikTok [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.