“Auto Nangis” – Ramai Sebak Lihat Respon Guru Selepas Anak Murid Serahkan Surat Kematian Bapa [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, guru berkenaan baru sahaja menerima surat kematian dari murid lelakinya yang berusia lapan tahun.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan individu kehilangan orang tersayang seperti ibu dan bapa sememangnya amat memeritkan.
Manakan tidak, merekalah sumber kasih sayang dan pendorong dalam menjalani kehidupan seharian.
Buat mereka yang melihat, pastinya mengundang rasa sayu lebih-lebih lagi yang mengalami pengalaman menyedihkan itu adalah anak kecil.
Cikgu Sedih Anak Murid Serahkan Surat Kematian Bapa
Baru-baru ini, tular di media sosial respon seorang guru wanita terhadap muridnya yang baru kehilangan bapa tersayang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @r3tusa, guru berkenaan baru sahaja menerima surat kematian dari murid lelakinya yang berusia lapan tahun itu.
“Kelu lidah tak tahu nak cakap apa, bila si anak hulurkan surat kematian si ayah,” tulisnya pada video tersebut.
Faham Perasaan Si Kecil, Terus Peluk Murid Yang Kehilangan Ayah
Apa yang menjadi perhatian adalah guru tersebut terus memanggil dan mendepakan tangannya seakan mahu memeluk pelajarnya itu.
Kelihatan seorang pelajar lelaki mengenakan pakaian vest berwarna maroon terus datang memeluk guru berkenaan.
Guru tersebut kemudiannya dilihat berkata sesuatu sambil mengusap bahagian belakang badan seolah-olah sedang memberi kata semangat.
Turut Panggil Seorang Lagi Pelajar Yang Baru Kehilangan Ayah
Bukan itu sahaja, dia juga memanggil seorang lagi muridnya yang turut kehilangan bapa pada awal tahun lalu sebelum ketiga-tiga mereka dilihat saling berpelukan antara satu sama lain.
Kongsi guru wanita itu, dia memahami apa yang dirasakan oleh pelajarnya memandangkan dia juga merupakan anak yatim sejak kecil lagi.
“Anak-anak ini mengingatkan diriku suatu masa dahulu. Bila cikgu tahu aku ‘anak yatim’, cikgu itu juga memelukku begini,” kongsinya lagi.
Guru Rasa Tanggungjawab Untuk Naikkan Semangat Murid
Malah, dia merasakan itu tanggungjawabnya sebagai guru untuk menaikkan kembali semangat dalam diri pelajarnya itu.
“Anak yatim ini sebaya anakku yang bongsu. Sebagai ibu bapa mereka di sekolah, tanggungjawab aku menaikkan kembali semangat anak-anak ini.
“Sebak sangat. Teringat diri sendiri suatu masa dahulu. Semoga anak-anak ini kuat semangat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Kongsi guru berkenaan kepada BuzzKini, bapa murid itu meninggal dunia secara mengejut dipercayai akibat Right Coronary Artery Thromboembolism dan berada dalam keadaan sihat sebelum pergi.
@r3tusa Anak Yatim ini sebaya anakku yg bongsu 🥺 Sebagai ibubapa mereka di sekolah, tanggungjawab ku menaikkan kembali semangat anak² ini.. Sebak sgt.. Teringat diri sendiri suatu masa dulu 🥺 Semoga anak² ini kuat semangat.. Amiiinnn 🤲 #anakyatim #diariseorangguru #ujianhidup
♬ original sound – Dinde Retusa – Dinde Retusa
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Media Sosial Tersentuh, Zahir Ucapan Terima Kasih Kepada Guru
Video yang telah mendapat lebih 78,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh dan sedih melihat respon guru berkenaan dalam memberi semangat buat anak muridnya itu.
Malah, ada yang menzahirkan ucapan terima kasih kepada guru tersebut kerana bertindak sedemikian.
Bukan itu sahaja, ada juga pengguna media sosial berkongsi pengalaman sendiri bagaimana rasanya kehilangan orang tersayang.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Kita Yang Dewasa Kehilangan Ayah Pun Dah Tak Keruan Apatah Lagi Anak Kecil Macam Ini, Terima Kasih Cikgu”

“Saya Kehilangan Bapa Waktu Usia 8 Tahun, Anak Saya Pun Kehilangan Bapa Pada Usia 8 Tahun, Saya Tak Kuat”

“Sampai Sini Rasa Sedih”

“Terima Kasih Cikgu Untuk Pelukannya”

“Terima Kasih Cikgu Beri Ruang Untuk Anak-Anak Ini Dapat Kasih Sayang Dari Sudut Yang Diorang Tak Jangka”

Baca Artikel Berkaitan: “Adik Rindu Ayah” – Ramai Sebak Lihat Budak Lelaki Umur 5 Tahun Berlari Menuju Ke Pusara Arwah Bapa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Lelaki Peluk 2 Pelajar Yang Sudah Kehilangan Bapa & Ibu [Video]



