fbpx
Now Reading
Sukar Nak Asingkan Tempat Tidur Anak? Doktor Ini Kongsi Tips Mudah Untuk Ibu Bapa [Video]

Sukar Nak Asingkan Tempat Tidur Anak? Doktor Ini Kongsi Tips Mudah Untuk Ibu Bapa [Video]

Jelas doktor kesihatan lelaki terkenal, Dr Ahmad Samhan, tindakan mengasingkan tempat tidur anak bukanlah tanda kurang sayang namun ia sebagai cara untuk mengajar si kecil menjadi lebih berani dan berdikari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika ditanya kepada mereka yang bergelar ibu bapa, pastinya ramai yang tidur bersama anak sejak dari kecil lagi.

Seiring dengan peningkatan usia, ada yang memilih dan membuat keputusan untuk mengasingkan tempat tidur anak sebelum terlambat.

Namun ia bukanlah mudah apatah lagi jika si kecil telah biasa ‘berteman’ ketika tidur pada waktu malam.

Keadaan ini pastinya menyukarkan ibu bapa yang buntu memikirkan cara untuk mengajar anak tidur berasingan hingga kadangkala timbul rasa bersalah membiarkan anak tidur seorang diri.

Biar Anak Tidur Seorang Diri Antara Cara Untuk Ajar Anak Berdikari

Buat ibu bapa yang tengah struggle memikirkan cara untuk asingkan tempat tidur anak, anda sebenarnya tidak perlu risau.

Ini kerana doktor kesihatan lelaki terkenal, Dr Ahmad Samhan Awang atau juga dikenali sebagai Dr Samhan ada berkongsi trik mudah untuk ibu bapa mengasingkan tempat tidur anak.

Langkah itu dikongsikan oleh beliau menerusi satu video di platform Threads miliknya.

“Ramai ibu ayah rasa serba salah bila tiba masa nak asingkan tidur anak sendiri. Sebenarnya ini normal dan langkah penting untuk ajar anak berdikari,” tulisnya.

Step By Step Asingkan Tempat Tidur Anak

Jom tengok satu demi satu langkah mudah yang dikongsikan oleh Dr Samhan. Mana tahu berkesan buat ibu bapa?

#1 Mulakan Dengan Tetapkan Rutin Tidur

Langkah pertama yang paling penting adalah dengan menetapkan rutin tidur. Ini kerana jelas Dr Samhan, anak suka perkara yang konsisten.

“Tetapkan masa tetap untuk tidur, mandi, gosok gigi, baca doa atau bacakan cerita pendek sebelum tidur. Bila rutin dah stabil, anak akan lebih bersedia,” kongsinya.

#2 Ajar Anak Untuk Tidur Di Katil Terlebih Dahulu

Ada ibu bapa yang tidur sekatil bersama anak mereka. Jadi, untuk melatih anak tidur asing, mereka perlu diajar terlebih dahulu untuk tidur di katil mereka sendiri.

“Kalau bilik asing masih sukar, mula dengan letakkan katil anak dalam bilik ibu ayah. Bila dah terbiasa, baru pindahkan ke bilik lain,” jelasnya.

Foto: Freepik

#3 Gunakan ‘Comfort Object’

Anak yang tidur bersama ini pastinya sudah selesa dengan kehadiran ibu bapa sebagai peneman.

Jelas Dr Samhan, ibu bapa boleh memberi ‘comfort object’ seperti bantal, selimut atau patung kesayangan.

Ia boleh menjadi ‘peneman’ buat si kecil apabila ibu bapa tiada di sebelah.

Foto: Freepik

#4 Pastikan Bilik Tidur Anak Dalam Keadaan Selesa

Ibu bapa juga perlu memastikan bilik tidur yang disediakan untuk anak berada dalam keadaan selesa.

“Lampu tidur yang malap, suhu bilik sesuai dan suasana tenang akan buat anak rasa lebih selamat,” kongsinya lagi.

#5 Konsisten & Jangan Cepat Mengalah

Apa yang penting, ibu bapa perlu konsisten dan jangan cepat ‘cair’ dengan rayuan serta pujukan anak.

“Biasanya anak akan cuba datang semula ke bilik emak ayah. Jangan marah tetapi bawa dia balik ke bilik sendiri dengan sabar, konsistensi itu penting,” jelas Dr Samhan lagi.

Tambah Dr Samhan lagi, tindakan mengasingkan tempat tidur itu bukanlah tanda kurang sayang, namun ia sebagai cara untuk mengajar si kecil menjadi lebih berani dan berdikari.

“Proses ini ambil masa, jadi ibu ayah perlu sabar dan terus sokong emosi anak,” kongsinya.

View on Threads

Bila Kena Asingkan Tempat Tidur Anak Dari Ibu Bapa Dalam Islam?

Sekadar info, anak-anak perlu diasingkan tempat tidur dengan ibu bapa sebaik sahaja dia mengerti tentang aurat.

Perkara itu dijelaskan oleh pendakwah dan penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu video di YouTube.

“Bila sesuai? Jawabnya apabila mereka mengerti tentang aurat. Yang ini bukan dengan adik-beradik tetapi dengan emak ayah.

“Sebab anak kita kalau tak reti bab aurat, tak apa tengok aurat tetapi kalau dah reti bab aurat, tak boleh tengok aurat.

“Bila dah reti bab aurat, haram tengok aurat. Bukan mesti tidur nampak aurat, tapi bila tidur terbuka aurat. Maka, bila mereka mengerti tentang aurat, (kena) tidur suku (asing) la,” katanya.

Pun begitu, UAI menjelaskan tiada mana-mana kitab yang menetapkan tarikh atau berapa tahun yang diperlukan untuk anak tidur asing dari ibu bapa.

Baca Artikel Berkaitan: Anak Sukar Tidur Malam? Ini Tips Untuk Ibu Bapa Bantu Si Kecil Tidur Lebih Awal

Baca Artikel Berkaitan: Anak Susah Bangun Pagi? Ibu Bapa Boleh Cuba Pendekatan Ini, Insya-Allah Berkesan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.