fbpx
Now Reading
“Saya Nak Banggakan Ibu Bapa” – Luahan Kanak-Kanak Ketika Program Motivasi Buat Ramai Tersentuh [Video]

“Saya Nak Banggakan Ibu Bapa” – Luahan Kanak-Kanak Ketika Program Motivasi Buat Ramai Tersentuh [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah luahan kanak-kanak yang dikenali sebagai Ashraf ketika program motivasi tersebut seolah-olah menggambarkan apa yang terpendam dihatinya selama ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan sekolah tidak kira di peringkat rendah mahupun menengah pasti akan mengadakan program motivasi bagi menyuntik semangat dalam diri pelajar.

Cara ini kebiasaannya dilihat berkesan dalam membuka mata mereka tentang kepentingan belajar hingga mencapai kejayaan.

Selain diajar tentang teknik untuk berjaya, terdapat slot yang diadakan bagi memberi peluang kepada pelajar meluahkan apa yang terpendam.

Kadangkala, luahan si cilik ini boleh membuka mata mereka yang mendengar tentang apa sebenarnya dirasakan oleh mereka.

4 Pelajar Luah Sebab Nak Berjaya Kerana Nak Bahagiakan Ibu Bapa

Semalam (9 September), tular di media sosial luahan beberapa orang pelajar dalam program motivasi yang diadakan di sebuah sekolah rendah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh penceramah tersebut di TikTok @zackzawani, kelihatan empat orang pelajar yang terdiri daripada tiga perempuan dan seorang lelaki dipanggil ke hadapan pentas.

Mereka masing-masing ditanya tentang sebab mengapa mereka mahu berjaya di masa hadapan.

Melalui perkongsian itu, dua orang pelajar perempuan menyatakan impian untuk membangga dan membahagiakan ibu bapa mereka namun ada yang sedih dan risau kerana masih tidak pandai membaca.

Namun, penceramah berkenaan terus menyuntik kata-kata semangat kanak-kanak itu agar tidak mudah mengalah dan terus berusaha untuk memperbaiki diri.

Luahan Kanak-Kanak Lelaki Seolah Menggambarkan Apa Yang Terpendam Di Hati

Pun begitu, apa yang turut menjadi perhatian adalah luahan seorang kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Ashraf.

Manakan tidak, luahannya itu seolah-olah menggambarkan apa yang terpendam di hati selama ini.

“Walaupun saya selalu kena ejek dengan abang saya, saya tetap bersabar dan saya sayang emak ayah saya walaupun saya tahu habiskan beras je.

“Tapi saya sayang emak ayah saya, saya doakan saya akan berjaya, saya akan jadi anak yang mulia.

“Saya nak bawa emak ayah saya pergi umrah, walaupun saya menghabiskan duit emak ayah saya, walaupun saya anak bongsu yang menyusahkan,” katanya sambil menangis.

Penceramah itu kemudiannya dilihat terus memberi nasihat kepadanya agar terus kuat dan menjadi insan berjaya.

Lebih menjadi perhatian, Ashraf menyatakan bahawa dia sedar apa yang dilakukan oleh abang serta ibu bapanya adalah tanda kasih sayang mereka terhadapnya.

“Saya tahu walaupun abang saya selalu ejek saya, saya tahu walaupun abang atau kakak saya atau keluarga saya selalu marah saya, itu tandanya dia sayangkan saya,” katanya lagi.

@zackzawani

Masa slot ni,, nangis terus diriku.. terus kuat adik-adikku. Perjalanan 8 orang anak kecil, berjiwa besar. Dengar sampai habis! Jangan giveup. Percaya diri sendiri. Lambat atau cepat kamu tetap berjaya dalam bidang kamu.. dan jangan mengalah. Bangkit terus! Mengalah tidak. It’s time to rise!! #zackzawani #zhampion #bangkitterus #riseup

♬ original sound – zack zawani | transform coach – zack zawani | transform coach

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tersentuh Dengar Luahan Pelajar, Ada Yang Mahu Ibu Bapa Peka Perasaan Anak

Video yang telah mendapat lebih 835,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tersentuh mendengar luahan pelajar-pelajar berkenaan.

Ada yang berpendapat sebagai ibu bapa, kita perlu lebih memahami apa yang dirasakan oleh anak.

Majoriti daripada pengguna media sosial turut tersentuh mendengar luahan kanak-kanak lelaki berkenaan dan berharap agar ibu bapa di luar sana lebih peka dengan perasaan anaknya.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Adik Ashraf Ini Betul-Betul Meluahkan Apa Yang Terbuku Di Hati, Berapa Lama Dia Pendam?”

“Macam Mana Budak Kecil Ini Boleh Keluarkan Ayat ‘Menghabiskan Beras’, ‘Anak Bongsu Yang Menyusahkan’?”

“Bab Tak Pandai Baca Tu Aku Faham, Aku Dulu Pun Lambat Baca, Kena Masuk Kelas Khas Pun Terkebil Lagi”

“Bayangkan Kita Marah Anak Tak Pandai Baca, Kita Ingat Dia Tak Ambil Peduli Pun, Kita Fikir Diorang Tak Ada Effort Tapi Rupanya Anak Tu Pun Sedih Dia Tak Pandai Baca”

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Sebak Lihat Lelaki Peluk 2 Pelajar Yang Sudah Kehilangan Bapa & Ibu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Luahan Rindu Ibu Dalam Diari Tentang Anak Perempuan Yang Sudah Tiada Buat Ramai Sebak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.