“Sumpah Tak Mencuri”- Gelagat 2 Lelaki Terkunci Di Institut Memandu Buat Ramai Terhibur [Video]
Menurut salah seorang daripada pemuda berkenaan mereka awalnya ke surau untuk menunaikan solat Asar sebelum menyedari telah dikunci dalam kawasan pusat belajar memandu itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pasti mempunyai pengalaman atau momen yang tidak boleh dilupakan sewaktu belajar memandu.
Maklumlah pengalaman pertama nak ambil lesen, macam-macam perkara yang berlaku seperti dapat guru garang, anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ‘sporting’ dan banyak lagi.
Semua ini bakal menjadi kenangan yang tak boleh dilupakan apabila teringat detik ketika belajar memandu.
2 pemuda terperangkap dalam pusat belajar memandu raih perhatian
Baru-baru ini dua orang pemuda turut tidak ketinggalan untuk berkongsi momen lucu mereka apabila terkunci di dalam pusat belajar memandu dipercayai di Konsortium Raub, Pahang.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ffyaen di TikTok, awalnya kelihatan mereka berada di dalam kawasan institut memandu berkenaan dan pintu pagar utamanya sudah dikunci.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan mereka tidak tahu bagaimana ingin keluar daripada institut berkenaan untuk pulang ke rumah.
Semua staf dah pulang
Ujarnya, kesemua staf serta anggota JPJ sudah tiada dan pulang ke rumah masing-masing.
Tidak mempunyai pilihan lain, akhirnya mereka bertindak memanjat pagar utama institut memandu itu untuk keluar daripada kawasan berkenaan.
Pergi surau sebelum sedar dah terkunci dalam pusat memandu
Walaupun terhibur dengan perkara yang berlaku namun mereka juga memaklumkan di dalam video perkara itu terpaksa dilakukan dan mereka tidak mencuri.
“Sumpah tak mencuri, tak mencuri ya Allah. Kena pagar (terkunci). Ya Allah, minta maaf tak mencuri,” katanya dalam video tersebut.
Menurut pemuda berbaju merah mereka hanya menyedari telah terperangkap dalam institut berkenaan selepas selesai menunaikan solat Asar di surau.
@ffyaen sape minta full ? ☺️☺️#fypage #lesenmotosikal #raub
♬ original sound – souryan – souryan
Ramai terhibur lihat gelagat dua pemuda terkunci
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat dua pemuda berkenaan serta menyatakan mereka mempercayai mereka tidak mencuri.
Malah ada juga yang mengusik dengan mengatakan percaya mereka tidak mencuri kerana jarang melihat pencuri membawa air mineral.
Ada juga mengatakan surau di institut memandu itu berada di belakang dan kebiasaannya ramai yang tidak menyedari ada individu di kawasan tersebut.
“Persoalannya, dia buat apa dekat dalam tu sampai pagar dah tutup?”

“Masalah memang betul tau. Kita tengah solat Asar tiba-tiba senyap je dunia. Buka-buka pintu surau tengok semua dah balik. Seawal mungkin ke semua balik lepas bawa kereta”

“Bagus dik. Apa-apa pun jangan tinggal solat”

Writing about lifestyle is a passion that I can't deny. However, trending, current issues, and political views help me to dive into people's mind and behavior. Meanwhile, traveling is a way I enjoy and feed my inner soul to come out with fresh idea and creative writing.






