Ramai Terhibur Lihat Lelaki Tersilap Goreng Telur Guna Pati Air Kordial [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki itu pelik sebaik melihat warna ‘minyak masak’ berkenaan dan mengatakan ia terlalu kuning.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Apabila berada atau berkunjung ke rumah ahli keluarga pastinya ia merupakan perkara yang seronok kerana dapat berkumpul dan saling bertanya khabar.
Namun tak dinafikan ketika di rumah orang pastinya kita tidak mengetahui di manakah barangan tertentu contohnya garam, gula atau minyak diletakkan di dapur.
Ini kerana kita tidak membesar atau sentiasa berada di rumah berkenaan maka ia perkara yang biasa jika tidak mengetahui di manakah letaknya barangan perkakas tersebut.
Sangkakan minyak, rupanya lelaki goreng telur guna kordial
Baru-baru ini, seorang lelaki turut melalui perkara sama sewaktu berkunjung ke rumah ibu mentuanya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @Brain.aku.random di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menggoreng telur di dalam sebuah kuali.
Ujar lelaki berkenaan, dia membuat keputusan untuk menggoreng telur tersebut kerana berasa lapar.
Namun apa yang menarik perhatiannya, sewaktu menggoreng telur itu dia berasa pelik mengapa warna ‘minyak’ tersebut terlalu kuning.
“Dekat rumah mentua aku, lapar. Ambillah telur, sebiji nak goreng. Cakap apasal kuning sangat ni, minyak lama ke?
“Nampak dekat sini, elok kan (tunjuk botol). Lepas tu, tengok dia punya label. Ambil kau, kordial!” ujarnya dalam video tersebut.
Namun melihat pada botol kordial tersebut ia kelihatan seperti minyak masak. Tetapi labelnya menunjukkan ia adalah kordial berperisa Rebbu.
@brain.aku.random Telur Goreng Kordial fyp fyppppppppppppppppppppppp
♬ Funny, quirky, prank, silly, idiotic, comedy, comical bassoon (Loop)(1484503) – Ponetto
Ramai terhibur lihat lelaki tersilap goreng telur guna kordial
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat lelaki tersebut kerana tersilap menggunakan kordial yang disangkakan minyak masak.
Tak kurang juga ada yang mengatakan ia bukan salah lelaki tersebut tetapi salah botol kerana ia kelihatan sama.
Ada yang turut berseloroh dengan meminta lelaki itu untuk membuat reviu telur yang dimasak menggunakan kordial tersebut.
Turut ada yang bertanya apakah yang dimaksudkan kordial rebbu, lelaki itu mengatakan ia perisa seperti air ‘RedBull.’
“Bukan salah kau bang, salah botol tu”

“Tak apa bang, abang bukan keseorangan saya pun terkena. Tapi lagi rare, masak ayam kicap”

“Abang dah cipta resepi baru bang. Abang kena pattern sebelum orang tiru”




