Mesra Layan Pelanggan & Tak Lokek Senyuman, Staf Lotus’s Sitiawan Dapat Penghargaan Dari Pihak Pengurusan
Menerusi hantaran yang dikongsikan, juruwang yang dikenali sebagai Sunithaj Moorthy menerima sijil dan hadiah berupa baucar sebagai tanda terima kasih atas semangatnya dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai seorang kakitangan pasar raya Lotus’s yang terletak di Sitiawan, Perak.
Menerusi hantaran di Facebook Atika Latif, dia berkongsi kisahnya yang gemar membuat bayaran di kaunter yang dijaga oleh seorang juruwang ini.
Manakan tidak, walaupun ramai pelanggan, Atikah mendakwa juruwang berkenaan tetap mesra melayan pelanggan dan tidak lokek dengan senyuman.
Apa yang menjadi perhatian, bukan Atikah sahaja, malah kebanyakan pengguna lain turut berkongsi pengalaman sendiri pernah berurusan dengan cashier tersebut.
Kesemuanya mengakui senang berurusan dengannya malah sentiasa memilih untuk membuat pembayaran dengan juruwang berkenaan.
Aku kalau ke Lotus sitiawan . Usaha aku cari dia nak bayar . Org ramai ke org sikit ke senyum aje . Nak buat muka…
Posted by Atika Latif on Thursday 4 September 2025
Pihak Pengurusan Beri Penghargaan, Hargai Staf Beri Perkhidmatan Terbaik Buat Pelanggan
Gara-gara perkongsian yang tular itu, staf Lotus’s Sitiawan yang dikenali sebagai Sunithaj Moorthy mendapat penghargaan dari pihak pengurusan pasar raya berkenaan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Perak Press, Sunithaj menerima sijil dan hadiah berupa baucar sebagai tanda terima kasih atas semangatnya dalam memberi perkhidmatan terbaik untuk pelanggan.
“Memang contoh pekerja yang patut dijadikan inspirasi,” tulis pentadbir akaun tersebut.
Kakitangan Lotus’s Sitiawan, Sunithaj Moorthy yang sebelum ini tular sebab selalu layan pelanggan dengan senyum & mesra,…
Posted by Perak Press on Sunday 7 September 2025
Pengguna Media Sosial Gembira Dengan Penghargaan Diberikan, Mahu Lebih Ramai Pekerja Diiktiraf
Perkongsian yang telah mendapat lebih 21,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang tumpang gembira dengan perhargaan yang diberi kepada Sunithaj.
Malah, ada yang mahu dia dijadikan contoh oleh pekerja lain dalam memberi layanan mesra terhadap pelanggan.
Pada masa yang sama, ada segelintir pengguna media sosial yang berpendapat agar pihak pengurusan seharusnya menaikkan pangkat Sunithaj atas perkhidmatan yang diberikan.
Bukan itu sahaja, ramai juga yang berkongsi pengalaman sendiri pernah berhadapan dengan juruwang yang baik melayan pelanggan.
Ini antara komen pengguna Facebook:
“Tahniah”

“Dia Buat Baik, Dia Dapat Yang Terbaik, Lepas Ni Cashier Lain Boleh Dah Ikut Contoh Macam Ini”

“Tapi Memang Betul Dia Senyum & Santai Je Layan Pelanggan, Siap Boleh Borak Lagi”

“Patut Naik Pangkat Jadikan Senior Supaya Cashier Lain Jadikan Tauladan”

Baca Artikel Berkaitan: Dari Nak Tengok Terus Terbeli! Wanita Terpikat Dengan Layanan Mesra Jurujual, Terus Beli Seutas Jam Tangan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Tak Semua Orang Pandai” – Lelaki Layan Pelanggan Istimewa Guna Bahasa Isyarat Raih Pujian [Video]



