fbpx
Now Reading
Mat Saleh Jual ABC Di Sweden Bikin Ramai Kagum, Siap Guna Mesin Pengisar Ais Dari KL! [Video]

Mat Saleh Jual ABC Di Sweden Bikin Ramai Kagum, Siap Guna Mesin Pengisar Ais Dari KL! [Video]

Apa yang menariknya, mat saleh tersebut menghasilkan ais kacang menggunakan mesin pengisar ais tradisional yang dibeli di Kuala Lumpur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Tidak boleh disangkal lagi bahawa Malaysia merupakan syurga makanan yang menjadi destinasi terkemuka dalam kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa.

Bukan sahaja makanan berat seperti nasi lemak dan roti canai yang menjadi dambaan para pelancong, tetapi begitu juga dengan manisan dan kuih-muih tradisional yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Seperti seorang mat saleh berbangsa Sweden ini, dia telah jatuh cinta dengan air batu campur (ABC) yang dapat menyejukkan tekak ketika cuaca panas.

Mat Saleh Jual ABC Di Stockholm Guna Mesin Tradisional Yang Dibeli Di KL

Apa yang lebih menariknya lagi, lelaki tersebut turut menjual manisan yang juga dikenali sebagai ais kacang itu di ibu negara Sweden, Stockholm!

Menerusi video dikongsikan di TikTok oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Wawa (@wawawandering__), mat saleh itu menjual ais kacang saling tak tumpah seperti di Malaysia.

Dia yang digelar sebagai Encik ABC bukan sahaja membawa jualan menaiki basikal, tetapi turut menggunakan mesin pengisar ais tradisional.

Menurut Wawa yang kini menetap di Stockohlm, lelaki itu telah membeli mesin pengisar tersebut di Kuala Lumpur.

Sumber gambar: TikTok @wawawandering__

Mat Saleh Jual Ais Kacang Hanya Ketika Musim Panas

Dengan nama ‘The Lean Green Ais Kacang Machine’, kandungan ais kacang yang dijual serba lengkap dengan kacang merah, jagung dan sirap.

Cuma cendol sahaja yang tiada dan digantikan dengan jello, mungkin kerana tiada dijual di sana dan agak remeh untuk membuat sendiri.

Ais kacang itu dijual dengan harga 60SEK iaitu bersamaan RM28 duit Malaysia.

Tambah Wawa, Encik ABC akan muncul ketika musim panas di kawasan pelancongan sekitar Stockholm seperti Gamla Stan dan Slussen.

“Sedapnya! Terubat sikit rindu dekat Malaysia,” kata Wawa.

@wawawandering__ A Swedish guy jatuh cinta dengan ais kacang 😍. Dia siap beli mesin dari Malaysia and now buka cute bike stall kat Stockholm! 🚲🍧 Musim panas kat Scandinavia dah tak complete tanpa shaved ice pelangi ni – dengan sirap manis, jagung, kacang merah & cendol. From KL streets to Swedish summer vibes – ais kacang is the new chill star! ❄️🇲🇾🇸🇪 #sweden #stockholm #malaysia #malaysiatiktok #fyp ♬ Hanya di kau – Tan Sri P. Ramlee

Tonton video penuh [DI SINI].

Orang Ramai Puji Mat Saleh Jual Ais Kacang Cara ‘Old-School’

Tindakan mat saleh itu menjual ais kacang di negaranya sememangnya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi ruangan komen.

Siap ada yang berseloroh lelaki itu mesti telah berkunjung ke negeri di utara Malaysia kerana menggelar manisan itu sebagai ais kacang berbanding ABC.

Mereka turut memujinya kerana menjual ais kacang secara ‘old-school’, kaedah yang sudah jarang kita nampak walaupun di tanah air sendiri.

“Ini rare. Kat Malaysia pun dah tak ada orang niaga ABC kayuh basikal macam ni,” kata seorang warganet.

Di samping itu, seorang pengguna media sosial meluahkan rasa kecewa kerana tidak bertemu Encik Ais Kacang ketika mengunjungi Stockholm.

Namun Wawa memaklumkan bahawa dia sering ke tempat berbeza dan orang ramai boleh mengikuti Facebook The Lean Green Ais Kacang Machine untuk update semasa.

Wawa turut menjawab soalan seorang individu bahawa mat saleh itu boleh berbahasa Melayu kerana pernah menetap di Singapura.

Sumber: TikTok

Ini Cara Buat Ais Kacang, Semudah ABC Je!

Bila dah tengok mat saleh jual ABC kat Sweden ni, terliur pula rasanya kan? Lagi-lagi dengan cuaca panas kat Malaysia ni.

Sebenarnya tak susah pun nak buat ABC, korang boleh buat sendiri je di rumah!

Bahan-bahan yang diperlukan pun simple je macam ais, cincau, kacang merah, cendol, jagung, kacang tanah, susu cair dan sirap manis.

Mula-mula campurkan semua toppings dalam mangkuk, kemudian letakkan ais yang telah dihancurkan.

Kemudian tambahkan air gula atau sirap manis, susu cair dan toppings tadi. Boleh juga letak toppings lain macam kastad durian. Dah siap!

Tonton video [DI SINI] untuk cara-cara buat air gula melaka, sirap pandan, sirap merah dan kastad durian.

Sumber gambar: TikTok @lisyafashihah
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.