Lelaki Tegur Pemandu Bezza Jangan Biarkan Anak Keluar Kepala Di Tingkap Raih Pujian [Video]
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan dua orang kanak-kanak yang menaiki kereta Perodua Bezza itu mengeluarkan kepalanya dari tingkap belakang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kewajipan buat semua pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya dan mengikut undang-undang yang sudah ditetapkan.
Ini kerana kemalangan tidak boleh dijangka bila ia akan berlaku, malah ada juga sikap pemandu yang prihatin dan sentiasa memberi pertolongan atau memberi teguran kepada pengguna jalan raya lain.
Teguran yang diberikan adakalanya menerusi isyarat seperti nyalaan lampu tinggi, membunyikan hon dan banyak lagi.
Perakam bunyikan hon tegur tindakan pemandu Bezza
Baru-baru ini, seorang pemandu turut melakukan perkara sama apabila membunyikan hon kenderaannya sebaik melihat dua kanak-kanak mengeluarkan kepala ketika kereta sedang bergerak.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @haaspray_ulala di TikTok, awalnya kelihatan dua orang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya di bahagian tingkap belakang sebuah Perodua Bezza.
Anak keluarkan kepala di tingkap belakang ketika kereta sedang berjalan
Dalam video itu kelihatan kanak-kanak berkenaan mengeluarkan kepalanya sambil melihat keadaan di sekeliling jalan tersebut.
Turut kelihatan keadaan jalan turut dilalui oleh banyak kenderaan lain daripada lorong sama dan arah bertentangan.
Menyedari perkara bahaya itu, pemandu yang merakam video itu kemudiannya membunyi hon sebagai tanda amaran kepada kereta Bezza berkenaan.
Meskipun hon sudah diberikan, namun masih kelihatan kanak-kanak berkenaan masih mengeluarkan kepala di tingkap.
Turut beritahu bahaya biarkan anak dalam keadaan begitu, pemandu ucap terima kasih atas teguran
Sebaik berada di sebelah kereta Bezza tersebut, kedengaran perakam video itu meminta pemandu Bezza berkenaan tidak membiarkan anak yang berada di bahagian belakang mengeluarkan kepala di tingkap.
Pemandu itu kemudian mengatakan isterinya ada di tempat duduk belakang untuk memantau dua orang kanak-kanak itu.
Namun perakam mengatakan ia tetap bahaya untuk membiarkan perkara itu berlaku. Mendengar kata-kata perakam, pemandu Bezza itu menerima teguran yang diberi serta mengucapkan terima kasih.
“Belum kena bolehlah cakap isteri pegang dekat belakang. Kalau dah kena nanti menangis pun tiada guna,” tulisnya dalam video itu.
@haaspray_ulala aku tak boleh la kalau bab anak ni.. bile tegur muka x puas hati. tak reti2 nk tarik anak tu. baran betul aku dgn org mcm ni.
♬ original sound – HAA Spray Ulala – HAA Spray Ulala
Ramai setuju perakam tegur tindakan pemandu Bezza biar anak keluar kepala ketika kereta sedang berjalan
Melihat di ruangan komen, ramai yang setuju dengan teguran diberikan oleh perakam kepada pemandu berkenaan kerana menyifatkan ia satu perkara bahaya untuk membiarkan anak-anak berada dalam keadaan tersebut.
Ada juga yang memuji si bapa meskipun ditegur tetapi dia menerimanya dengan baik.
Tidak kurang ada yang memuji sikap perakam yang prihatin serta tidak mahu sebarang perkara bahaya berlaku kepada kanak-kanak terbabit.
“Kredit kepada abang yang menegur, ada kesedaran yang baik”

“Bahaya boleh jadi dari pelbagai cara. Brek mengejut, berselisih rapat, terkena batu terbang ke..”

“Terpaling mantap abang yang menerima teguran dan respect kepada abang yang menegur”




