“Lebih 20 Kali!” – Wanita Bengang Dakwa Dua Lelaki Selamba Sepak Kerusi Di Dalam Panggung Wayang [Video]
Dakwa wanita dikenali sebagai Maa itu, dua lelaki tersebut masih menyepak kerusinya bersama rakan lain walaupun sudah ditegur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Menjaga tatatertib dan perlakuan adalah satu perkara yang perlu dititikberatkan oleh semua lapisan masyarakat bukan sahaja di rumah tetapi juga di tempat awam. Namun masih ramai yang bertindak sebaliknya.
Seperti sebelum ini, pelakon popular, Mierul Aiman menerusi hantaran Instagram Story di akaun miliknya telah mempersoalkan sikap sekumpulan penonton yang meletakkan kaki di atas tempat duduk dalam wayang.
Aksi itu bukan sahaja dikatakan tidak beradab malah ia juga menghalang pandangannya daripada menonton filem ditayang dengan jelas.
Baca Artikel Berkaitan: “Normal Ke Ni?” – Pelakon Persoal Sikap Individu Selamba Letak Kaki Atas Tempat Duduk Di Pawagam
Baca Artikel Berkaitan: Nak Tengok Mat Kilau, Seat Pula Diambil Orang. Tindakan Lelaki Ini Dipuji Ramai, Tenang Je
Baca Artikel Berkaitan: Hisap Vape Dalam Wayang Punca Loceng Penggera Berbunyi & Penonton Diarah Keluar
Wanita Dakwa 2 Lelaki Sengaja Sepak Kerusi Dalam Wayang
Terbaharu, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Maa meluahkan rasa berang selepas melalui pengalaman kurang senang di sebuah panggung wayang bertempat di Melawati Mall, Kuala Lumpur.
Dakwanya, dua orang lelaki telah bertindak menyepak kerusinya berulang kali semasa menonton filem. Tidak berpuas hati dengan perkara tersebut, Maa kemudiannya menegur mereka.
“Tak, tak sepak,” kata salah seorang lelaki itu.
30 minit selepas ditegur, lelaki terbabit didakwa mengulangi perkara yang sama pada kerusi rakan sebelah Maa pula.
“Aku bayar RM20 untuk tengok movie bukan untuk kena sepak tau,” katanya.
Dakwa 2 Lelaki Ulangi Aksi Sama Sebelum Keluar Dari Pawagam
Lebih mengundang kemarahan apabila penonton tidak bertanggungjawab itu didakwa menyepak kerusi Maa sekali lagi dengan kuat sebelum keluar daripada panggung wayang berkenaan.
Maa berkata tindakan tersebut seolah-olah bagi menunjukkan tanda provokasi selepas ditegur olehnya.
“Tak tahu sama ada dia sengaja buat macam tu ke apa tapi perangai dia memang annoying. Bukan satu dua kali mat dia sepak, sepanjang movie dia sepak.
“Ikutkan kalau nak kira memang lebih 20 kali juga (sepak) sebab setiap pergerakan dia memang akan sepak. Motif nak sepak lagi sebelum turun kenapa? Pantang kena tegur? Perangai rempit memang macam ni,” luah Maa lagi akhir perkongsian.
View on Threads
Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Aksi 2 Lelaki Yang Menyepak Kerusi Penonton Lain
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai mengecam aksi dua lelaki yang mengganggu ketenteraman penonton lain semasa menyaksikan filem.
“Sangat tak suka bila tengok wayang orang sepak-sepak kerusi. Sebab tu memang kalau boleh nak tempat duduk paling belakang. Stres selalu dengar orang bercakap, lepas tu kaki tersepak-sepak,” kata seorang individu.
Malah ada juga yang berkongsi cara mereka memberi ‘pengajaran’ kepada geng yang suka menyepak kerusi orang ini.
“Annoying. Pernah juga kena dulu. Ngam masa tu tengok cerita seram. Masa ada hantu tu, aku buat-buat terkejut tercampak popcorn dekat orang belakang. Lepas tu memang ajaib betullah, kerusi terus dalam keadaan elok,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, seorang wanita yang pernah bekerja di panggung wayang turut berkongsi tips yang perlu dilakukan oleh penonton sekiranya berdepan dengan situasi sedemikian selepas ini.
“Kalau benda macam ni jadi lagi, buat aduan kepada pengurus yang sedang bertugas. Sebab pelanggan saya pernah hadap situasi yang sama. Saya panggil pengurus, terus jumpa dan berbincang. Saya cakap, ‘Encik kami terima aduan dari penonton. Kalau encik masih lakukan perkara sama, kami akan eskort kamu keluar dari hall ni’,” katanya.






Ini 10 Common Sense Ketika Berada Di Dalam Panggung Wayang
Antara perkara utama yang perlu dipraktikkan orang ramai ketika menonton filem di panggung wayang adalah bertimbang rasa dan cakna dengan orang sekeliling.
Buat mereka yang sering mengunjungi pawagam, di sini kami kongsikan beberapa common sense dan adab yang anda perlu tahu:

- Elak mengkritik filem semasa ia masih ditayangkan
- Letak telefon bimbit dalam mod senyap
- Senyap dan jangan beri spoiler kepada penonton baharu
- Tidak digalakkan membawa anak kecil
- Jangan meletakkan barang di kerusi orang lain
- Buang sampah sarap di tong sampah disediakan
- Jangan sepak kerusi di hadapan anda
- Jangan berbual dengan orang sebelah semasa waktu tayangan
- Masuk panggung wayang awal supaya tidak menghalang pandangan orang lain
- Tidak meminta orang lain menukar tempat duduk hanya kerana ingin duduk dengan rakan-rakan