Tular Video Gadis Menangis Kerana Ada Taugeh Dalam Kuetiau, Ini Khasiatnya Yang Patut Korang Tahu
Taugeh yang berasaskan dari kacang hijau ini kaya dengan nutrien antaranya seperti protein, vitamin C, E, B, B1, B6, K dan A yang baik untuk manusia.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang gadis yang menangis gara-gara terlupa memesan Char Kuetiau tanpa tauge.
Malah, apa yang menjadi perhatian adalah kegigihan teman lelakinya yang berusaha mengasingkan kesemua tauge dalam hidangan tersebut agar mudah dinikmati oleh gadis berkenaan.
Bukan itu sahaja, pemuda terbabit turut menadah tangan selepas gadis tersebut meluak kembali makanannya selepas mendapati masih terdapat tauge dalam mulutnya.
Hantaran tersebut nyata menjadi perhatian ramai hingga ada yang mengkritik tindakannya merakam dan memuat naik video berkenaan.
Namun, ada juga yang memahami perasaannya yang turut tidak menggemari tauge.
View on Threads
Bukan hanya gadis itu seorang sahaja, sebenarnya ramai individu di luar sana yang tidak suka makan tauge hingga ada yang sering meminta peniaga untuk mengasingkannya dalam setiap hidangan.
Tauge Banyak Khasiat, Beri Manfaat Untuk Kesihatan Individu
Buat korang yang bukan peminat tauge, tauge sebenarnya banyak memberi manfaat kepada individu lebih-lebih lagi buat mereka yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.
Walaupun saiznya kecil tapi khasiatnya terhadap kesihatan manusia amat besar.
Berikut kami kongsikan manfaat tauge. Mana tahu lepas ini korang boleh letakkan sayur ini dalam senarai sayur favourite korang?
#1 Baik Untuk Kesuburan, Mengandungi Banyak Vitamin & Tinggi Protein
Memetik laman Hello Doktor, tauge mempunyai dua kali ganda protein berbanding daging lembu atau ayam.
Menurut kajian oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, setiap 100 gram hidangan tauge mengandungi 3.99 gram protein.
Ia mampu meningkatkan kesuburan khususnya kaum lelaki yang memerlukan protein untuk menghasilkan hormon kesuburan selain meningkatkan kualiti sperma.
Bukan hanya lelaki sahaja mendapat manfaat, tauge juga membawa kebaikan kepada kesuburan kaum wanita.
Selain kandungan protein, ia juga kaya dengan vitamin C, E, B, B1, B6, K dan A yang membantu proses pengeluaran telur menjadi matang selain melindungi sel-sel telur dari kerosakan akibat radikal bebas.

#2 Bantu Proses Pencernaan & Penghadaman
Bukan hanya baik untuk kesuburan, tauge juga memberi manfaat kepada individu dengan membantu proses pencernaan dan penghadaman.
Memetik laman Hello Doktor, tauge tinggi dengan serat yang membantu meleraikan lemak serta toksin dalam tubuh badan dan membantu mengeluarkannya.
Malah, doktor perubatan, Dr Muhamad Hazwan bin Nazri atau lebih dikenali sebagai Dr1Share di TikTok miliknya menjelaskan serat tidak larut (insoluble fibre) di dalam tauge membantu pembentukan najis yang lembut sekaligus memudahkan proses pencernaan dan mengelakkan individu dari terkena sembelit serta buasir.
Malah, sayuran yang berasaskan daripada kacang hijau ini juga mengandungi 100 kali ganda enzim berbanding sayuran yang lain.
Ia amat penting untuk fungsi tubuh badan khususnya proses pencernaan selain membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman dan kembung perut.

#3 Elak Penyakit Kronik & Baik Untuk Kesihatan Jantung
Tauge juga kaya dengan anti oksidan dan asid amino yang memberi banyak kebaikan pada tubuh manusia.
Menurut doktor perubatan, Dr Kenneth Wong di TikTok miliknya, sayuran kecil ini berupaya mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan sekaligus mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit kronik seperti kanser.
Memetik laman WebMD, terdapat kajian yang menunjukkan kandungan protein dalam tauge mengurangkan risiko pertumbuhan sel kanser termasuklah kanser payu dara dan leukemia.
Selain itu, ia baik untuk kesihatan jantung manusia selain memperbaiki fungsi otak.
#4 Bantu Kurangkan Stres
Jangan tidak tahu, tauge juga boleh membantu seseorang itu untuk mengurangkan stres.
Memetik Free Malaysia Today, terdapat kajian mendapati komponen flavonoid dalam tauge berpotensi mengurangkan simptom stres serta kemurungan yang sering dialami oleh kebanyakan individu.
Flavonoid ini meransang hormon melatonin untuk mengawal mood dan memperbaiki kitaran tidur manusia agar menjadi lebih teratur.

#5 Baik Untuk Sistem Tumbesaran Tubuh Badan
Malah, tauge juga baik untuk sistem tumbesaran dan perkembangan tubuh badan dek kerana sifatnya yang kaya dengan vitamin seperti A,C,E dan pelbagai jenis vitamin dari kumpulan B.
Vitamin-vitamin ini amat penting dalam tumbesaran manusia terutama dalam menyokong sistem pertahanan badan.
Bukan itu sahaja, tauge juga kaya dengan kandungan nutrien makanan seperti folat selain tinggi zat besi dan serat.
Nutrien-nutrien ini amat baik untuk wanita hamil dalam membantu pertumbuhan optimum dan perkembangan bayi dalam kandungan.
Tapi wanita mengandung diingat agar memastikan tauge yang hendak dimakan dimasak sebaiknya dan elakkan daripada makan tauge mentah.

Menarikkan? Nampak sahaja kecil tapi siapa sangka tauge memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia.
Lepas ni korang dah bolehlah masukkan tauge sebagai sayur wajib untuk dinikmati dalam hidangan setiap hari.
Baca Artikel Berkaitan: Protest Mi Goreng Dibanjiri Taugeh, Lelaki Ini Dikecam Gara-gara Sepahkan Makanan
Baca Artikel Berkaitan: Pakar Pemakanan Jelaskan 5 Jenis Makanan Bantu ‘Improve’ Masalah Hormon & PCOS
Baca Artikel Berkaitan: Tips Kehamilan: Doktor Kongsi 4 Makanan Utama Matangkan Telur Wanita [Video]

